Bab 15
“Rina nak pergi mana pagi-pagi
ni.”soal Mak Jah ketika melihat Kazrina yang sedang bersiap-siap.
“Nak pergi kerjalah Mak Jah. Hari itu saya cuti sakit, sekarang kenalah
masuk kerja semula.”jawab Kazrina lembut.
Dibetulkan tudungnya pula, takut senget.
Mak Jah keluar dari bilik Kazrina menuju ke dapur. Ketika Kazrina keluar dari biliknya, dia
terserempak dengan Tengku Mikhail yang sedang menapak turun dari tingkat
atas. Lelaki itu bereaksi pelik, “Rina nak ke mana awal pagi
ni?”soal Tengku Mikhail.
“Nak pergi kerjalah Khail, takkan
nak pergi shopping pula.”balas
Kazrina sambil tersenyum manis. Tengku
Mikhail mengaru kepalanya yang tidak gatal tiba-tiba.
“Rina duduk dulu, Khail ada benda
nak dibincangkan.”Tengku Mikhail mengajak Kazrina duduk disofa berdekatan. Dia turut melabuhkan duduk dihadapan
Kazrina. Beg bimbitnya diletakkan
disebelah kanan
duduknya.
“Apa yang Khail nak bincangkan,
Rina dah lambat ni. Takut tak dapat
teksi pula, pagi-pagi memang susah
nak dapat teksi.”tutur Kazrina. Tengku
Mikhail menarik nafas, tidak tahu bagaimana dan dimana harus dia mulakan. Dia takut Kazrina melenting jika dikhabarkan
pada wanita itu tentang perjumpaannya dengan Hakimi Lufti seminggu sudah.
“Rina, Khail..Khail..dah putuskan
yang Rina tak perlu berkerja lagi”Kazrina tergamam, bicara Tengku Mikhail
menyentap hatinya.
“Apa maksud Khail, Rina tak
faham.”soal Kazrina.
“Khail dah hantar notis surat berhenti Rina pada
Hakimi minggu lalu.”ujar Tengku Mikhail.
“Tapi kenapa Khail, Rina perlukan
pekerjaan Rina untuk menampung keluarga dan juga anak yang bakal lahir
ini.”tutur Kazrina dengan nada sedih.
Sedih kerana dia kini tidak mempunyai pekerjaan dan juga pendapatan. Dimana harus dia cari wang untuk dihantar
kepada keluarganya. Mereka masih lagi
dalam tangungjawabnya. Airmatanya
berderai laju mengenangkan nasibnya kini.
“Rina..”Tengku Mikhail bangkit
lantas duduk bersebelahnya. Dipegang
lembut bahu Kazrina, “Khail buat semua ini untuk kebaikan Rina dan juga anak
yang Rina kandungkan. Terlalu banyak risikonya, 2 kali Rina
hampir-hampir keguguran.”ujar Tengku Mikhail tenang. Dia mahu Kazrina tahu sebab utama dia berbuat
sedemikian.
“Tapi Khail, bagaimana dengan
keluarga Rina. Mereka masih dibawah
tangungjawab Rina, dan Rina perlu sediakan sejumlah wang setiap bulan untuk
membantu mereka.”tangis Kazrina pilu. Tengku
Mikhail menggelengkan kepalanya, tidak setuju dengan kata-kata Kazrina.
“Rina, untuk pengetahuan
Rina. Keluarga Rina
kini dibawah tangungjawab Khail sekarang.
Mulai hari, biar Khail laksanakan tangungjawab yang sepatutnya digalas
oleh Rina. Termasuk
Rina sekali dan juga anak dalam kandungan Rina ni. Apa yang Khail pinta, agar Rina jaga kesihatan
Rina dan juga baby. Khail tak akan
biarkan Rina sendiri lagi, Khail akan jaga Rina mulai hari ini.”Kazrina
terharu, Tengku Mikhail tulus menyatakan hasratnya itu. Kalaulah Amar Amasyar begini, tak perlulah
dia hadapi semua ini.
“Khail..”Kazrina sebak, tidak
dapat meneruskan kata-kata. Tengku
Mikhail memegang perut
Kazrina, “Baby jangan susahkan
mama tau, daddy nak pergi kerja. Petang
nanti daddy balik, kita main sama-sama ya.”ujar Tengku Mikhail sambil mengusap
lembut perut
Kazrina. Kazrina terpana, cara Tengku
Mikhail melayannya seperti seorang suami yang penyanyang. Dia benar-benar terharu sangat, tangisannya
pecah. Tengku Mikhail hilang arah, tidak
tahu harus berbuat apa. Jika dipeluk
Kazrina, wanita itu pasti marah. Lagipun
dia bukan suami Kazrina dan juga halal buat Kazrina. Dia perlu bertahan sehingga Kazrina
melahirkan anaknya.
