Monday, 18 March 2013

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 25)

Bab 25

             Airmata Kartina menitis laju.  Dia kesal kerana tidak mencegah dari awal.  Jika dia tahu hanya dia dan Encik Tahir yang ada dipejabat, tentu dia sudah lama keluar.  Muka lebam-lebam Encik Tahir tidak sekalipun dipandang, benci dan meluat pun ada.  Nasib baik Hakimi Lufti tiba tepat pada masanya.  Jika tidak, maruahnya tentu tercemar dan dimana hendak dia letakkan mukanya nanti. 

            Wajah ibu, Along dan adik-adik terbayang diruang matanya.  Esakkan yang halus bertukar menjadi tangisan, nasib baik ada Kak Rodiah ada bersama-samanya dalam bilik ini.  Bilik Encik Jalaluddin menjadi tempat dimana Hakimi Lufti, Kartina amira dan Encik Tahir berdebat. 

            “Encik Tahir, awak adalah salah seorang Senior Manager disini.  Tapi perangai awak tidak mencerminkan jawatan yang awak sandang kini.  Awak tak malu ke, pihak syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tata-tertib terhadap awak”tegas Encik Jalaluddin, wajah Encik Tahir direnung tajam.

            “Apa yang dah saya lakukan? Ini semua salah faham.  Dan Encik ini datang tanpa diundang terus saja menumbuk muka saya, apa kes?”marah Encik Tahir, cuba menegak benang yang basah. 

            Hakimi Lufti begang, tangannya mengenggam penumbuk.  Nasib baik mereka berada didalam bilik Encik Jalaluddin, jika tidak pasti satu lagi tumbukan dilayangkan ke muka lelaki tidak sedar itu.

            Encik Jalaluddin menoleh ke sisi, dipandang wajah sungul Kartina Amira.”Kartina, cuba awak ceritakan apa yang berlaku.  Saya mahukan kepastian.”soal Encik Jalaluddin.  Kartina memandang wajah Encik Tahir, gerund dia melihat wajah bengis lelaki itu.

            “Jangan risau, saya ada.  Awak ceritakan apa yang berlaku.”Hakimi Lufti yang berdiri disebelah Encik Jalaluddin tadi kini berada disebelahnya.  Tangan Kartina diulus lembut, bagai mengalirkan kekuatan oada gadis itu.

            Kartina menceritakan kejadian yang berlaku dalam esakkan halus.  Hakimi Lufti yang mendengarnya turut merasa geram.  Lelaki ini perlu diberi pengajaran, bini ada dua, anak sedozen.  Tapi masih lagi hendak berfoya-foya ketika waktu pejabat.  Umur makin meningkat, tapi miangnya pula tidak surut-surut.

            “Encik Jalal, saya tak salah.  Kartina yang menggoda saya, dia nak naik pangkat cepat.  Saya lelaki, tentulah tidak tahan digoda.”balas Encik Tahir bersama senyuman sinis.  Kartina terpana, dia pula dituduh perempuan murahan.

            “Encik Tahir, awak memang dah melampau.”satu lagi tumbukan hingga dimuka lelaki itu.  Sekali lagi Encik Tahir jatuh terduduk ke lantai. 

             Encik Jalal cemas, keadaan menjadi semakin tidak terkawal.  Cepat-cepat dia memeluk Hakimi Lufti.  “Sabar Kimi, sabar.”pujuknya.

            “Saya tak boleh sabar uncle.  Kalau ini melibatkan maruah Kartina, saya sanggup masuk penjara kerana memukul lelaki durjana ni.”bentak Hakimi Lufti.  Nafasnya turun naik menahan amarah yang memuncak. Kartina pula masih terkaku dalam dakapan Kak Rodiah. 

            Sabar Kimi, biar uncle selesaikan semuanya dengan baik.  Tak perlu kita bergaduh, perkara dah pun berlaku.  Sekarang apa yang perlu kita buat, kita serahkan dia pada pihak berkuasa.”pujuk Encik Jalaluddin lagi. “Serahkan kepada pihak berkuasa? Oh tidak, Kartina tidak mahu melibatkan maruah keluarganya pula.”

            “Tidak Encik Jalal, saya tak setuju.  Cukup sampai disini saja, saya tak mahu perkara ini diperbesarkan lagi.  Saya tak mahu maruah keluarga saya pula tercemar, biarlah ianya menjadi rahsia kita-kita yang ada disini.”pinta Kartina Amira dalam tangisan hiba.  Suara merayu-rayu itu meruntun kalbu Hakimi Lufti. 

