Bab
8
“Aku dengar laki dia dah ceraikan dia, betul ke?”Kazrina yang sedang
menuju ke pantry tidak jadi meneruskan langkahnya. Gosip yang dia dengar menghiris hatinya,
sampai hati rakan sekerja menjaja kisah rumahtangganya.
“Betul, aku tahu dari cerita Fazilah sepupu aku yang kerja dekat Empire Straits Building satu syarikat
dengan laki dia.”beria-ria si tukang gossip bercerita tanpa mengetahui
kehadiran aku disitu.
“Ya ke? Kesiankan, muda-muda lagi dah kena cerai. Mesti laki dia gila kat perempuan
lain.”Kazrina menahan debaran didada, sakit dirasakan. Gosip rumahtangganya membuatkan dia tak
tenang. Sebelum hatinya bertambah sakit,
baik dia pergi dari situ. Namun langkahnya sumbang, dia terlanggar seseorang
menyebabkan dia jatuh terduduk. Sakit
dipunggung menjalar ke perutnya pula, cecair merah keluar membasahi kain
kurungnya. Lelaki itu terkejut, tanpa
amaran lelaki itu mengendong Kazrina meletakkan dia disofa berhampiran.
“Awak tak apa-apa?” bergetar suara Hakimi bertanyakan keadaan wanita
itu. Demi melihat darah yang mengalir
dari kain kurung wanita iu, Hakimi sekali lagi mengendong wanita itu keluar
dari pejabat itu. Dia ingin membawa
wanita itu ke klinik berhampiran, nasibnya baik kerana ada sebuah hospital
swasta disekitar kawasan bangunan ini.
“Nasib baik encik sempat bawa isteri encik ke sini, kalau tidak
tentu isteri encik keguguran.’tutur doktor yang memakai tag nama Rugayah.
Tercengang Hakimi Lufti sebentar, kepala yang tidak gatal digarunya.
“Doktor, saya..saya..”tergagap-gagap Hakimi ingin menyuarakan
sesuatu. Takut akan mengundang fitnah
pula. “Lebih baik aku iyakan saja,
lagipun takkan doktor ni minta surat
nak nikah pula.”
“Saya tahu, encik nak nak melawat isteri encik kan? Kejap lagi kami pindahkan dia ke wad,
encik bolehlah lawat dia. Saya pergi
dulu, assalamualaikum.” Hakimi menjawab salam sebelum duduk semula dikerusi
berhampiran. Tak sampai sejam, katil
yang diduduki Kazrina ditolak keluar menuju ke wad biasa. Seorang jururawat menyapa Hakimi, “Encik, ini
baju kotor isteri encik. Dan ini semua
dokumen yang encik perlukan untuk pendaftaran, sila buat pendaftaran di sebelah
kiri sana.”tutur
jururawat yang ramah itu. Hakimi
mengangguk kepalanya. Sebelum beredar,
sempat jururawat itu bertanya lagi, “Isteri encik saya nak saya hantarkan ke
wad biasa atau persendirian?”
“Persendirian, saya mahukan keselesaan untuknya.”jawab Hakimi dengan
yakin. Biarlah jururawat mahupun doktor
fikir dia suami kepada wanita malang
itu.
Hakimi menghayun langkah menuju ke kaunter pendaftaran, ingin
membuat pendaftaran bagi wanita malang
itu. Rasa bahagia pula
menerjah.”Kalaulah betul wanita itu isteri aku, alangkah indahnya dunia
ini. Akulah manusia yang paling
bertuah.”
Selepas jam 9 malam, Kazrina tersedar dari pengsan. Diraba-raba perutnya, nasib baik ada kesan bonjolan
walaupun masih kempis. Dikalih pandang
ke sisi, ada seorang lelaki tertidur disofa berdekatan katilnya.
Kazrina cuba bangkit, ingin ke bilik
air. Dipegang sisi katil, bunyi yang
terhasil mengejutkan Hakimi yang terlena disofa. Lelaki itu menggosok-gosok matanya, senyuman
terbit dibibir lelaki itu.”Awak dah sedar?”Kazrina menggaguk lemah. Matanya diisyaratkan ke arah bilik air.
“Awak ke tandas? Mari, saya tolong.”Kali ini Kazrina menggeleng
kepala, tidak mahu ditolong lelaki itu.