“Rina pergilah berehat, Khail
perlu masuk ofis hari ini. Petang nanti
kita bincang lagi. Khail pergi dulu,
jangan lupa makan ikut masa.”pesan Tengku Mikhail, dicapai beg bimbitnya. Langkah dituju ke luar rumah dimana keretanya
berada. Kazrina tersedar dari lamunan
sebaik saja kereta Tengku Mikhail menderum laju. Disapu airmata yang mengalir, lantas kaki
dibawa menuju kebilik. Pintu bilik
ditutup seperti hatinya tutup buat seorang lelaki yang bernama Amar Amsyar.
Hampir sejam melayan perasaan,
pintu biliknya diketuk. Wajah Mak Jah
muncul dibalik pintu,”Rina nak makan, Mak Jah dah siapkan.”
“Rina tak lapar Mak Jah, kejap
lagi Rina makan.”ujar Kazrina. Dikerling jam di dinding, sudah pukul 1
petang. Namun
perutnya
tidak merasa lapar pula. Mak Jah menutup
semula pintu bilik Rina, saat langkah mahu menuju ke ruang dapur telefon
berbunyi.
“Ya Khail, Rina
masih dibiliknya. Tak mahu makan
katanya, masih tak lapar.”jawab Mak Jah, mungkin itulah pertanyaan Tengku
Mikhail.
“Tak mengapalah, Mak Jah siapakan makan tengah hari kejap lagi
Khail balik.”arah Tengku Mikhail lembut. Bagai lipas kudung, Mak Jah menuruti arahan
majikannya. Dalam hati dia bersyukur Tengku
Mikhail sudah benar-benar berubah. Cinta
telah mengubahkan Tengku Mikhail dari seorang kasanova kepada seorang lelaki
yang bertangungjawab. Begitu besar perubahan yang dibawa oleh seorang wanita bernama Kazrina kepada Tengku
Mikhail.
Setengah jam kemudian, kereta Tengku
Mikhail sudah berada diperkarangan rumah.
Tengku Mikhail keluar dari perut kereta, beg bimbit diletakan
di sofa berdekatan. Kakinya dihala ke
bilik Kazrina, pintu diketuk perlahan.
Kazrina muncul dimuka pintu,”Khail?”
“Mari keluar, kita makan
sekali.”ajak Tengku Mikhail, Kazrina menurut dibelakang setelah pintu bilik
ditutup rapat.
“Tengku Mikhail menarik kerusi,
diarahkan Kazrina duduk disisinya.
Wanita itu menurut saja, Tengku Mikhail gembira. Nasi diletakkan didalam pinggan Kazrina,
disenduk lauk ayam masak kicap bersama sayur campur.
“Tak apa Khail, Rina
boleh ambil sendiri.”bantah Kazrina, Tengku Mikhail menggeleng tanda tidak setuju.
“Rina jangan degil, biar Khail
yang buat. Rina perlu makan supaya baby
tak lapar. Tak baik buat baby begini,
kesian kat dia.”ujar Tengku Mikhail lembut.
“Tapi Rina
tak lapar Khail, macam mana Rina nak makan.”protes Kazrina. Tengku Mikhail mengeluh, “degil betul!”
“Rina lapar atau tak, Rina perlu makan mengikut masa yang
ditetapkan. Tak kesian ke kat baby, dia
lapar tau. Meh, Khail tolong suapkan.”Tengku
Mikhail sudah bersedia menyuap Kazrina menggunakan sudu. Kazrina yang pada mulanya enggan makan, mulat
membuka mulutnya. Nasi yang disua Tengku
Mikhail dikunyah perlahan-lahan.
Airmatanya menitis, terharu dengan layanan Tengku Mikhail
terhadapnya.”Beginikah layanan dari seorang suami jika si isteri sedang
mengandungkan anaknya. Tapi mengapa Amar
Amsyar tidak begitu, apa salahku?”adunya dalam hati.
“Rina, kenapa ni. Sayang tak baik tau, menangis depan
rezeki.”airmata yang menitis, diseka lembut Tengku Mikhail. Kazrina terpegun, Tengku Mikhail memanggilnya
‘sayang’.
“Rina..Rina..”tidak sanggup
meneruskan kata, hatinya pilu.
“Sudahlah tu, sekarang Rina makan
lagi. Baby lapar tu, nak minta
makanan. Nah, makan lagi Khail suapkan.”Tengku
Mikhail meneruskan suapan nasi ke mulut Kazrina. Wanita itu makan dengan seleranya, suka Tengku
Mikhail melihatnya. Sehingga ke suapan
terakhir, Kazrina mengambil sudu ditangan Tengku Mikhail, lantas disuapkan ke
mulut lelaki itu. Lelaki itu tersenyum,
“Terima kasih sayang.” Mak Jah yang setia menonton mengalirkan airmata terharu,
Tengku Mikhail telah menjumpai kebahagiannya kini. Dia menadahkan tangan, berdoakan agar Kazrina
akan menerima Tengku Mikhail suatu hari nanti.
Dan dia yakin, ada cinta yang hadir antara mereka berdua.
Tengku Mikhail tidak jadi ke
pejabat, sepetang dia menemani Kazrina.
Dia sudahpun menukar pakaian, selepas makan mereka sempat solat zohor
berjemaah. Kazrina kagum, Tengku Mikhail
benar-benar telah berubah. Malah ketika Tengku
Mikhail mengimamkan solat tadi, bacaannya lancar meskipun ayat-ayat pendek
saja. Hari itu, Tengku Mikhail menjadi
Imam untuk dia dan juga Mak Jah. Kazrina
dapat lihat airmata menitis dari pipi tua itu, airmata kesyukuran barangkali.
“Jauh termenung, ingat orang jauh ke?”Tengku
Mikhail mengambil tempat disebelah Kazrina.
Angin petang bertiup nyaman, pohon-pohon renek yang ada disekeling rumah
banglo kepunyaan Tengku Mikhail menyemarkan suasana.
“Buat apa teringat orang jauh, jika diri ini
telah dibuang sejak dulu lagi.”sayu saja nada suara Kazrina. Tengku Mikhail menarik nafas, dia tahu
Kazrina kecewa dengan Amar Amsyar.
Lelaki itu sepatutnya berada disini bersama Kazrina dan bukannya
dia. Dulu dia ingat Amar Amsyar lelaki
yang baik, tapi dia tersilap. Perlukah dia ceritakan kepada Kazrina hal sebenar
disebalik pernikahan mereka. Hatinya
tertanya-tanya sendiri.
“Sekarang Rina
tengok Khail pula yang termenung. Kenapa, ada hal yang menggangu fikiran Khail
atau Rina ni dah menyusahkan Khail ke?” Tengku Mikhail menggeleng kepalanya,
tidak setuju.
“Rina tak pernah menyusahkan
Khail. Apa yang Khail buat semuanya
untuk Rina dan juga baby. Ikhlas Khail
katakan yang Khail suka dengan semua ini.
Khail mahu Rina gembira selalu, dan Khail ingin lakukannya demi wanita
yang bernama
Kazrina Atirah.”tulus dan ikhlas nada suara itu menyentuh perasaan Kazrina.
“Terima kasih Khail, Rina
tak tahu nak cakap apa lagi. Tak ternilai budi yang Khail
hulurkan pada Rina dan juga baby.”Tengku Mikhail ingin menyentuh tangan
Kazrina, tetapi ditahankan hatinya.
Kazrina tidak halal buatnya, masih belum lagi. Mungkin selepas kelahiran baby ini, dia akan
mengambil Rina menjadi haknya yang halal.
“Rina, ada sesuatu yang Khail nak
cakapkan. Khail harap Rina tidak
terkejut mendengarnya
nanti.”berhati-hati Tengku Mikhail menutur kata, takut Kazrina tersingung pula.
“Cakaplah,
Rina sudi mendengarnya.”jawab Kazrina tenang.
“Khail nak Rina tahu apa kisah
sebenar disebalik pernikahan Rina dengan Amar Amsyar.”Kazrina tergamam, “apa
yang Khail cuba
terangkan ni. Apa kena mengena dengan Amar Amsyar?”
“Kisah disebalik pernikahan Rina
dengan Am? Kisah apa Khail.”soal Kazrina cemas.
Tengku Mikhail serba salah pula sama ada hendak meneruskan ataupun
tidak. Kazrina terdengar keluhan dibibir
Tengku Mikhail.
“Apa kisah disebalik pernikahan
Rina dengan Am, Khail tak pasti.
Tapi apa sebab Am bernikah dengan Rina itu yang Khail pasti.”terang Khail masih lagi
mahu berteka-teki. Kazrina cuak, Tengku
Mikhail seolah-olah mencabar tahap kesabarannya.
“Boleh tak Khail berterus-terang,
jangan nak ‘corner’ sana
sini. Rina rimas tau!”bentak Kazrina, geram dengan sikap Tengku
Mikhail.
“Mana ada Khail ‘corner’ sana sini, kita bukannya dalam kereta kan?”seloroh Tengku Mikhail, cuba
menghidupkan suasan ceria. Kazrina
memuncungkan bibirnya, tanda protes.”Khail ni orang betul-betul dia main-main
pula.”marahnya dalam hati.
“Sayang, tak baik tau buat muncung
macam tu, nanti baby daddy pun mulutnya muncung macam mama dia. Pastu kuat
merajuk nanti.”Kali ini tahap kesabaran Kazrina menepis, dia ingin bangkit tapi
tangannya sudah diselar oleh Tengku Mikhail.”Duduklah dulu.”Kazrina duduk
kembali, namun wajahnya dimasamkan.
“Khail akan ceritakannya, dengan
syarat Rina tenang menghadapinya. Jangan
melenting tak tentu pasal dan jangan na marah-marah. Khail harap Rina terima semua ini dengan
tabah.”Kazrina menggangguk setuju. Tengku
Mikhail mula bercerita dari awal sehingga akhir, tidak ada satupun tertinggal,
semuanya diceritkan seperti apa yang dicerita oleh Am padanya seminggu sebelum
Kazrina menikahi sepupunya itu.
“Am menyesal dan untuk menebus
kesalahannya itu, dia sanggup mengambil Kazrina sebagai isterinya. Dia juga kata ingin membantu keluarga Rina
menanggung beban yang ada sebab itu dia nak bernikah sangat dengan Rina walaupun dalam
hatinya tiada cinta untuk Rina.”Kata-kata Tengku Mikhail umpama sembilu yang
menghiris-hiris tangkai hatinya. Selama
ini dia ingat Amar Amsyar benar-benar menyintainya, sebab itu dia setuju
menerima lamaran lelaki itu. Kazrina
ketawa, mula-mula perlahan lama-lama kuat juga bunyinya. Tengku Mikhail kehairanan, disentuh bahu
Kazrina.”Rina”
“Rina okay, Khail jangan
risau. Rina ketawa sebab Rina rasa
betapa bodohnya Rina ketika menerima lamaran Am dulu. Rina ingat dia benar-benar cintakan Rina,
rupa-rupanya tidak. Dan Rina pun bodoh
sebab nak larikan diri dari Tengku Mikhail Khazi, Rina terima lamaran Am. Sekarang
Rina sendiri yang menangung
akibat dari perbuatan bodoh Rina sendiri.”Tengku Mikhail tersentak, pengakuan
Kazrina menyentap jiwanya. Rupa-rupanya
Kazrina memang membenci dirinya sehingga sanggup menerima lamaran Amar Amsyar.
“Sampai begitu sekali benci Rina
pada Khail, sanggup mengambil risiko demi untuk melepaskan diri dari seorang
lelaki yang bernama
Tengku Mikhail Khazi. Sungguh
menakjubkan, Rina seorang yang suka mengambil risiko dengan terlalu mudah.”ejek
Tengku Mikhail, Kazrina mencebik.
“Manalah Rina
tahu, dulu hidup Rina kesunyian sebab itu Rina tersalah percaturan. Tapi kini, kalau Khail nak tahu. Tengku Mikhail Khazi sekarang sudahpun berada
dihati ini, walaupun tak banyak sedikit tetap ada.”tutur Kazrina sambil menujuk
ke arah dadanya. Tengku Mikhail
melemparkan senyuman manis, kata-kata Kazrina menyejuk hatinya yang membara
tadi.
“Maknanya, Rina
dah terima Khail lah ni. Sungguh!”tanya Tengku Mikhail bersungguh. Kazrina mengangguk kepala, tertunduk
malu. Tengku Mikhail girang melihat
wajah Kazrina merona kemerah-merahan.
“Cantik ‘blusher’ Rina, esok-esok
pakai lagi tau.”usik Tengku Mikhail membuatkan Kazrina semakin malu. Kazrina berlari masuk, tak sanggup menjadi
bahan usikan Tengku Mikhail.
“Rina..Rina..tunggulah
dulu.”panggil Tengku Mikhail, namun tidak diperdulikan oleh Kazrina yang tetap
mahu menyembuyikan dirinya.
Tengku Mikhail ketawa dan ketawa,
hatinya berlagu riang. Penerimaan
Kazrina menjadi permulaan hidup barunya nanti.
Akan aku tebus kesalahan yang lalu demi cintaku padamu Kazrina Atirah ~ Tengku Mikhail Khazi
~Bersambung~
best....baiknya khail...
ReplyDeletebest2.. nak khail jdi hero.. hehe
ReplyDeletekak has... xpuas lah! baru nak feeling2 ni dah habis pulak hehehe.... aawwwww.. so sweet. nasib hensem! okey gud bye kimi selamat dtg encik khai.... tapi apa yg terjadi ek? ker dlam perut tu anak mike? oh x sabar nak tahu!- (dari hati aulia iman yg semakin bz)
ReplyDeleteakak pun x sabar-2 nak habiskan cepat manuskrip cite ni. Mike dh bertukar jadi Khail yg hensem dan sweet..
Delete