Wednesday, 12 December 2012

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 10)


Bab 10


“Okay Lim, berapa pusingan?”tanya Amar Amsyar.  Dia sudah siap bersuit kulit khas untuk pelumba litar sepertinya.  Dikerling sebelah, lawannya juga tidak kurang hebatnya.

 
“Macam biasa Cik Amar, sepuluh.”Lim menunjukkan kesepuluh jarinya.  Litar sepang hangat membara, ditambah pula dengan keadaan matahari yang terik.  Keadaan tidaklah sesak, ini kerana litar lumba ini telah ditempah khas olehnya.  Setiap kali Amar Amsyar berlumba, dia akan menempah litar ini, hanya orang yang tertentu dan beberapa kenalan yang dibenarkan masuk.  Mata liar Amar Amsyar sedang mencari kelibat sepupunya, namun tidak ketemu juga.”Mana Mike ni, kata nak datang.”keluhnya.

 
Dihadapan pintu rumah Kazrina, Mike sedang memujuk wanita itu.”Kazrina, saya betul-betul nak awak ikut saya.”terkejut Kazrina sewaktu dia membuka pintu rumahnya.  Wajah Tengku Mikhail berada dihadapan matanya, nasib baik pintu grill berkunci.  Dipanjangkan leher melihat pintu gate rumah, patut pun lelaki ini boleh masuk.  Rupa-rupanya dia terlupa menutup pagar selepas keluar beli sarapan pagi.

 
“Tengku Mikhail, saya mohon. Jangan ganggu saya lagi, saya ni masih isteri orang.”Mike mengeluh, dia tidak berputus asa.  Perkataan ‘isteri’ membuatkan dia senyum sinis.

 
“Awak pasti yang awak masih isteri dia.”sinis betul pertanyaan itu. Kazrina mengeluh perlahan, susah betul nak buat lelaki ini faham.  Perlukah dia berkasar, nanti dikata kurang ajar pula.

 
“Untuk pengetahuan Tengku, selagi surat cerai tidak sampai ke tangan saya.  Selagi itu saya masih isteri kepada Amar Amsyar a.k.a sepupu Tengku.  Jadi saya harap sangat agar Tengku hormati saya sebagai isterinya.”Mike tersenyum, kata-kata Kazrina bagaikan tidak mendatangkan kudis dihatinya.

 
“Sebab itu saya nak awak ikut saya.  Saya nak tunjukkan pada awak siapa sebenarnya suami awak tu.”Mike masih tidak putus asa, dia tetap mahu wanita itu mengikutinya.  Ada agenda disebalik itu, dan dia perlu laksanakannya dengan secepatnya.

 
“Baiklah, jika itu yang Tengku mahukan.  Saya akan ikut Tengku, dengan syarat selepas ini Tengku jangan ganggu lagi hidup saya.”Kazrina setuju dengan bersyarat.  Mike tersenyum riang, rancangannya pasti akan berjaya kali ini. Kazrina menutup pintu, dia perlu bersiap.  Dia tahu selagi dia tidak mengikut kemahuan lelaki ini, selagi itu lelaki ini akan tetap menganggunya. 


Tak sampai setengah jam, Kazrina sudah siap.  Dia hanya berbaju blaus tangan panjang, berseluar jean dan memakai tudung yang sedondon dengan warna blausnya.  Mike terpana, keaslian dan kecantikan wajah Kazrina terserlah walaupun hanya memakai secalit lipstick. “Oh my gosh! She’s so beautiful even without any make up.”pujinya dalam hati.  Pintu kereta Lotus Elisenya dibuka, Kazrina masuk duduk dibahagian penumpang.  Mike berlari anak ke sebelah bahagian pemandu.  Senyuman manis tidak lekang dibibirnya, Kazrina membiarkan saja. 