            “Kartina..tak kan awak nak biarkan lelaki ini terlepas.  Hari ini dia buat perkara tak senonoh kat awak, dan tak mustahil dia akan lakukan lagi pada awak mahupun pekerja wanita yang lain pula.”ujar Hakimi Lufti seraya memujuk agar Kartina menerima saranan Encik Jalaluddin itu tadi.

            “Encik Hakimi, please jangan perbesarkan masalah ini lagi.  Saya mohon, kita habiskan disini saja.  Kesian pada saya Encik Hakimi, keluarga saya masih perlukan saya.”pohon Kartina dalam linangan airmata yang tidak henti-henti turun sejak tadi.

            See! She’s not going to do anything or say nothing. Maknanya dia suka pada saya.”telah Encik Tahir.

            “Minta maaf Encik Tahir, saya berdiam diri demi maruah keluarga saya.  Tapi suatu hari nanti, akan ada balasannya dari Allah pada orang yang teraniaya.  Dan saya pasti, Allah bayar dengan CASH!”selarku padanya dengan nada kegeraman.  Tiada lagi suara esakkan mahupun tangisan, hanya rasa marah yang membuak-buak terhadap lelaki yang bernama Tahiruddin Alwi.

            “Sebagai permulaannya, saya Hakimi Lufti.  Naib CEO dan juga anak kepada Dato’’ Hakim Hashim dengan ini memecat awak Tahiruddin Alwi dari jawatan Senior Manager disyarikat Astana Mega berkuatkuasa serta-merta.”dengan sekali nafas, Hakimi Lufti memberikan arahan manDato’ri kepada pekerjanya yang telah melakukan kesalahan berat iaitu sexual harassments terhadap pekerja wanita.

            Encik Tahir mahupun Kartina Amira, masing-masing tercengang.  Tidak percaya dihadapan mereka ini adalah pewaris tunggal Astana Mega iaitu anak kepada Dato’’ Hakim.  Encik Jalaluddin mengangguk kepala, dia setuju dengan keputusan yang telah dibuat oleh Hakimi Lufti.  Dan dia sebagai General Menager di bahagian sumber manusia akur dengan arahan dari pihak atasan.

            “Rodiah, sediakan surat pemecatan untuk Encik Tahiruddin Alwi dan kira gaji terakhirnya sehingga tarikh hari ini.  Selepas itu bawa surat itu untuk ditandatangani oleh Encik Hakimi Lufti,  naib CEO Astana Mega.”arah Encik Jalaluddin kepada pembantunya Rodiah.  Terkocoh-kocoh wanita itu keluar dari bilik itu.

            Tidak sampai 10 minit, Rodiah masuk bersama file ditangannya.  Diberikan kepada Encik Jalaluddin untuk disemak sebelum diberikan kepada Hakimi Lufti.  File bertukar tangan setelah Encik Jalaluddin berpuas hati dengan hasil kerja Rodiah.

            Only this much his salary?”pertanyaan Hakimi Lufti dijawab dengan anggukkan kepala oleh Rodiah.

            After deduct his expenses and also loan that his took from company.”jawab Rodiah.

            “Okay, suratnya sudah saya tandatangani.  Mana ceknya?”soal Hakimi Lufti pada Rodiah.

            Ada didalam file tu Encik Hakimi.  Encik hanya perlu tandatangan saja dan semuanya akan selesai.”terang Rodiah lagi. 

            Hakimi Lufti tersenyum senang, musuh dalam selimut berjaya dihapuskan dengan mudah tanpa perlu dia mencari bukti yang lain.  Dari dulu lagi dia sudah mensyaki Tahiruddin Alwi ada menyeleweng duit syarikat.  Tetapi disebabkan tidak ada bukti yang kukuh, terpaksalah dia berdiam diri dulu.

            “Encik Tahiruddin, ini surat permecatan awak dan juga gaji terakhir awak.  Selepas ini  saya tidak mahu melihat muka awak disini lagi. And now, leave before I call security.”dilayangkan sampul surat bersama sekeping cek dihadapan muka Tahiruddin.  Lelaki itu mengutipnya, tanpa rasa bersalah.

            “Kau jaga Hakimi Lufti, kau tak akan selamat.  Aku akan balas setiap apa yang kau lakukan pada aku hari ini.  Masa itu, kau akan melutut meminta maaf padaku.  Aku akan ludah muka kau dengan senang hati..hahaha..haha..hahaaa..”tutur Tahiruddin Alwi dengan gelak jahatnya.

            “Kau perempuan, kau tunggu saja pembalasan dari aku.  Hidup kau tak akan tenang, aku akan hadir seperti mimpi buruk dalam hidup kau.”ditundingkan jari ke wajah Kartina Amira.  Kartina ketakutan, dia trauma.