“Kenapa? Saya ikhlas nak tolong awak. Salah ke?” pertanyaan lelaki
itu mengundang tawa dihati Kazrina. “Tentulah salah, lelaki itu bukan
suaminya.”
“Maaf, saya tak mahu menyusahkan awak. Lagipun awak dan saya, kita bukan
mukhrim.”Hakimi ketawa, benar mereka berdua bukan mukhrim.
“Kalau macam tu saya panggilkan jururawat, dia boleh bantu
awak.”selepas berkata, Hakimi keluar memanggil salah seorang jururawat yang
sedang bertugas.
Jururawat datang membantu Kazrina masuk tandas, selesai mengerjakan
hajatnya Kazrina dipapah semula ke katil.”Terima kasih nurse”juurawat itu menyambut dengan senyuman manis.
“Kita belum berkenalan lagi, saya Hakimi Lufti. Awak Kazrina Atirah kan?” Hakimi
memperkenalkan dirinya, ingin mengetahui lebih lanjut tentang wanita misteri
ini.
“Ya, macam encik Hakimi tahu nama saya.” Pertayaan Kazrina dijawab
dengan senyuman dibibir.
“Masa nak daftarkan awak, saya diberitahu nama awak Kazrina
Atirah.”kening Kazrina terangkat sebelah. “Oh!”
“Dah malam, encik Hakimi tak nak balik ke?”bukannya Kazrina nak
menghalau lelaki ini pergi, tapi dia tidak selesa. Hakimi mengerti dengan butir bicara Kazrina,
dia juga ini pulang membersihkan diri.
Seharian dia menemani Kazrina, dia hanya sempat menunaikan solat di
surau berdekatan.
“Betul juga tu. Memandangkan
awak pun dah sedar saya pun nak minta diri.
Esok saya datang balik,”belum sempat Hakimi beredar, Kazrina
memanggilnya semula.
“Encik Hakimi, saya nak ucapkan terima kasih diatas bantuan encik. Pasal
bayaran hospital, saya akan uruskan sendiri.
Tak perlu encik susah-susah, saya tahu nak jaga diri saya sendiri.” kata-kata
kazrina menyentap sanubari Hakimi. “Tabahnya wanita ini.”
“Awak jangan risau, saya akan bertangungjawab. Lagipun disebabkan saya, awak berada
disini. Jadi sayalah yang perlu menanggung
semua kos rawatan perubatan awak.” tegas Hakimi.
“Tapikan encik Hakimi, saya..” belum sempat Kazrina meneruskan,
Hakimi cepat-cepat pangkas. “Saya ikhlas.
Satu lagi, panggil saya Kimi sudah.
Tak perlu berencik-encik dengan saya.” Langkah kaki diteruskan,
dihadiahkan sekuntum senyuman sebelum meninggalkan wanita malang itu.
Kazrina memandang lemah pintu yang tertutup. Bukannya dia ingin bersikap tidak sopan pada
lelaki itu, tapi dia perlu menjarakkan dirinya.
Dia tidak mahu terlibat dengan lelaki lain dalam permasalahannya. Mujur dia sudah tidak tinggal lagi dengan
Misya lagi, jika tidak dia pasti sudah menyusahkan sahabatnya itu. Kazrina masih ingat lagi ketika dia mahu
keluar dari rumah Misya ingin tinggal sendirian. Menyebabkan Misya mogok bercakap dengannya
selama 2 hari, mujur Safuan bertindak sebagai orang tengah. Sahabatnya setuju dengan syarat agar Kazrina
mencari rumah disekitar kejiranan yang sama dengannya. Dan bermulalah kehidupan barunya bersama anak
yag dikandung. Kazrina tenang menjalani
kehidupan serba kekurangan, dia bebas mencorak kehidupannya. Tanpa terduga, airmatanya menitis laju. Teringat akan keluarga yang sudah lama tidak
dijenguk, apa khabar ibu dan adik-adik. Insyaallah,
selepas dia dibenarkan keluar dari hospital, dia akan pergi menjenguk
keluarganya nanti. Harap-harap semuanya
baik-baik belaka, rindunya pada adik-adik tidak terkata.
Dalam kereta, Hakimi masih termenung panjang. Baru seminggu dia bekerja disyarikat itu,
tidak banyak yang dia ketahui tentang wanita yang bernama Kazrina Atirah. Melalui gossip-gosip yang hebat diperkatakan
dikalangan pekerja wanita membuatkan dia simpati pada wanita ini. Dia kenal dengan Amar Amsyar suami wanita malang itu, bekas rakan
sekolejnya juga. Apa yang membuatkan dia
geram, mengapa Amar Amsyar sanggup melantari isterinya yang sedang
mengandungkan anaknnya. Dimana
nilai-nilai kemanusiaan Amar Amsyar, apa yang telah merasuknya berbuat
demikian. Hakimi meraup wajahnya, dia
jatuh simpati pada wanita itu. Dia perlu
berdepan dengan Amar Amsyar sebelum perkara ini bertambah serius, dia perlu
berjumpa dengan lelaki itu. Enjin kereta
dihidupkan, dihala kereta menuju ke kondo kepunyaan Amar Amsyar. Nasibnya tidak baik, lelaki itu tidak ada
dirumahnya. Hakimi mengambil keputusan
untuk pulang ke rumahnya saja. Badan
yang letih dan melekit perlu disegarkan.
Dia mahu berehat secukupnya, esok dia perlu menjengah Kazrina di
hospital. Biarpun Kazrina melarangnya,
dia mahu menolong wanita itu. Dia mahu
wanita itu tahu masih ada lagi insan yang sudi menghulurkan bantuan disaat
wanita itu memerlukannya.
Mike merenung jauh dari atas balkoni biliknya. Angan-angannya ingin bersama Kazrina Atirah
masih samar-samar. Dia ingat bila Amar
Amsyar berpisah dengan Kazrina, dia akan cuba memikat semula wanita
itu. Sayang seribu kali sayang, hati
wanita itu keras, dia hanya cintakan Amar Amsyar. Pertemuannya dengan Kazrina berakhirnya
dengan pertelingkahan yang besar. Dia
sendiri tidak dapat mengawal amarah, Kazrina banyak menduganya.
“Kazrina, saya cintakan awak. Saya sanggup terima awak semula sebaik
saja Amar Amsyar keluar dari hidup awak.”rayu Mike, tangan wanita itu cuba
digapai namun ditepis oleh Kazrina.
“Tengku Mikhail Khazi, awak sedar tak apa yang awak cakapkan
ni. Awak sedar tak?”bentak Kazrina. Tahap kesabarannya menipis, lelaki ini sekali
lagi datang menganggunya dipejabat.
Sejak dia tahu kebenaran tentang lelaki ini, Kazrina sedaya-upaya cuba
mengelakkan diri dari bertembung dengan lelaki ini.
“Saya sedar, sebab itu saya datang untuk melamar awak. Sayang, please
be mine.”dihulurkan kotak kecil berisi cincin kepada Kazrina. Wanita itu menjeling sekilas.”Tak faham
bahasa rupanya lelaki ini, Mana mungkin
dia menerima lamaran sedangkan dia masih lag isteri pada Amar Amsyar.’
“Maaf Tengku Mikhail, I’m not
interested. Afterall, I still married to
Amar Amsyar.”sinis saja jawapan dari Kazrina. Mike masih tersenyum lebar, masih tidak mahu
putus asa.
“Soon dear, soon. He will
divorced you.”dengan yakin Mike berkata begitu. Kazrina begang, lelaki ini sengaja nak
naikkan darahnya.
“If he divorced me, I won’t
accept your proposal walaupun Tengku lelaki terakhir dimuka bumi ini.”Mike
tersentak, tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut wanita pujaan
hatinya.
“You will regret Kazrina, by
the time you come and begging me to accept you.
I shall turn you down with my pride.”dengan angkuh Mike berkata
sebelum menghempaskan daun pintu meninggalkan pejabat Kazrina awal pagi
semalam.
“With my pride?’ Huh!
kononnya, tapi alih-alih dia yang terluka sendiri. Mike meneguk rakus air
berbuih yang ada dihadapannya, itulah salah satu terapi untuk dia menenangkan
fikiran. Sejak dia belajar di England,
air setan itu telah menjadi teman setianya.
Akal jahatnya mula merancangkan sesuatu.
Dia mahu Amar Amsyar bercerai dengan Kazrina dengan talak tiga, supaya
senang untuk dia memiliki wanita itu.
Dia percaya, apabila Amar Amsyar telah melafazkan talak itu, mereka
berdua tidak boleh bersatu kembali kecuali mencari ‘cina buta’. Dan ketika itu dia akan mengambil kesempatan
dalam kesempitan Amar Amsyar. Dia akan
berpura-pura mahu menolong sepupunya, padahal dia sendiri akan menjerumuskan
sepupunya itu. Dia akan merampas Kazrina
Atirah dari gengaman Amar Amsyar untuk selama-lamanya.
“Kau tengoklah nanti Kazrina, kau akan jadi milikku.”ketawa bergema
diruang balkoni rumahnya. Nasib baik
banglonya berjauhan dengan kawasan kejiranan, jika tidak pasti jiran-jiranya
terganggu dek ketawanya itu.
=====================================================================
Bab
9
Amar Amsyar kegelisahan, sejak semalam hatinya berdebar-debar. Tidak tahu apa yang menyebabkan hatinya
begitu, tidak tenang. Ditenung wajah
Kazrina yang tersenyum dibingkai gambar terletak disisi meja tidurnya. Diambil gambar itu, cuba mencari
sesuatu yang ada diraut wajah manis. Masih gagal mencerna, mindanya tidak lagi seperti
dulu. Tidak ada satu pun ingatannya
terhadap wanita ini, siapakah dia.
Lamunannya berlalu pergi, digantikan dengan bunyi deringan telefon.
“What’s up Lim?”Amar
Amsyar menerima panggilan telefon dari sahabatnya yang merupakan mekanik
terkemuka.
“Evo lu sudah siap, bila mahu ambil.” Lega hatinya, kereta
kesayangan sudah siap untuk dipandu uji.
Sudah lama pula rasanya tidak berlumba di litar.
“Good, esok saya
datang. Ada sesiapa nak test sama saya punya
Evo.”alang-alang nak test, mesti ada saingan sekali. Harap-harap ada yang sudi.
“Ada,
itu budak lama jugak. Nama street dia Chikoy, lu kenal kan?” budak lama nak race dengan aku. Bagus juga, dah lama
tak test power dengan budak hingusan
tu.
“Okay Lim, aku on. Berapa
dia nak? Sebelah tangan tak main.”tawaran yang selalu aku kenakan pada
sainganku. Aku dengar Lim galak ketawa,
sakit pula telinga.
“Wa sudah cakap, 10K dan hadiah special.
Dia setuju, sekarang tunggu green light
dari lu saja.” Amar Amsyar tersenyum, jerat sudah mengena. Dia pasti kemenangan berpihak kepadanya, yang
paling penting hadiah special
itu.
“Okay Lim, gua on. Lu arrange
time and date. Seelok-eloknya seminggu dari sekarang.” Aku dengar Lim
setuju, hanya tunggu dia beritahu sainganku saja. Selesai berbicara aku hubungi Mike pula.
“Bro, aku ada game. Next
week, care to join?”pelawaku.
“Woo..woo..calm down. Kau
baru saja baik dah nak buka game. Gila
apa?” marah Mike. Tidak percaya Amar
Amsyar ingin berlumba semula.
“Aku serius, lagipun Evo aku dah lama tak mengaum.”kata-ata Amar
Amsyar membuatkan Mike terkejut besar.
Ingatan sepupunya sudah pulih kah?
“Bro, kau dah pulih ke? Ingatan kau dah kembali.”pertanyaan Mike
membuatkan Amar Amsyar ketawa kuat. Mike
menjauhkan telefon bimbitnya dari melekap terus telinga, bingit!
“Ingatan aku macam biasalah bro, kau ingat aku dah gila ke? Aku
waras okay.” Mike menggaru kepalanya yang tiba-tiba gatal pula. “Ini Amar
Amsyar yang baru ataupun Amar Amsyar 3 tahun yang lepas.”
“Okaylah bro, aku malas nak bertekak dengan kau. Just
tell me when, I’ll just drop by to see you.”malas nak panjangkan cerita,
Mike setuju saja. Dalam otaknya sudah
merencana sesuatu. Dia mahu membawa
Kazrina Atirah, dia mahu wanita itu kenal siapa sebenarnya suaminya itu.
Hakimi Lufti berlegar-legar di sekeliling wad yang menempatkan
Kazrina. Dia masih tidak percaya wanita
itu bertindak nekad. Keluar dari
hospital sebelum sempat sembuh sepenuhnya, sekarang dimana harus dia cari
wanita itu. Di bergegas semula ke
pejabat, ingin bertanya dikalangan pekerja lain, namun hampa. Mereka semua tidak tahu dimana Kazrina
tinggal.. Hakimi buntu, tanpa berlengah
melangkah kaki ke bahagian sumber manusia.
Ingin bertemu dengan Puan Halijah, mujur wanita berusia pertengahan itu
tahu akan alamat kediaman Kazrina.
Selesai bertemu dengan Halijah yang merupakan pengurus sumber manusia
dan juga merangkap pembantunya. Hakimi terus
memandu keretanya ke alamat yang diberikan.
Pintu pagar tidak berkunci memudahkan Hakimi Lufti masuk ke dalam
kawasan rumah. Pintu grill juga tidak
dikunci menyebabkan Hakimi kehairanan.”kenapa pintu pagar dan grill tidak
berkunci. Tak takutkah gadis ini jika
ada penceroboh yang cuba masuk.”getus hatinya.
Namun apabila Hakimi cuba memutar tomnol pintu hadapan, kunci
pula.”Nasib baik, kalau tidak tak tahulah apa yang berlaku.”Hakimi mengurut
dadanya, lega kerana pintu rumah masih berkunci. Dia cuba mengetuk pintu dengan melaungankan
nama Kazrina. Sayup-sayup kedengaran
suara Kazrina menjawab, hati Hakimi sekali lagi lega.
Pintu dibuka, Kazrina terpana.
Mukanya berkerut-kerut cuba mengingatkan sesuatu tentang wajah ini.
“Dah lupa? Saya Hakimi Lufti.”ujar Hakimi sambil melemparkan
senyuman kepada wanita ini.
“Oh, Encik Hakimi. Ada apa?
Maaf saya tak boleh bagi encik masuk.”soal Kazrina, dia agak was-was dengan
kedatangan lelaki ini.
“Oh tak mengapa. Boleh kita
bercakap diluar?” pinta Hakimi sopan. Dia ingin sekali berbual-bual dengan
wanita muda ini. Hatinya bagaikan
tercuit untuk mengenali lebih dekat lagi siapa wanita yang bernama Kazrina
Atirah ini.
“Sebentar ya, saya masuk ke dalam sekejap.” Pintu rumah ditutup
semula, Kazrina berlalu ke biliknya. Ingin menukar pakaian sesuai serta
megemaskini tudang yang dipakai. Pintu
rumah dibuka dan dibiarkan sedikit terbuka.
Senang jika hendak lari masuk ke dalam jika ada sesuatu yang berlaku.
“Sila duduk Encik Hakimi.”pelawa Kazrina, dia juga melabuhkan duduk
mengadap lelaki itu. Hakimi Lufti
melemparkan senyuman, kerusi yang ada dihadapannya ditarik sebelum dia duduk.
“Awak sihat?”perkataan pertama keluar dari mulut Hakimi Lufti.
“Macam yang encik tengok, saya sihat walafiat.”jawab Kazrina pula.
“Baby?”sapanya mesra.
Ungkapan ini membuatkan Kazrina terpaku, “Bukankah ayat ini sepatutnya ditanyakan
oleh si suami dan bukan orang lain.”
Kazrina menunduk, sayu rasa hatinya.
“Maafkan saya. Jika awak rasa tak selesa. tak usah dijawab
pertanyaan saya tadi.”Hakimi memohon maaf bila menlihat Kazrina hanya diam
membisu.
“Tak, saya okay. Baby pun okay.
Terima kasih sebab hantarkan saya ke hospital tempoh hari.”
“Oh! Tak mengapa, lagipun salah saya juga. Maaf sekali lagi, boleh
saya tahu siapa bapa kepada anak ini.”Kazrina tersentak, tidak menyangka Hakimi
akan bertanyakan soalan ini kepadanya. Kazrina mengeluh, Hakimi masih setia
menanti.
“Saya rasa tak perlu awak tahu siapa dia Encik Hakimi, dia dah lama
buang kami berdua dalam hidupnya.” Ada nada sayu yang menyapa dipelupuk telinga
Hakimi. Hati lelakinya terusik,”Isteri
secantik ini dipersiakan, memang bodohlah Amar Amsyar.”
“Awak masih sayangkan dia, maksud saya bekas suami awak.”
“Dia masih suami saya sehingga ke hari ini.”jawapan Kazrina buat
Hakimi tersentak. Tidak percaya Amar
Amsyar sanggup membiarkan wanita malang ini digantung tak bertali, kejam
sungguh.
“Maaf, saya tak bermaksud nak…”belum sempat Hakimi meneruskan
kata-katanya, Kazrina menyampuk, “Saya faham, awak tak salah.”
“Boleh saya tanya dari mana awak tahu alamat rumah saya.” soal
Kazrina, sebetulnya sudah lama dia ingin bertanya dengan lelaki ini bagaimana
dia memperolehi alamat kediamannya.
“Saya..tanya pada pihak sumber manusia tempat awak bekerja.” Kening
Kazrina terjungkit, tidak percaya lelaki ini bertindak sejauh ini.
“Takkan pihak sumber manusia nak bagi informasi ini kalau awak bukan
sesiapa pada saya.”tutur Kazrina tidak percaya dengan kata-kata lelaki ini.
“Betul, saya pergi berjumpa dengan Puan Halijah sendiri dan beliau
yang beri alamat ini pada saya.”ujar Hakimi sungguh-sungguh.
“Bagaimana Puan Halijah boleh percaya kat awak sampai informasi
sulit ini diberikan semudah itu.”
“Saya cakap yang saya suami awak.”tutur Hakimi menahan tawa dibibir.
“Apa!!”membuntang mata Kazrina apabila mendengar kata-kata lelaki
itu. Hakimi pula sudah pecah ketawa
apabila melihat reaksi spontan Kazrina.
“Tak kan lah saya gila nak cakap macam tu. Dah sah-sahlah nama kami berdua tak sama. By the way, Saya Mohd Hakimi Lufti. GM baru jabatan sumber manusia.” Hakimi
memperkenalkan dirinya. Kazrina
terkejut, “Rupa-rupanya inilah dia bos baru Puan Halijah. Hensem dan berkarisma
orangnya, patutlah rata-rata dikalangan pekerja memuji-muji bos baru ini.” Bisik
hati kecil Kazrina.
Hakimi yang perasan dirinya ditenung oleh sepasang mata Kazrina mula
berdehem.”Hehemmm..” Kazrina termalu
sendiri, wajahnya mula merona kemerahan.
“Kalau macam tu saya balik dulu.
Lagipun tak manis orang tengok saya lama-lama kat sini.”Hakimi segera
bangkit, ingin beredar. Ada kerja yang
harus dia lakukan selepas ini.
“Terima kasih ya Encik Hakimi kerana sudi membantu dan juga
menjenguk saya dirumah. Encik merupakan
majikan pertama yang saya pernah jumpa datang melawat pekerjanya.”tutur Kazrina
cuba beramah. Tidak mahu dikatakan
sombong pula, sudahlah majikan datang melawat.
“Sama-sama. Lagi satu, please
call me Kimi.”Kazrina tersenyum manis, Hakimi terpana. Senyuman Kazrina membuatkan jantungnya
berdetup-detap.
“Baik Kimi, tapi dekat ofis saya tetap akan panggil awak Encik
Hakimi. Itu protokol yang harus dipatuhi.” Hakimi tersenyum, suka dia mendengar
wanita itu memanggilnya begitu.
“Okay, but only in the ofis. Outside
treat me as you friend.”pesan Hakimi pula. Kazrina tidak menjawab, hanya
melemparkan senyuman. Kereta Hakimi
berlalu meninggalkan perkarangan rumah Kazrina.
Diseberang jalan, kelihatan sebuah kereta proton wira tersadai
ditepi jalanan. Gambar-gambar yang
berjaya ditangkap disimpan dalam kad memori. “Lepas ini poket aku mesti masyuk
punya. Tengku Mikhail pasti memberikan
aku habuan yang banyak, nampaknya tak sia-sia aku mengekori wanita ini.” Fadli,
orang upahan yang diupah oleh Tengku Mikhail Khazi untuk menjejaki dimana Kazrina tinggal.
“Hello bos, saya dah jumpa wanita tu.” Selesai berbicara, telefon
bimbit dimatikan. Keretanya terus
dipandu meninggalkan tempat persembunyiannya untuk bertemu terus dengan Tengku
Mikhail Khazi. Sebelum itu, Fadli
singgah dikedai gambar untuk mencuci gambar-gambar yang berjaya ditangkap.
Mike terpegun, gambar-gambar wajah Kazrina berada ditangannya. Dalam hati dia turut tertanya-tanya siapakah
lelaki yang bersama dengan Kazrina.
Kalau Amar Amsyar tahu pasal ini, tentu Kazrina akan diceraikan. Selepas itu, Kazrina akan menjadi milikku
untuk selama-lamanya.
“Macam mana bos, puas hati?” soal Fadli tersengih-sengih. Mike tersenyum. “Bagus, sekarang aku nak kau
siasat siapa orang ini. Aku nak semua
informasi tentang lelaki ini secepat mungkin.”arah Mike tegas, dia ingin
kesempurnaan supaya senang untuk dia memikat Kazrina tanpa ada sebarang
saingan.
“No problem bos. Tapi
habuannya mestilah lumayan.”Fadli menunjukkan isyarat duit sambil
tersengih-sengih lagi.
Mike meregus,”Nah! kerja baru sedikit dah nak minta upah. Ambik dulu separuh, bakinya selepas selesai
semuanya.”sampul surat coklat berisi
wang tunai dicampak ke arah Fadli. Tersengih-sengih lelaki itu mengambil sampul
itu, hatinya berbunga riang.
“Ingat, aku nak semuanya beres dalam minggu ini juga. Kalau tidak, aku bagi tugas ini kepada orang
lain pula.” Mike memberi amaran kepada
Fadli.
“Bos jangan risau, everything
still under control. Semua kerja ini saya akan selesaikan dalam minggu ini
juga.”janji Fadli membuatkan Mike tersenyum lebar. Hampir sejam pertemuan mereka akhirnya Mike
berlalu pergi meninggalkan Fadli. Akal
jahat bermain dimindanya, dia akan mengirimkan kesemua gambar-gambar ini kepada
Amar Amsyar. Biar sepupunya mengamuk dan
menceraikan Kazrina secepat mungkin.
Amar Amsyar termenung panjang, ingatan pada Kazrina Atirah muncul
difikirannya. Dia cuba mencernakan
kenangan-kenangan yang wujud diantara mereka berdua. Tapi sayang, satu pun tidak ada dalam mindanya. Tangannya mengapai bingkai gambar perkahwinan
mereka, dia melihat betapa bahagianya mereka berdua bergandingan diatas pelamin
yang serba indah. Senyuman Kazrina
sungguh menawan, dia terpana. “Inikah
dia perasaanku terhadap wanita ini, adakah aku benar-benar menyintai
dirinya.” Dibawa gambar itu dekat ke
dadanya, dapat dirasakan degupan jantungnya. “Misya kata Kazrina mengandung,
adakah dia mengandungkan anakku. Atau ini semua hanyalah muslihat Misya.
Ahhh…sakitnya kepalaku.” Amar Amsyar kembali menarik semula rambutnya, ingin
meredakan kesakitan yang mengelubungi.
~Bersambung~
arghhhhhhhhhhh geramnya dekat mike tu! melting dengan kimi.... meluat dengan amar! okey geram hahaha..... best kak has! :)
ReplyDeleteTak baik marah-2. Nnt bila ada satu part, betapa caring nya Mike. Masa tu awk pun turut cair..hehee..
Deletesiapa hero nya kak has? banyak sangat ni.... kimi macam best je hehehe..
ReplyDeleteKena tunggulah dik. Ada suspen sikit, sebab ada tiga watak dalam hidup Kazrina. Amar Amsyar, Tengku Mikhail Khazi dan juga Hakimi Lufti.
Deletebest2
ReplyDeleteThank you dear. :)
Deletehbis dkt blog ka?
DeleteTak sure lagi. Sekarang baru setakat bab 21, tapi idea dtg mencurah-curah.
Deleteok2... hehe, moga2 kandungan dia selamat lah.. hehe
Deletesmbng cpt sikit ya.. x sbar dah ni, thanks writer
Den. ...skejap suker amar....kang jap gi nak c rina tu terima mike....camner tu?????
ReplyDeleteSokong mana-mana pun boleh.. terima kasih kerana sudi mengikuti kisah cinta Kazrina.
Delete