 
Perjalanan dari rumah sewa Kazrina ke litar Sepang mengambil masa setengah jam, namun menjangkau ke 40 minit.  Sengaja Mike memandu keretanya perlahan, ingin berlama-lama dengan Kazrina.  Sesekali mata nakal Mike mencuri-curi memandang wajah Kazrina yang tenang memerhatikan jalanraya.  Alis kening Kazrina yang nipis, matanya yang galak, muka bujur sirih dan yang pasti bibir merah bak delima itu menjadi igauan Mike.  Kazrina yang perasan renungan nakal Mike merasa gusar, dalam hati dia mengutuk diri sendiri kerana sudi menerima pelawaan lelaki itu tadi.  Apabila kereta Mike membelok masuk perkarangan litar Sepang,  dada Kazrina berdetap-detup.  Ada debaran yang menyingah membuatkan dia mengurut perlahan dadanya.   Mike yang perasan akan perubahan diwajah Kazrina hanya tersenyum lebar.

 
“Kenapa kita ke sini Tengku?”akibat tak tahan debaran dihati, Kazrina bertanyakan soalan itu kepada Mike.

 
“Saya nak bawa Rina jumpa seseorang.”ujar Mike.  Dia juga telah menukar kata ganti nama Kazrina kepada Rina. 

 
“Apa perlunya saya bertemu dengan orang itu, penting sangat kah?”sekali lagi pertanyaan  diajukan kepada Mike.

 
“Rina akan tahu sendiri nanti. Jom, kita dah sampai.”  Ajakkan Mike tidak dipeduli, Kazrina masih termangu didalam kereta lelaki itu.  Mike berjalan ke arah pintu penumpang, pintu itu dibuka,”Rina, awak nak keluar sekarang atau nak saya dukung awak.”ugutan Mike menyedarkan Kazrina dimana dia berada sekarang.  Cepat-cepat dia menepis tangan Mike yang ingin memegang tanganya.”Garangnya, I like it.”gumam Mike, Kazrina berpaling tidak puas hati dengan kata-kata lelaki kasanova itu.

 
Mereka berjalan beriringan masuk, mata Mike melilau mencari Amar Amsyar.  Saat terpandang wajah Amar Amsyar yang sedang bercakap dengan salah seorang model kereta disitu, Mike tersenyum lebar.”Mari, kita ke sana.” Ujar Mike sambil menunjukkan ke arah dimana Amar Amsyar berada.  Kazrina terpegun, wajah ceria suaminya sedang bergelak ketawa dan bergurau senda dengan seorang gadis yang cukup seksi dimatanya. Airmata yang ingin tumpah, ditahannya. 

 
“Saya nak balik!”itulah ayat yang keluar dari mulutnya. Mike cepat-cepat mencapai lengan Kazrina, tidak mahu wanita itu pergi.  Dia mahu Kazrina melihat sendiri sandiwara Amar Amsyar, biar wanita itu kecewa dengan sikap suaminya itu.

 
“Tunggulah dulu, kita baru saja sampai.  Awak baru tengok sikit, belum tengok selanjutnya.  Kalau awak tak nak jumpa dia, kita duduk disini saja.”arahan Mike diturutinya, tidak mahu berbalah.  Lagipun dia hendak pulang dengan apa, dia datang ke sini pun dengan lelaki ini.  Kazrina melabuhkan punggung disebelahnya pula Mike setia menemaninya.  Lebih kurang 5 minit mereka menunggu, satu pengumuman telah dilaungkan.  Perlumbaan diantara Amar Amsyar dan lawannya Terry Yam akan bermula.  Kelihatan kedua-dua pelumba sedang bersiap sedia dalam kereta masing-masing.  Amar Amsyar dengan Evonya manakala lawannya Terry Yam turut memandu Evo.  Hati Kazrina tersayat saat terlihat kucupan mesra yang diberikan oleh gadis seksi itu dipipi suaminya.  Airmata yang ditahan gugur jua, dikesatnya seperti mengesat hatinya yang berdarah.

 
“Awak perlukan ini.”Mike menghulurkan sapu tangan kepada Kazrina.  Wanita itu menolak, tidak mahu simpati dari Mike.


“Saya okay, Tengku jangan risau.”

 
“Rina, saya tak suka awak panggil saya dengan nama itu.  Memandangkan kita kawan, saya suka kalau Rina panggil saya Mikhail.”cadang Mike, dia mahu Kazrina menjadi wanita pertama memanggil nama itu.  Sebelum ini, dia lebih suka menggunakan nama Mike. Tapi untuk kali ini, biarlah wanita ini menjadi orang pertama memanggilnya dengan nama itu.