            Encik Jalaluddin memanggil beberapa sekuriti masuk, takut  melihat perubahan Tahiruddin.  Dia bimbang akan terjadi lagi pergelutan antara Hakimi Lufti dan juga Tahiruddin Alwi.  Ketika sekuriti membawa Tahiruddin keluar, sempat dia menyumpah Kartina dan juga Hakimi Lufti. 

            Tangan Kartina yang mengeletar tidak dapat lari dari pandangan mata Hakimi Lufti.  Dia kasihan pada gadis ini, tentu Kartina benar-benar dalam ketakutan yang amat.

            “Uncle, apa yang berlaku didalam bilik ini bialah menjadi rahsia kita berempat.  Kimi tak mahu Walid tahu tentang perkara ini.  Anggap saja kejadian ini tidak pernah berlaku, jika Walid tanya mengapa Tahiruddin Alwi berhenti kerja secara tiba-tiba.  Uncle cakaplah disebabkan hal peribadi.”pinta Hakimi Lufti.  Dia tidak mahu ada pekerja-pekerja lain yang bergosip tentang hal ini.  Maruah Kartina haruslah dijaga.

            “Kimi jangan risau, tahulah uncle nak cakap macam mana dengan Dato’’ Hakim.”sahut Encik Jalaluddin.

            “Kamu Rodiah, ingat hanya kita berempat saja yang tahu.  Jangan sesekali kamu dedahkan pada sesiapapun. Kalau tidak…”pesan Encik Jalaluddin ada pembantunya.

            “Encik Jalal jangan risau, saya pegang amanah ini sehingga akhir hayat saya.  Lagipun saya dah anggap Kartina ni macam adik saya.  Takkan sesekali saya gadaikan maruahnya dikhalayak ramai.”balas Rodiah sambil mengusap lembut rambut Kartina yang lurus.

            “Terima kasih kak.”ucap Kartina lantas dipeluk tubuh gempal Rodiah.

            “Sama-sama dik.”

            “Sekarang semuanya dah selesai.  Saya harap semuanya akan pulih seperti sediakala, tempat Encik Tahiruddin yang kekosongan itu uncle carilah candidate yang sesuai.  Saya ikut saja, asalkan orang itu berwibawa dan tegas dalam menguruskan jabatan itu.”

            “Kimi serahkan pada uncle.  Masih banyak lagi orang yang sesuai untuk jawatan itu.  Dan uncle percaya, orang itu lebih baik dari Tahiruddin Alwi.” ujar Encik Jalaluddin dengan penuh keyakinan.

            “Kimi percayakan uncle. Oh ya, Kimi nak bagi Cik Kartina kita ni cuti seminggu.  Bermula esok, Kimi mahu dia berehat secukupnya.”kata-kata Hakimi Lufti membuatkan Kartina terpanggil untuk berkata sesuatu.

            “Mana boleh Encik Hakimi.  Saya masih dalam probation, mana ada cuti.  Nanti gaji saya kena potong mana cukup untuk perbelanjaan saya nanti.”selar Kartina Amira.

            “Tak mengapa Cik Kartina. Kalau 2nd bos dah bagi arahan kenalah ikut.  Kalau tidak…”sengaja Kak Rodiah mengantung ayatnya disitu. 

            “Kalau tidak apa kak?”soal Kartina polos.  Ketiga-tiga orang yang ada didalam bilik itu ketawa sakan apabila mendengar soalan polos dari Kartina Amira.  Baik Encik Jalaluddin mahupun Kak Rodiah, mereka berdua ketawa tak ingat.  Hakimi Lufti turut ketawa, tapi tidak lah sekuat mereka berdua.  Ada sengihan nakal terbit dari bibir lelaki itu, Kartina tersenyum malu.

 

            Mengapa aku selalu saja menjadi mangsa rakus lelaki.  ~ Kartina Amira.

           
             Sejak peristiwa yang berlaku dipejabatnya, Kartina banyak termenung.  Sindiran dari ibu tidak diendah biarpun cuping telingannya sakit mendengarnya.

             “Ibu bukannya apa Ngah, kamu baru saja kerja tak sampai sebulan dah cuti panjang.  Nanti kerja entah kemana alih-alih kena buang kerja pula.”bebel ibunya.

            “Ibu, berapa kali dah Angah cakap, bos angah bagi cuti seminggu.  Cuti yang bergaji, bukannya Angah suka-suka nak cuti.”balas Kartina.  Geram bila hampir setiap hari terpaksa menandah telingan mendengar bebelan ibunya.

