Thursday, 6 December 2012

SPEED - CIntaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 4 & 5)


Bab 4

Kemarahan Mak Senah memuncak.  Anak yang sudah lama tidak pulang datang muncul dipintu rumahnya pada petang itu bersama seorang lelaki yang bergelar suami pula.  Ibu mana tak marah, walaupun anaknya ada menyatakan hasratnya hendak bernikah seminggu yang sudah melalui anak keduanya.  Tapi dia tetap tidak setuju, dia mahu Kazrina berkahwin dengan lelaki pilihannya. 

 
“Ibu”belum sempat Kazrina menyapa lagi, Mak Senah sudah menghempaskan daun pintu. Kazrina terpana, Amar Amsyar terkedu.  Mengalir airmata Kazrina melihat perlakuan ibunya, tidak disangka kemarahan ibunya masih bersisa.  Salahnya juga kerana sudah lama tidak pulang, kini kepulangannya disambut dingin.  Disebalik pintu Kazrina terdengar adik-adik memanggil-manggil namanya.  Sayu dan pilu menyelubungi hatinya, Amar Amsyar memegang lembut bahu gadis itu.


“Ibu dah bencikan Kaz, dia langsung tak mahu melihat muka Kaz.”adu Kazrina, Amar Amsyar menggeleng tanda tidak setuju dengan kata-kata Kazrina.

 
“Ibu perlukan masa.  Tak mungkin seorang ibu bencikan anaknya.”pujuk Amar Amsyar.  Kazrina melepaskan tangisan didada Amar Amsyar, suami yang baru seminggu dinikahi.  Sebelum itu dia sudah mengkhabarkan tentang majlis pernikahannya melalui Kartina, namun bayang ibunya tidak kelihatan dimajlis itu.  Hanya Kartina saja yang sudi hadir, manakala Kartika dan Khairul ditegah sama sekali.  Sayu mengelubungi majlis itu, namun demi untuk mencari secebis kebahagian.  Dia rela untuk tidak menangis, biarlah dia menangis takala bersama suaminya nanti.  Kerana dia tahu Amar Amsyar sudi menghapuskan airmatanya kelak.

 
“Sayang, mari kita balik.  Nanti-nanti kita datang semula.  Ibu marah sekejap aje, lepas ni redalah kemarahannya.”Amar Amsyar masih memujuk si isteri.  Airmata yang mengalir disapu dengan tangan kasarnya.

 
“Tapi bang, kalau ibu masih berdegil?”Amar Amsyar menggeleng, dia tidak setuju dengan kata-kata isterinya itu.

 
“Abang pasti, ibu akan menerima kita nanti.  Sekarang bukan masa untuk berdegil, sebaliknya kita harus mengalah dahulu.  Insyaallah, suatu hari nanti semuanya akan kembali sepert sediakala.”Pujukan Amar Amsyar membuah hasil. Kazrina mula tersenyum, airmata itu tidak mengalir lagi.

 
Selepas sebulan lamaran Amar Amsyar, mereka telah diijabkabulkan berwalikan hakim kerana Kazrina tidak mempunyai wali.  Walaupun majlis itu diadakan dalam penuh kesederhanaan namun cukup meriah dan sempurna sekali.  Miysa merupakan orang yang paling sibuk mempersiapkan majlis ini dengan kehadiran tunang Misya yang juga turut membantu.  Atas permintaan Kazrina sendiri, majlis diadakan kecil-kecil dan Amar Amsyar setuju.  Tidak seorang pun tahu tentang pernikahan ini, malah Amar Amsyar pun turut merahsiakan dari pengetahuan keluarganya dan juga sepupunya Mike. 

 
“Sayang bahagia?”soal Amar Amsyar, pinggang isterinya dipeluk dari belakang.  Kazrina kegelian, namun ditahan juga.  Dia harus biasakan dirinya dengan kehadiran Amar Amsyar disisinya. 

 
“Bahagia bang, terima kasih kerana sudi menerima Kaz dalam hidup abang.”Kazrina mengapai tangan kanan Amar Amsyar lantas dikucup mesra.  Amar Amsyar tersenyum lebar, hatinya diliputi bahagia.  Kazrina telah sah menjadi miliknya didunia dan Insyaallah diakhirat juga.

 
“Sayang, abang.cintakan Kazrina Atirah dulu, kini dan selamanya.”ucapan kudus dari sang suami membuatkan Kazrina terharu.  Dia tak menyangka Amar Amsyar benar-benar menyintainya. 


“Kaz pun cinta dan sayangkan abang selamanya.”Kazrina membalas ucapan cintanya, dikucup pipi kanan suaminya itu.  Amar Amsyar menghadiahkan ciuman diubun-ubun isterinya.

 
“Cinta abang cinta speed tau, macam bawa kereta.”seloroh Amar Amsyar sambil menunjukkan gaya membawa kereta.  Kazrina tergelak, lengan suaminya ditampar lembut.

 
“Nasib baik cinta speed. kalau tidak, tak merasalah abang nak nikah dengan sayang tau.”eh! suamiku ni makin mejadi-jadi pula dia.

 
“Cinta speed pun cinta speed lah bang, asalkan bukan cinta dijalanan.” Sengaja kau hendak mengusiknya pula.  

 
“Mana ada yang, cinta speed sebab tak sampai sebulan abang kenal dengan sayang terus saja kita nikah.  Kan cinta speed namanya.” seloroh Amar Amsyar, tangan masih lagi melingkari pinggangku.  Aku cubit tangannya, geram sebab dipermainkan olehnya.

 
“Tapi cinta Kaz selamanya untuk abang, tiada yang lain dihati ini hanya abang seorang.”Amar Amsyar terpana, tidak sangka si isteri benar-benar menyatakan isi hatinya secara terang-terangan.  Dipeluk isterinya, dicium seluruh wajah itu dengan penuh rasa kasih.  Kazrina bahagia.

 
Malam pertama mereka penuh dengan bunga-bunga cinta.  Perlakuan Amar Amsyar malam itu lembut sekali, dia mengucup kedua-dua belah kelopak mata Kazrina kemudian turun ke pipi kanan dan kiri isterinya itu.  Akhir sekali ciuman itu jatuh ke bibir mugil isterinya dan mereka terus hanyut dalam lautan asmara yang tidak bertepi.


================= 

Bilik yang berhawa dingin sedikit pun tidak membantu meredakan kepanasan.  Mike melonggarkan tali lehernya, marah dan bengang bercampur aduk.  Sejak sebulan yang lalu dia asyik teringat gadis itu.  Dia cuba melupakannya dengan berjumpa stok-stok kekasihnya, tapi hampa.  Sama ada dia bersama Lisa, Sherry, Tila mahupun Danille semuanya terbias wajah Kazrina.  Ya, wajah itu yang sering bermain dimindanya, sudah beberapa kali dia cuba untuk lupakan tapi semakin kuat bayangan itu datang.

 
Kazrina Atirah, hanya itu yang dia tahu.  Nama yang cukup indah buat seorang gadis yang sederhana itu.  Walaupun gadis itu bertudung, tapi keayuan terserlah.  Gadis ini telah merengut malam-malamnya, dan kerana gadis inilah dia telah membuang semua stok-stok kekasihnya.   Dia tidak peduli, dihatinya kini hanya terukir nama Kazrina Atirah.  Dia harus berdepan sekali lagi dengan Kazrina Atirah, sebelum semuanya terlambat.

 
Dipandang jari telunjuk kanannya, teringat akan kejadian dia tidak sengaja menyentuh bibir gadis itu.  Bibir mungil yang merah dan seksi itu membuatkan dia menelan liur.  Sungguh indah ciptaan tuhan, membuatkan dia terpukau.  Gadis itu telah membuatkan dia hilang arah dan hidup dalam angan-angan.  Siapakah gadis itu, sudah berpunyakan dia.  Aku harus siasat dan aku perlukan bantuan seseorang,  Ya, aku mesti cari siapakah gadis itu sebelum terlambat.

 
“Am, I need you help.”hanya itu yang keluar dari mulutnya.  Amar Amsyar terkaku, Mike tiba-tiba menelefonnya.  Dikerling jam dimeja sisi, menunjukan pukul 2 pagi.  Matanya digosok-gosok perlahan, dia lantas bangkit dari perbaringan dan menyandarkan tubuhnya dikatil.  Sempat lagi direnung potretnya yang tersenyum bergandingan dengan Kazrina ketika majlis pernikahan mereka.

 
Where are you.”soal Amar Amsyar, dia tahu sepupunya dalam kesusahan.  Sudah seminggu dia memerhatikan perlakuan sepupunya yang lain dari lain.  Sewaktu dipejabat Mike kuat termenung, mesyuarat yang dikendali sedikitpun tidak masuk difikiran lelaki itu.  Amar Amsyar ingin bertanya, tapi takut dikata penyibuk pula.  akhirnya dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sehinggalah sekarang Mike menelefonnya pada jam 3 pagi.

 
In front of your house.  Can I come in?”Amar Amsyar tersentak. Mike ada dihadapan kondonya, tentu fikiran lelaki itu tidak terkawal sehingga membawanya ke sini.

 
Give me 5 minute, I’ll open the door for you.”Mike mematikan talian telefon.  Amar Amsyar termenung, mujur Kazrina tiada disini.  Isterinya berada dikampung Misya untuk membantu majlis pernikahan sahabatnya itu.  Dia pula bakal menyusul kemudian.

 
Pintu hadapan dibuka, wajah kelat dan letih Mike terbias.  Amar Amsyar melemparkan senyuman, dipersilakan sepupunya masuk ke dalam rumah.  Mike mengambil tempat disofa, sementara Amar Amsyar menuju ke dapur untuk mengambil minuman. 2 Mug berisi Milo panas diletakkan dimeja berdekatan sofa.  Matanya meliar mencari raut wajah Mike, tidak terurus.  Misai dan janggut meliar panjang, baru 2 hari wajah Mike sudah begini.   “Kalau sebulan pula bagaimana, entahlah.”detik hati Amar Amsyar.

 
Mike membuka matanya, dia memandang sekeliling.  Ada beberapa perubahan dikondo milik Amar Amsyar menarik perhatiannya.

 
“Bro, sejak bila kau tukar deco rumah ni.?”soalnya.  Matanya masih memandang sekeliling, akhirnya tertancap pada bingkai gambar yang menarik perhatiannya.

 
“Siapa ni Am? Macam aku pernah tengok aje.” Mike cuba mencerna wajah gadis yang cantik yang ada dibingkai itu.

 
“Dia permaisuri hatiku.”jawapan pendek Amar Amsyar membuatkan mata Mike membuntang.  Tiada lagi mata kuyu seperti mula-mula dia masuk.

 
Since when, aku tak pernah tahu pun.”pertanyaan Mike mengundang tawa kecil Amar Amsyar. 

 
“A week ago” Mike terpana, dia sudah dapat meneka siapa gadis ini.  Amar Amsyar masih hendak berteka-teki membuatkan Mike bengang.

 
Tell me, who is she to you.”gesa Mike.

 
I already told you, she is the queen of my heart.”Mike mencekak kolar t’shirt Amar Amsyar.  Geram bila bila terasa dirinya dipermainkan.  Amar Amsyar perlahan-lahan cuba merungkai pegangan tangan Mike dikolar lehernya.  Wajah menyinga Mike sedikit pun tidak menakutkannnya, malah membuatkan dia lebih tenang untuk menghadapinya.

 
”Mike, stay cool.  Tell me, why aren’t you acting like this.”Amar Amsyar mengeluh, dia tahu mengapa Mike mengamuk.  Dia mahu Mike terlebih dahulu bersuara dari mendengar jawapan darinya.

 
Because of her.”serentak itu, bingkai gambar Kazrina dibaling ke arah Amar Amsyar.  Nasib baik lelaki itu mengelak, bingkai itu tercampak mengena dinding dan jatuh berderai.  Amar Amsyar bangun lantas mengutip bingkai pecah itu.  Dia menggosok membuang serpihan kaca yang ada.  Gambar itu dibawa ke dada.


”Kenapa dengan dia.  Apa salah dia pada you.”Pertanyaan Amar Amsyar mengundang kemarahan Mike.

 
Because of her I become like this.  Because of her I can’t consentrate of my work, because of her I lose control and because of her I felt so terrible.”Terpana Amar Amsyar dengan kata-kata yang diluahkan oleh Mike.  Tahulah dia sepupunya sudah jatuh cinta pada isterinya. 

 
Look, Mike. This is not the end of the world and you life.  Wake up, masih banyak lagi perempuan diluar sana.” nasihat Amar Amsyar.  Mike meregus marah.

 
“Memang pun ramai perempuan diluar sana. Tapi tak seorang pun seperti dia, aku mahu dia.”tegas Mike sengaja dia meninggikan suaranya.  Amar Amsyar menggeleng kepalanya, tanda tidak setuju. 

 
“Apa maksud kau tak sama.”soal Amar Amsyar pula.

 
“Banyak, tak terhitung banyaknya.”jawab Mike. Sambungnya lagi, “Sekarang aku nak tahu siapa dia, macam mana gambar dia boleh ada dirumah kau.”  Pertanyaan Mike mengudang gundah dihatinya. 

 
“Dia isteri aku.”perlahan-lahan Amar Amsyar mengakui kebenaran.  Dia tahu sekejap lagi dia bakal menjadi hamburan kemarahan Mike.

 
“Apa, dia isteri kau. Sejak bila.”kemarahan Mike memuncak, tone suaranya sudah berubah.

 
“Sejak seminggu yang lalu.” Jawapan Amar Amsyar membuatkan Mike terpaku.  Dia sama sekali tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut sepupunya itu.

 
“Kau tipu, kau sengaja nak tipu aku supaya aku menjauhinya kan?” tekan Mike.  Amar Amsyar menggeleng.

 
“Kalau macam tu dimana dia, aku nak jumpa.” Mike terus meluru ke pintu bilik utama yang tertutup. Ingin melihat sendiri sama ada Kazrina ada disana.  Tetapi hampa, dia ke bilik ke dua dan ketiga namun tiada juga.

 
“Dia tak ada disini, dia ikut Misya balik ke kampung.”Mike terdiam.  Kepalanya yang sakit dipegang kuat.  Dia kecewa, gadis yang diidamkan sudah mejadi milik orang lain.  Dan orang itu adalah sepupunya sendiri.  Fikirannya kusut dan buntu membuatkan dia tidak keruan.  Amar Amsyar panik melihat kelakuan Mike begitu.

 
“Am, I need her. You can’t do this to me.”rayu Mike.  Amar Amsyar tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan. 

 
“Balik lah Mike, fikiran you terganggu. We discuss later, mean time go back and rest.  Your look so horrible.”permintaan Amar Amsyar dipandang remeh.  Mike senyum sinis.

 
“Not until you promise to let her go.” Mike tetap berkeras agar Amar Amsyar membuat keputusan.

 
You’re nuts, crazy.  She’s my wife. How could you.”kemarahan Amar Amsyar membuak. Tidak sangka sepupunya sanggup berkata begitu.

 
“Yes, I am. All because of your lovely wife. I don’t care if I have to fight with you.”mata masing-masing merah menahan amarah.  Mike dengan kedegilannya dan Amar Amsyar demi mempertahankan maruahnya sebagai seorang suami.

 
One again Mike, please go back. I don’t want to fight with you. Give me time, I let you know my decisson.”pujuk Amar Amsyar semula. 


Okay, I keep your word. I give you a week to think about it. By the way,I terminate you from your job with 24 hours notice.  Don’t come to office anymore.” Selesai berkata Mike berlaku pergi, pintu rumah Amar Amsyar dihempas kuat.

 
Amar Amsyar terduduk disofa.  Dia sama sekali tidak menyangka sikap Mike sebegitu.  Baginya Mike bukan sahaja sepupunya yang paling dekat, malah dia turut menganggap lelaki itu sahabat karibnya.  Namun semuanya sudah terlambat, gara-gara seorang gadis yang bernama Kazrina Atirah mereka putus saudara.  Amar Amsyar tidak keruan, hidupnya baru hendak bahagia kini diuji pula dengan sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.  “Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dalam menangani masalah ini.  Tak mungkin aku lepaskan Kazrina, dia milikku dunia dan akhirat.  Aku cinta padanya melebih segala-galanya.”  Airmata lelakinya gugr tanpa segan silu, terlalu murah dirasakan airmatanya ini.


Amar Amsyar bergegas masuk kebilik, tshirt dan kain pelekat ditukar dengan pakaian smart casual.  T’shirt polo dan jean biru digandingkan dengan sweater.  Kunci kereta Evonya dicapai, lantas dikunci kondonya dan menuju ke parking lot yang menempatkan Evonya.

 
Perlahan-lahan dia membuka kain yang menutupi Evonya yang berwarna putih.  Diusap badan kereta Evo itu seperti mengusap binatang kesayangannya.  Dibuka pintu kereta lantas meloloskan dirinya kedalam.  Enjin kereta dihidupkan, agak payah pada mulanya tapi akhirnya berjaya dihidupkan.

 
Dipandu Evonya keluar dari Kondo membelah jalanraya.  Dengan kepala yang berserabut, dia memecut Evonya tanpa peduli meter menginjak ke 160km.  Dari bandaraya dia membaca Evonya meluncur ke lebuhraya selatan.  Kelajuan menginjak lagi ke 180km tanpa dia sedari.  Dalam fikirannya mahu melupakan apa yang terjadi tadi dengan harapan semua itu tidak pernah berlaku.  Bayangan Kazrina dan Mike bermain dimindanya membuatkan dia terlalai seketika.  Lori yang rosak dibahu jalan dirempuhnya tanpa amaran.  Akibatnya Evonya melambung tinggi sebelum jatuh terjunam ke longkang berhampiran.  Selepas itu Amar Amsyar tidak sedarkan diri.  Hilang sudah bayangan wajah manis isterinya dan juga wajah marah Mike digantikan bunyi letupan yang kuat.

 
Keadaan menjadi gelap-gelita dan pandangannya kabur.  Terlintas dimata, wajah si isteri yang  muram dan sayu. ”Maafkan abang sayang, maafkan abang.” hanya itu yang mampu dia tuturkan sebelum matanya tertutup.   Dalam keadaan antara tidak separuh sedar dan bingung, dia dapat merasakan kesakitan menjalar keseluruh tubuhnya.  Suara-suara disekeliling tidak dapat dicernanya sehinggalah dia mendengar bunyi ambulans.


======================================================================

Bab 5

 
Majlis pernikahan Misya danYasir meriah sekali.  Kazrina pula dilanda keresahan, dari malam semalam hatinya tidak keruan.  Sepatutnya Amar Amsyar sudah tiba disini pagi ini, tapi sehingga kini bayangannya tidak muncul pula.  Sudah berkali-kali dia menelefon talian bimbit suaminya malah dirumah juga.  Tapi tiada jawapan, hatinya gelisah.

 
Semasa Misya duduk bersanding, sempat juga dia bertanyakan kepada Kazrina dimana Amar Amsyar namun hampa.  Kazrina sendiri pun tidak tahu dimana suaminya itu.  Sehinggalah lewat petang Kazrina menerima panggilan telefon dari pihak polis.


“Selamat petang, saya Inspektor Radzi dari bahagian trafik.  Ini Puan Kazrina Atirah.”soal Inspektor Radzi.

 
“Ya tuan, saya Puan Kazrina Atirah.  Ada apa masalah ke tuan?” Hati Kazrina berdebar-debar.

 
“Puan diminta datang ke hospital KPJ Seremban.  Suami puan kemalagan.”belum sempat Inspektor Radzi menghabiskan perbualan, Kazrina pengsan.  Nasib baik Misya yang ada disebelahnya sempat menyambut gadis itu dari jatuh ke lantai.  Telefon bimbit Kazrina diambil Yasir.  Selesai bercakap dengan Inspektor Radzi, Yasir menyerahkan telefon bimbit itu kepada isterinya.

 
“Kita kena pergi hospital sekarang, Amar Amsyar kemalangan.” Misya terkejut, matanya tertunak ke wajah pucat Kazrina yang berada dalam pangkuannya itu.  Dalam hati dia beristigfar panjang. 

 
Mereka tiba di perkarangan hospital KPJ Seremban selepas sejam.  Nasib baik jarak rumah Misya dari Senawang ke hospital tidak jauh. 

 
“Bos, apa bos buat kat sini.” Soalan pertama yang keluar dari mulut Misya membuatkan Kazrina kehairanan.  Belum sempat Mike menjawab, seorang doktor muncul dihadapan mereka semua.

 
“Siapa waris pesakit?” Kazrina lantas mendekati doktor yang bernama Hazril itu.

 
“Saya isterinya.  Bagaimana dengan keadaan suami saya doktor.”pertanyaan Kazrina mengundang keresahan diwajah doktor muda itu.  Airmata yang mengalir tidak henti dari tadi mengaburkan pandangan mata Kazrina.


“Suami Puan dalam keadaan kritikal.  Kami dah cuba sedaya upaya, kini biarlah Allah saja yang tentukan.  Kami sudah menempatkan dia di unit rawatan rapi ICU untuk pemerhatian.  Doakan yang terbaik, insyaallah semuanya akan selamat.”kata-kata doktor muda itu meregut tangkai jantung Kazrina, Mike sudah menunduk memandang lantai. Tangisan Kazrina memecah kesunyian, Misya pula masih setia menemani sahabatnya  itu.  Nasib baik majlis mereka sudah selesai, dapatlah dia berada disini.

 
“Boleh..saya tengok dia,”pertanyaan Mike mengundang tanda tanya diwajah Kazrina.

 
“Boleh, tapi seorang saja.  Sebab wad ICU hanya membenarkan seorang sahaja pada satu masa.” Selesai berbicara, doktor muda Hazril meminta diri.  Ingin melawat pesakit lain pula katanya.  Kazrina kalih sebelah, matanya tidak lepas memandang wajah Mike. 

 
“Tengku Mikhail Khazi, siapa awak sebenarnya?” Mike tersentak, liurnya ditelan terasa pahit.  Pertanyaan Kazrina membuatkan dia tergaman.  Perlukah dia menyatakan hal yang sebenarnya ataupun berdiam diri. 


“Tengku Mikhail Khazi, sekali lagi saya tanya siapa awak.”kali ini suara kazrina bertukar nada keras.  Tidak puas hati bila pertanyaannya tidak diendahkan.

 
“Saya sepupu kepada Amar Amsyar, suami awak.”Kazrina terkedu, Misya tergamam.  Tidak percaya dengan ayat yang keluar dari mulut lelaki itu.  Belum sempat mereka berdua mencerna ayat itu mucul satu keluarga yang mengaku keluarga kepada pesakit yang bernama Amar Amsyar.  Mike beralih mendapatkan Dato Azizuddin dan Datin Azimah.

 
“Pakngah, Makngah.”tangan keduanya dikucup.  Dato Azizuddin dan Datin Azimah mengangguk.


“Macam mana dengan keadaan Am, Mikhail.”soal Dato Azizuddin resah.


“Masih dalam keadaan kritikal, sedang dirawat di ICU untuk pemerhatian.”jawapan Mike membuatkan Datin Azimah terjelumpuk jatuh kepangkuan suaminya.  Mike membantu Pakngahnya mencempung isterinya duduk disofa berdekatan.  Kazrina dan Misya yang sedang memerhatikan gelagat mereka semua masih terkaku.  Lebih-lebih lagi Kazrina, dia tidak tahu suaminya masih mempunyai keluarga. 

 
“Pakngah, ini Kazrina Atirah. Dia..dia..isteri kepada Am.”Dato Azizuddin tercengang, tidak percaya anak lelakinya sudah berkahwin.  Kazrina yang masih kaget, perlahan-lahan menghampiri Dato Azizuddin.  Terketar-ketar tangannya ingin menghulurkan salaman.  Dato Azizuddin tersenyum, “Cantik”sepatah kata terluah dari mulutnya.  Huluran tangan Kazrina disambut mesra.

 
“Dah berapa lama kamu berdua bernikah?’soal Dato Azizuddin kedengaran mesra.  Tiada tanda-tanda kemarahan disitu.  Hati Karina lega dengan penerimaan ayah mertuanya.

 
“Baru sebulan Dato.” Mike kaget, Dato Azizuddin pula mengganguk.

 
“Papa tak marah, tapi papa terkilan sebab Am dah lama tak balik ke rumah.  Dah tu, kerja dekat syarikat Mikhail tak bagitau papa.  Kerjanya sendiri diabaikan, papa tak setuju.” Panjang lebar Dato Azizuddin berkata.  Dia tidak marah jauh sekali ingin membenci menantu baru ini, cuma agak terkilan kerana Amar Amsyar membelakangi nya sebagai orang tua.

 
“Kazrina tak tahu Dato, Abang Am tak pernah cerita tentang keluarganya.  Masa kami nikah dulu pun abang cakap dia anak yatim piatu.”terang Kazrina, Dato Azizuddin menggeleng-geleng kepalanya. 

 
“Am..Am.. sampai hati Am cakap macam tu.  Dia masih marahkan kami rupa-rupanya.”Dato Azizuddin kesal dengan perbuataan anaknya itu.  Sanggup buang keluarga kerana tidak setuju dengan tindakkannya itu. 

 
“Papa nak tengok Am boleh?”soal Dato Azizuddin pada menantunya.  Kazrina menggangguk, ditunjukkan ke arah wad ICU yang menempatkan Amar Amsyar disana.  Dato Azizuddin mengatur langkah ke wad yang ditunjukan Kazrina tadi.  Isterinya yang masih pengsan ditinggalkan disofa bersama Mike.  Misya dan suaminya Yasir sudah beransur pulang, Kazrina yang menyuruh sahabatnya pulang.  Kasihan pengantin baru, mereka pun penat kerana seharian majlis mereka berlangsung.  Pada mulanya Misya agak keberatan, tapi Kazrina membantah.  Dia tak mahu menyusahkan sahabatnya itu, lagipun hari ini majlis mereka tak manis dibiarkan sanak-saudara tertunggu-tunggu akan kepulangan mereka semula ke majlis itu.

 
Kazrina mengeluh, dalam satu hari terlalu banyak dia perlu tahu.  Tengku Mikhail Khazi lelaki kasanova yang pernah menganggunya merupakan sepupu kepada suaminya.  Dan yang paling teruk sekali, suaminya masih mempunyai ahli keluarga.  Dia hairan mengapa suaminya tega merahsiakan tentang semua ini.  Adakah sesuatu yang tidak aku tahu dan Am pula membohongiku.  Kazrina bersandar lemah disofa berdekatan yang menempatkan Datin Azimah dan juga Tengku Mikhail Khazi.  Kazrina ingin memejamkan matanya sejenak tapi diganggu dengan suara Datin Azimah yang sudah sedar dari pengsan.


“Makngah.”suara Mike menjamah lembut pelupuk telingan Datin Azimah.

 
“Mikhail, kita kat mana ni.”pertanyaan Datin Azimah menyedarkan Kazrina dari lamunan. 

 
“Kita kat hospital Makngah. Am kemalangan.”jawapan Mike tidak diendah, Datin Azimah lebih teruja ingin mengenali siapa gadis yang ada bersama-sama mereka disini.  Mengerti akan pandangan Datin Azimah, Mike memperkenalkan Kazrina.


“Ini Kazrina Atirah Makngah, isteri kepada Am.” Datin Azimah terkedu, dipandang seklai lagi wajah Mike minta penjelasan.  Mike menggangguk kepala mengiakan kata-katanya itu tadi.  Kazrina masih terkaku disofa, tiada tanda-tanda ingin bangun dari duduknya.  Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. 

 
“Kazrina.”Datin Azimah mengamit agar gadis itu menghampirinya.  Dengan takut-takut Kazrina bangun dan berdiri dihadapan Datin Azimah.  Tangan Kazrina dicapai lantas ditarik duduk disisinya.  Rambut gadis itu dibelai lembut dan pipinya diusap.  Lantas satu kucupan didahi dihadiahkan kepada menantu barunya itu.  Segala perlakuan Datin Azimah dilihat oleh Mike dan juga Dato Azizuddin dengan kyusuknya.  Dia baru keluar dari wad yang menempatkan Amar Amsyar ketika isterinya mengucup dahi gadis itu.

 
“Mama gembira sekali dapat bertemu dengan menantu baru mama.  Walaupun masa kalian nikah papa dan mama tiada bersama.  Tapi percayalah, restu kami sentiasa mengiring Amar dan Kazrina.”Airmata Kazrina mengalir, tidak sangka dengan penerimaan keluarga mertuanya.  Kalaulah keluarganya juga menerima dia dan Am begini, alangkah indahnya hidupnya kelak.

 
“Terima kasih datin.” Datin Azimah menggeleng, “Bukan datin, tapi mama dan juga..”

 
“Papa.”sampuk Dato Azizuddin pula.  Mereka semua yang ada disana tertawa hanya Mike saja tampak cangung.  Hatinya pedih dan marah melihat kemesraan ini.

 
“Kazrina nak jumpa abang Am kejap, bolehkan Papa?” Dato Azizuddin menggangguk.  Kazrina melangkah masuk ke wad yang menempatkan Amar Amsyar.  Mike bangkit, ingin keluar dari sini.  Tidak betah dia berlama-lama disini, makin sakit hati pada Amar Amsyar.

 
“Pakngah, Makngah.  Mikhail balik dulu, dah lama sangat kat sini.”pohon Mike sopan.  Dia perlu berlakon, tidak mahu Pakngah dan Makngahnya tahu apa yang menyebabkan Amar Amsyar jadi begini.  Langkah Mike sumbang, dalam hati dia masih berdendam dengan Amar Amsyar.  Dahlah Amar Amsyar pernah berjanji mahu berikan Evonya, sekarang Evo entah kemana Kazrina Atirah pula yang ditagihnya.

 
Enjin kereta dihidupkan, fikiran masih bercelaru.  Antara keinginan dan kemahuan, dua-duanya memang dia dambakan.  Dia ingin memiliki Evo Amar Amsyar untuk perlumbaan nanti tetapi itu bukan kemahuannya.  Apa yang dia mahu sekarang adalah Kazrina Atirah, isteri sepupunya.  Gila, memang dia gila.  Dalam banyak-banyak wanita, mengapa isteri Amar Amsyar yang dia mahukan.  Sedangkan ramai lagi wanita diluar sana, dia boleh pilih saja.  Kepalanya dihentakkan disetereng kereta.  Berdetup bunyinya, rasanya dah benjol dahinya.  “Beginikah rasanya orang yang kecewa, sampai begitu sekali.”  Deruman enjin kereta membawa Mike pergi meninggalkan perkarangan hospital ketika azan subuh berkumandang disurau berdekatan.  Dia pergi bersama hati yang lara, sedih kerana kedegilanya Amar Amsyar jadi begini.  Kejamkah aku, kerana seorang wanita aku bertidak begitu terhadap saudaraku sendiri. 

 
Kazrina masih kemas mengenggam tangan suaminya.  Dia kasihan melihat ada berberapa wayar yang bersambung didada, tangan dan juga mulut suaminya.  Dia mengucup tangan kanan suaminya dengan lembut, diciumnya juga dahi serta pipi kiri dan kanan lelaki itu.  Airmatanya jatuh menitis diatas muka suaminya, tapi lelaki itu masih seperti tadi kaku dan dingin.  Dia melabuhkan duduk disebelah suaminya, duduk disisi diatas katil yang menempatkan suaminya.  Diusap-usap kepala Amar Amsyar yang masih tidak sedarkan diri itu.  Bunyi pintu bilik terbuka mematikan perbuatannya.  Kelihatan Dato Azizuddin dan Datin Azimah masuk.  Kazrina bangun lantas mendapatkan keduanya.  Dipeluknya Datin Azimah dan wanita itu membalas pelukannya.

 
“Sabar ya Rina, tak lama lagi sedarlah Am tu.  Biarkan dia berehat.”pujukan Datin Azimah meredakan hatinya yang gundah.

 
“Papa pun akan doakan yang terbaik.  Kami nak balik dulu, lagipun mama kamu dah letih sangat.  Insyaallah esok kami datang lagi.”Dato Azizuddin mengusap kepala menantunya itu.  Terserlah kasih sayang yang tidak bertepi buat menantu barunya itu.  Walaupun mereka baru mengenali tak sampai sehari, tapi Dato Azizuddin percaya Kazrina adalah pilihan tepat buat anaknya.

 
Kini tinggallah Kazrina menemani Amar Amsyar.  Kepalanya yang berat menghalangnya berfikir lagi.  Dia mengambil keputusan untuk membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.  Nasib baik Yasir, suami Misya datang semula membawa beg bajunya.  Itu pun setelah didesak oleh Misya yang benar-benar mengambil berat tentangnya. 

 
“Ya Allah, aku bermohon kepadamu.  Selamatkanlah suamiku, berilah kami peluang untuk kembali seperti sediakala.  Aku masih mengharapkan kasihnya, jangan kau ambil dia dariku.  Kehidupan kami baru saja bermula, benarkanlah kami mengecapi keindahan dalam rumahtangga kami.  Cintaku juga baru berputik untuk dia, jangan kau rampasnya dariku Ya Allah.  Aku hanya ada dia, sembuhkan lagi dia.  Berikanlah kami peluang untuk kali ini saja, akan aku buktikan betapa aku cinta padanya.”  Panjang sungguh doaku dinihari ini.  Aku ingin Allah tahu betapa aku amar memerlukan kehadiran Amar Amsyar dalam hidupku.

 
~Bersambung~

No comments:

Post a Comment