 
“Saya bukan kawan Tengku, antara kita masih ada jurang yang besar.  Saya harap Tengku faham.”lembutnya kata-kata itu tidak mampu menyejukkan hati Mike.  Dia cukup terasa hati apabila Kazrina masih tidak mahu menerima dirinya.

 
“Saya ikhlas hendak membantu Rina, sebagai permulaan kita berkawan. Tak salah kan?”tutur Mike.  Kazrina terdiam, tidak tahu apa lagi hendak dikata.  Dia melemparkan pandangan ke litar, disitu ada suaminya yang akan berlumba sebentar lagi.  Selama ini dia tidak tahu langsung tentang kegiatan suaminya ini, lagipun dia baru mengenali Amar Amsyar selama sebulan sebelum mereka bernikah. 

 
“Kalau Rina nak tahu, inilah kali pertama Amar Amsyar mula berlumba setelah 3 tahun menyepi.”kata-kata Mike mengundang tanda tanya dihatinya.  Maknanya suaminya ini memang pelumba kereta tegar.  Cuma dia saja yang tidak tahu semua ini, alangkah bodohnya dia kerana ditipu oleh Amar Amsyar.

 
“Saya tahu apa yang bermain difikiran Rina. Tapi inilah realiti sebenar kehidupan lelaki yang bernama Amar Amsyar.  Saya sepupu rapatnya, dan saya tahu segala kegiatannya sejak dulu lagi.  Dia memang begini, sehinggalah kejadian yang berlaku 3 tahun lepas..”Mike tak jadi menyambung ayatnya, bagai ada sesuatu disitu.  Kazrina menoleh, matanya memandang tepat ke mata Mike.  Dia mahu Mike meneruskan ayat itu, dia mahu tahu sesuatu yang disembunyikan oleh Mike mahupun suaminya.

 
“Kalau Tengku kawan saya, ceritakan kepada saya siapa sebenarnya suami saya dan apa yang telah berlaku 3 tahun yang lalu.”tegas Kazrina, Mike telan liur.  Lain yang dirancang, lain pula yang jadinya.


“Nanti saya akan ceritakan. But please, call me Mikhail.”Kazrina mengangguk, Mike tersenyum lebar.

 
Perbualan mereka terhenti ketika bunyi isyarat perlumbaan dimulakan.  Deruman Evo Amar Amsyar mendahului pihak lawannya.  Sampailah pusingan ke 7,  Evo Amar Amsyar minta diperbaiki.  Tayarnya pancit, nasib baik pihak lawan masih berada dipusingan ke 6, sempat juga dia berhenti untuk menukarkan tayar keretanya.  Bila pihak lawan memasuki pusingan ke 7, Evo Amar Amsyar sudah menderum memasuki semula  ke litar.  Babak kejar-mengejar diantara kedua-dua Evo memndebarkan hati penonton.  Akhirnya, kemenangan berpihak kepada Amar Amsyar.  Mike tersenyum, dia sudah menjangkan semua ini.  Penangan Amar Amsyar masih seperti dahulu, malah dia pun pernah kalah dengan sepupunya ini.  Mike bangkit, ingin menghampiri Amar Amsyar.  Dia memberi isyarat pada Kazrina agar menunggunya disitu, dia tahu wanita itu agak keberatan untuk mengekorinya.

 
“Tahniah bro, you still the best. Walaupun dah 3 tahun kau tak berlumba.”bahu Amar Amsyar ditepuk perlahan.  Amar Amsyar terkejut, tidak menyangka sepupunya itu hadir.  Dia ingat Mike tidak sudi datang.

 
Thanks Mike. Tadi aku cari kau tak ada, kau datang dengan siapa.”mata Amar Amsyar meliar mencari stok-stok teman wanita Mike.

 
“Aku datang dengan dia.”Mike menunjuk ke arah tempat dimana Kazrina sedang duduk.  Amar Amsyar terpana,”Mike datang dengan dia?”

 
Ditariknya Mike ketepi, dibisikkan sesuatu ditelinga sepupunya.”Kenapa kau bawa dia kemari?”keras suara itu menyapa dicuping telinga Mike.

 
“Saja, biar dia tahu siapa kau?”luahnya dalam hati, tak berani hendak berkata berdepan.  Takut adegan tumbuk-menumbuk pula berlaku disini.

 
“Kebetulan, aku jumpa dia. Aku ajaklah dia kemari.”Amar Amsyar merengus, tidka puas hati dengan jawapan yang diberi.  Dia dapat rasakan ada sesuatu yang berlaku diantara Kazrina dan Mike.

 
“Tak nak jumpa dia ke bro? kesian dia tunggu lama kat situ.”pancing Mike, ingin melihat reaksi sepupunya.

 
“Malas lah, lagipun dia dan aku dah tak ada apa-apa lagi.  Buat apa aku nak jumpa dia.”

 
“Sapa kata? Kau masih lagi suami dia.”bidas Mike pula, sengaja nak menambahkan kemarahan Amar Amsyar.

 
“Aku akan ceraikan dia. Kalau kau nak, boleh ambik.  Lagipun aku dah ada Julia sekarang.”
senangnya Amar Amsyar bercakap, tanpa mengira hati yang bakal terluka.  Mike menggeleng kepala, tidak percaya dengan apa yang diluahkan oleh sepupunya.  Memang dia jahat, dia mahukan Kazrina. Tapi kenyataan yang keluar dari mulut Amar Amsyar membuatkan hatinya panas.  Wajah polos Kazrina direnung dari jauh, kasihan wanita ini.

 
“Okaylah bro, aku nak balik dulu. Tentang masalah diantara kau dengan dia, baik kau cepat-cepat uruskan.  Tak baik biarkan isteri kau digantung tak bertali.  Kalau betul kau dah tak nak dia lagi, baik kau lepaskan dia.  Tak guna kau seksa dia, kesian aku tengok.”nasihat Mike.  Amar Amsyar senyum sinis.  Dari jauh dia melihat isterinya sedang merenung wajahnya, sayu pula dilihat terbias diwajah itu.

 
“Lagi satu yang perlu kau tahu bro, your wife is pregnant.”tersentak Amar Amsyar dengan kata-kata yang keluar dari mulut Mike. Belum sempat dia memanggil semula Mike, lelaki itu telah pergi meninggalkannya bersama-sama dengan Kazrina.  Amar Amsyar termenung jauh, kata-kata terakhir Mike membuatkan dia terfikir sejenak.”Kalau betul Kazrina mengandung, kenapa aku tak rasa gembira. Dimana rasa cintaku padanya, adakah disebabkan kemalangan itu segala ingatan ku padanya lupus sama sekali.”berbagai persoalan bermain dimindanya.  Hatinya tak tenteram, dia ingin bertemu dengan Kazrina.  Dia mahukan penjelasan, dimana harus dicari Kazrina sedangkan dia sendiri tidak tahu dimana isterinya tinggal. Tiba-tiba…Mike tentu tahu dimana Kazrina tinggal.  Belum sempat dia mendail nombor Mike ada tangan halus melingkari lengannya.


Darling, jom balik.  Kita celebrate kat rumah I, with special treatment lagi.”suara lunak Julia menerpa telinga Amar Amsyar.  Persis kucing parsi, Julia turut mengesel-gesalkan badannya.  Kelakuan Julia merimaskan dia, lantas Amar Amsyar menolak lembut badan gadis itu.

 
So sorry, I need to go.  Maybe next time babe.”cepat-cepat pergelangan tangan itu dilepaskan.  Amar Amsyar meninggalkan Julia yang terkulat-kulat memandangnya dengan wajah sebal. 

 
You will pay for this Amar Amsyar.” Marah Julia.

 


Cuaca panas terik membuatkan kepala Kazrina sakit.  Pancaran matahari membuatkan penglihatannya berbalam-balam.  Jalannya juga tidak sekata, Mike perasan perubahan diwajah Kazrina.

 
Are you okay?”soal Mike. Belum sempat Kazrina menjawab, dia rebah.  Sempat tubuh itu disambut Mike sebelum menyembam ke tanah.  Orang ramai yang ada disekeliling mula menyerbu, keadaan menjadi panik.

 
“Encik, boleh tolong bukakan pintu kereta saya.”pinta Mike.  Punat kunci kereta ditekan,   pemuda itu menghampiri sebelah tempat duduk penumpang kereta Lotus Elise kepunyaan Mike.  Kazrina masih dalam dukungan Mike, pintu kereta dibuka.  Mike meletakkan tubuh Kazrina perlahan sebelum menutupnya semula.

 
“Terima kasih encik.”ujar Mike, pemuda itu mengangguk.  Mike berlari ke pintu sebelah pemandu, dihidupkan enjin kereta. Buat pertama kalinya, Mike melafazkan bismillah sebelum memandu keluar keretanya membelah jalanraya menuju ke hospital berdekatan.

 
Sampai di hospital Serdang, Kazrina diberi rawatan.  Mike yang cemas menunggu diluar bilik rawatan.  Kira-kira 30 minit berlalu, seorang doktor perempuan keluar dari bilik itu.  Mike menerpa laju menghampiri doktor itu.

 
“Bagaimana dengan keadaan dia doktor?”suara cemas Mike mengundang senyum dibibir doktor itu.

 
“Isteri encik tak apa-apa.  Kandungan dia pun okay, cuma dia memerlukan rehat secukupnya.  Saya nasihatkan agar isteri kurangkan aktiviti luar buat masa sebulan dua ni.  Kalau boleh jangan bagi dia buat kerja-kerja berat.  Let the man do the housework.”nasihat panjang lebar dari doktor itu mengundang tawa dihati Mike. 

 
Thanks doc, nasihat itu amat berguna sekali.  Saya akan pastikan isteri saya berehat secukupnya and let’s his handsome hubby does housework.”pecah tawa doktor muda itu apabila mendengar kata-kata Mike. 

 
“Isteri encik beruntung sebab ada suami yang amat menyanyangi dirinya.  Kalau macam tu saya minta diri dulu.  Esok Puan Kazrina boleh pulang.”sekali Mike mengucapkan terima kasih kepada doktor itu.

 
Mike menapak masuk ke bilik yang menempatkan Kazrina.  Terpegun dia melihat keayuan wajah Kazrina tanpa tundung, mungkin telah dibuka oleh jururawat ketika merawat wanita itu tadi.  Mike menghampiri Kazrina yan gmasih lena dikatil, dikerling sisi terlihat tudung Kazrina disitu.  Dia mengambil tudung itu, perlahan-lahan dililitkan dikepala Kazrina.  Inilah kali pertama dia menghormati hak seorang wanita, selama ini dia tidak pernah ambil peduli tentang semua itu.  Dia tak mahu Kazrina merasa malu apabila tersedar dalam keadaan begitu, aurat wanita itu perlu dijaga.Lama Mike merenung wajah pucat Kazrina sehingga dia tertidur disebelah wanita itu.  Tanpa dia sedari ada mata yang memandang segala perlakuannya.  

 
Amar Amsyar mengepal penumbuk, pintu yang dibuka sedikit ditutup kembali.  Sejak dari litar sepang dia mengekori Mike yang membawa Kazrina sampai ke hospital ini. “Amar, apa yang dah kau buat ni. Kazrina tu masih isteri kau, takkan kau nak biarkan si Mike senang-senang memikatnya.”bisik hati kecilnya.

 
~Bersambung~

4 comments:

  1. waaa... tahu jeles ea encik ammar tu! kak has, macam mana aulia nak follow akak ea? ada link fb? or apa-apa la yang boleh buat saya tahu akak dah update entry.... camne tu? saya suka kimi auwwwww.... mike biasa2 je... hehe :) ammar? ermmmm ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak xde FB lah dik. Lagipun jarang nk FB nih. Just letak kat blog awak mcm akak letak 'blog that I follow'. so each time ada new update boleh tahu.

      Hahahaa..dh jatuh hati dgn Kimi ke? jgn cepat sgt judge Mike sbb lepas ini dia akan jd the most sweet and caring person tau pada Kazrina. Bab 11 akan menyusul petang nanti kot. Akak tgh busy ari ni..

      Delete
  2. x nmpk pun! nk follow kt mna ea... kimi tu mcm org baik2 jer hihi

    ReplyDelete