            “Kamu ni Kartina, macam kaklong kamu juga.  Suka sangat melawan cakap ibu.  Dahlah hampir 4 tahun tak balik ke rumah, dimana dia tinggal pun ibu tak pasti.  Balik 6 bulan lepas bawa suami konon.  Sekarang apa dah jadi? Suami kemana, dia pun entah kemana.”Hati Kartina sakit, tuduhan ibunya terhadap kaklongnya tidak berasas.  Dia kenal Kazrina, dia kenal kaklongnya yang cekal dan tabah mengharungi hidup.

            “Ibu aje yang tak kenal anak ibu sendiri.  Tapi Angah kenal siapa Along dan angah tahu apa yang dah dia lalui ibu.  Along sengsara, along derita, along keseorangan semuanya angah tahu ibu.  Hanya angah yang tahu dan tidak ibu.”bentak Kartina.

            Airmata yang bercucuran dibiarkan mengalir, hatinya sakit.  Teramat sakit ketika berbicarakan tentang kehidupan kakak sulongnya itu.   Kartina bangkit, dicapai beg tangan lantas langkah kaki dihayun keluar dari rumah.  Jeritan dan laungan ibunya tidak dipedulikan, apa yang dia inginkan adalah keluar dari situ. 

            Sampai diperhentian bas, Kartina menanti kedatangan bas.  Agak lama juga dia disitu sehingga tiba-tiba sebuah kereta CRV berhenti tepat dihadapannya.  Dia pura-pura tidak mengenali pemandu itu, walhal dia  kenal empunya kereta itu. “Hakimi Lufti”.

            Hakimi Lufti keluar dari keretanya, dia tahu Kartina sengaja berpura-pura tidak mengenali dirinya.

            “Assalamualaikum, boleh saya duduk?”salam Hakimi Lufti dijawab dalam hati. Nak pelawa duduk, jauh sekali. 

            “Awak buat apa sorang-sorang kat sini? Bukan ke awak masih bercuti.”pertanyaan Hakimi Lufti dibiarkan saja.  Hakimi Lufti mengeluh, gadis ini memang susah hendak diajak berbual.

            “Awak!”Hakimi Lufti berpaling, Kartina meneruskan kata tanpa sedikit pun memandang ke arah Hakimi Lufti.”free tak?”

            Hakimi Lufti cepat-cepat mengangguk, “Ada peluang baik ni.”balasnya dalam hati.

            “Kenapa?”

            “Saya nak ke suatu tempat, dah lama saya tak jumpa dengan orang tu.”

            So”balas Hakimi Lufti selamba. Namun dalam hati sudah teruja sangat dengan permintaan Kartina.

            Kartina toleh sisi, wajah Hakimi Lufti dipandang pelik.  Macam tak sudi aje.

            “Kartina..yang awak pandang saya macam tu kenapa? Saya tanya saja.”Hakimi Lufti masih berwajah bersaja.

            “Saya takut awak tolong saya tak ikhlas.  Lepas tu minta balasan yang bukan-bukan, tak mahu saya.”ujar Kartina risau.

            “Cik Kartina Amira, muka saya ni nampak muka orang jahat sangat ke?”soal Hakimi Lufti serius.

            “Manalah saya tahu, walaupun awak bakal CEO dan juga merangkap majikan saya.  Tak mustahil awak pun seperti Encik Tahir juga.”balas Kartina pula.

            “Muka saya ni macam muka suami orang ke? muka bapa kepada anak seseorang ke? tak bukan.”bentak Hakimi Lufti, geram bila Kartina menyamakan dirinya dengan Tahiruddin Alwi. 

            “Adalah sikit-sikit.”komen Kartina.  Hakimi Lufti membuntangkan matanya, tidak percaya dengan kata-kata yang terbit dari bibir comel itu.

            “Dah..dah.. jangan kita nak bertekak kat sini.  Jom, mana awak nak pergi saya boleh tolong hantarkan.’pelawa Hakimi Lufti lantas di bangkit berjalan menuju ke keretanya.

            “Betul awak nak hantarkan saya ke sana? Sungguh?”berseri-seri wajah Kartina apabila Hakimi sudi menghantarnya ke sana.

            “Yea, saya hantarkan. Cepat, hari dah nak mendung. Karang hujan susah pula nanti.”sebaik saja Hakimi Lufti habis berbicara, dia masuk ke dalam perut kereta bersama-sama dengan Kartina Amira.

            “Terima kasih awak.”terluah juga ucapan terima kasih itu dari bibir Kartina.  Hakimi Lufti sembunyi senyuman dibibir, takut Kartina perasan hatinya yang dilanda bahagia tidak bertepi.
 
 
 
Walau sejauh mana pun kau berlari, akan aku kejar demi meraih cintamu.~Hakimi Lufti
 
 

~Bersambung~

1 comment: