Saturday, 8 December 2012

SPEED - Cintaku Bukan Sekadar Di Meter Jalanan (Bab 6 & 7)


Bab 6


Sudah 2 bulan aku menjadi penghuni wad ini, dan selama itu tiada sebarang perubahan terhadap diri Amar Amsyar.  Masih tetap kaku dan dingin, aku pasrah.  Ada juga Papa atau mama yang datang, tapi keadaan masih tetap sama.  Kepada pihak syarikat telah aku khabarkan, aku sudah memohon cuti tanpa gaji.  Mujur mereka faham, tapi ada juga suara-suara sumbang menerjah ke telingaku.  Tidak aku pedulikan, biarlah apa yang mahu mereka katakan, janji aku bahagia.


”Puan.”muncul seorang jururawat dibelakangku.  Aku toleh kebelakang, jururawat itu tersenyum padaku.

 
Ada apa ya.”soalku sambil membuka telekung yang aku pakai.  Jururawat yang memakai tag nama Jeslina menghampiriku. “Suami puan dah sedar.” Ujarnya pula.  Demi mendengar perkhabaran gembira itu, aku menadah tangan mengucap kesyukuran.  Cepat-cepat aku bangkit dan melulu menuju ke wad suamiku.  Sewaktu aku tiba, doktor sedang memeriksa Amar Amsyar.  Aku menghampiri Amar Amsyar dan berdiri disisinya. 

 
“Awak siapa?”soalan pertama keluar dari mulut Amar Amsyar membuatkan Kazrina tersentak. Hatinya pilu, suaminya tidak mengenali dirinya.

 
“Ini Kazrina, isteri abang.”ujarku sambil cuba mengapai tangannya.  Amar Amsyar mengelak, Kazrina terpana.

 
“Isteri? bila masa saya bernikah.”pertanyaan Amar Amsyar meregut hati wanitanya. 

 
“Mama”Kazrina menoleh, terlihat wajah Datin Azimah yang berada dimuka pintu masuk.  Amar Amsyar mengamit agar Datin Azimah mendekatinya.  Dipeluknya Datin Azimah seeratnya seperti sudah lama tidak bertemu.  Kerinduan jelas dimatanya, ibu mana tak gembira melihat anaknya sudah pulih seperti sediakala.

 
“Ma, siapa perempuan ni. Dia mengaku isteri Am, betul ke?”Datin Azimah tergamam, tak tahu bagaimana harus dia terangkan lagi.  Dia sendiri baru tahu 2 minggu yang sudah.  Wajah muram Kazrina dipandang lemah, kasihan menantuku ini.

 
“Betul Am tak kenal siapa dia?”pertanyaan Datin Azimah dijawabnya gelengan kepala.  Kazrina terpana, airmatanya menitis.”Sampai hati abang, Kaz ni isteri abang.”luah Kazrina dalam hati. Kazrina menghampiri Amar Amsyar, ditunjukan kepada lelaki itu gambar yagn ada dalam dompetnya.  Lelaki itu mengambil gambar tersebut, cuba mengingatkan sesuatu tapi tidak berdaya.  Kepalanya berdenyut pula, membuatkan Amar Amsyar memegang kepalanya.

 
“Kenapa Am? Kepala Am sakit lagi kah?soalan Datin Azimah tidak terjawab, Amar Amsyar masih tetap memegang kepalanya yang sakit. Kazrina kalut, cepat-cepat dia keluar memanggil jururawat yang ada.  Keadaan menjadi gawat, datang seorang doktor pertengahan usia merawat Am.  Datin Azimah dan Kazrina sudah lama disuruh keluar agar tidak mengganggu doktor yang sedang merawat Amar Amsyar.

 
Kazrina duduk dikerusi yang disediakan diluar wad Amar Amsyar, Datin Azimah duduk disebelahnya.  Disuap lembut bahu menantunya itu, sedih kerana Amar Amsyar seakan-akan tidak mengingati akan masa lampaunya.  Mujur Amar Amsyar masih mengenali dirinya, jika tidak dia sendiri pun tidak tahu apa yang harus dia lakukan.  Doktor yang merawat Amar Amsyar keluar dari wad lelaki itu, “Puan, Datin. Ada sesuatu yang hendak saya bincangkan, sila ikut ke bilik saya sebentar.”  Kazrina dan Datin Azimah menuruti langkah doktor itu menuju ke biliknya.

 
“Silakan duduk Puan Kazrina, Datin Azimah.”pelawa Doktor itu sopan.  Satu keluhan terbit dari mulut doktor yang bernama Ghani itu.

 
“Begini Puan, Datin.  Encik Amar mengalami Ammesia yang disebabkan gegaran pada otaknya.  Oleh sebab itu Encik Amar mengalami masalah mengenali orang yang ada disekelilingnya kecuali orang-orang yang tertentu.  Mungkin disebabkan itu Encik Amar lupa siapa dan kejadian yang baru berlaku dalam hidupnya.”kata-kata Doktor Ghani mencengkam sanubari Kazrina, “adakah ini dugaan dan ujian buatnya lagi.”


“Doktor, sampai bila keadaan ini akan berlaku?”Datin Azimah tidak sabar-sabar ingin tahu keadaan anaknya itu membuatkan dia bercakap agak kuat sedikit.  Doktor Ghani tersenyum, faham dengan reaksi waris pesakit.

 
“Datin jangan risau, dengan izin Allah Encik Amar akan pulih seperti sediakala jika dia dikelilingi oleh orang-orang yang dia sayang.”dorongan dan kata-kata berupa nasihat melegakan hati Datin Azimah dan juga Kazrina.

 
“Terima kasih doktor, saya rasa terhutang budi pula dengan doktor.”ujar Kazrina yang dari tadi asyik menjadi pendengar setia.

 
“Itu sudah menjadi kewajipan saya, Puan. Apa yang penting sekarang adalah kasih dan sayang dari keluarga akan dapat memudahkan lagi proses penyembuhan.  Walaupun tidak banyak, tapi pesakit amat memerlukan perhatian dari orang sekelilingnya.  Hari ini saya akan hantar Encik Amar bahagian Neulogy untuk pemeriksaan lanjut.  Kami akan buat CT Scan untuk memastikan tiada kecederaan dalaman otak dan juga darah beku dalam otaknya.”selesai memberika sedikit nasihat dan tips,  Datin Azimah dan Kazrina memohon diri.  Lega hati mereka berdua apabila mendengar penerangan doktor itu, harapan mereka agar ujian CT Scan akan menunjukan negatif pada organ dalaman dan juga darah beku didalam otak Amar Amsyar.

 
“Rina, nanti bila Am dah boleh balik.  Mama nak kalian berdua pindah duduk di rumah mama buat sementara waktu sehingga Am sembuh.”permintaan Datin Azimah membuatkan Kazrina serba-salah.

 

 

Sejak Amar Amsyar pulang dari hospital, Kazrina tidak berpeluang langsung untuk mendekati suaminya itu.  Setiap kali dia ingin dekati suaminya, lelaki itu mengelak.  Malah mereka juga tidak sekamar, ini menimbulkan kebimbangan dikalangan keluarga Amar Amsyar sendiri.  Berkali-kali juga Datin Azimah memujuk Amar Amsyar, tetapi lelaki itu tetap begitu.  Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, Kazrina dinasihatkan kembali semula ke rumah yang pernah didiami olehnya bersama Amar Amsyar dahulu.  Kazrina akur, tapi tidak sampai seminggu dia didatangi Amar Amsyar dirumah itu.  Terkejut juga dia akan kedatangan Amar Amsyar pagi tiu dikondo mereka.

 
“Abang, bila sampai? Kazrina tengah mandi tadi.”digapai tangan kanan suaminya, ingin dikucup tapi Amar Amsyar menarik semula.  Hatinya dipagut pilu dengan perbuataan Amar Amsyar.

 
“Aku nak kau tinggalkan rumah ini, aku tak nak tengok muka kau lagi.”kata-kata Amar Amsyar membuatkan Kazrina tersentak, tidak percaya suaminya akan berkata begitu.

 
“Apa..apa.. abang cakapkan ni. Kaz tak faham.”pertanyaan Kazrina dipandang remeh, Amar Amsyar menjuih bibirnya. “Nak berlakon lah tu, aku dah tahu semuanya.”Amar Amsyar menjuih bibirnya tanpa sedar.

 
“Aku tak nak dengar apa-apa lagi.  Yang pasti, aku nak kau keluar dari rumah ini.  Aku ceraikan kau dengan talak satu, selepas ini kau tunggu saja surat cerai dari aku.”tutur Amar Amsyar dengan sombongnya.  Kazrina mencapai kaki suaminya, memohon agar tidak dihalau keluar dari rumah ini.

 
“Kaz minta maaf abang, kalau Kaz ada buat salah.  Kaz cintai dan sayang pada abang, malah rasa cinta itu tak pernah pudar sejak kali pertama Kaz kenali abang.”rayuan dan rintihan Kazrina tidak diendah, Amar Amsyar mengesot sedikit ingin melarikan diri dari Kazrina.  Pegang Kazrina dikakinya dilepaskan begitu saja.

 
“Sudah, aku tak mahu dengar apa-apa lagi.  Hubungan kita sudah tamat, kita akan berpisah.  Kau tunggu saja surat dari mahkamah.” Ego Amar Amsyar memuncak, apa yang keluar dari mulutnya tidak sama dalam hatinya.  Tiba-tiba dia rasa hatinya sakit sangat, entah mengapa.

 
“Abang nak ceraikan Kaz, sampai hati abang.  Mana janji-janji abang?”rintih Kazrina lagi, airmatanya terlalu murah hari ini.  Dia ingat kepulangan suaminya membawakan berita gembira namun hanya kedukaan pula.

 
“Janji apa? Aku tak pernah berjanji.”kata-kata angkuh Amar Amsyar sekali lagi memecahkan tembok kesetiaan Kazrina.  Dia pasrah, jika ini takdirnya maka dia rela menerimanya walaupun terpaksa.

 
“Baiklah abang, kalau itu yang abang mahukan.  Kaz akan keluar dari rumah ini, halalkan makan dan minum Kaz selama menjadi isteri abang.”perlahan-lahan langkah kaki dibawa menuju kebilik yang pernah dihuninya bersama Amar Amsyar.  Beg dikeluarkan, pakaiannya yang tersusun dalam almari dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam beg itu.  Kazrina mencapai sehelai baju melayu kepunyaan Amar Amsyar, dicium lalu disimpan semula.  Dua bentuk cincin ditinggalkan diatas meja solek.  Selesai semuanya, Kazrina menarik beg itu keluar dari pintu bilik.  Beg diletakan berdekatan pintu keluar, lantas dia menghampiri Amar Amsyar.

 
Kazrina sekali lagi ingin mengapai tangan suaminya, namun ditepis oleh Amar Amsyar.  Dia akur, Amar Amsyar membencinya. “Kaz pergi dulu, assalamualaikum abang.” Kakinya terasa berat tapi digagahi juga.  Pada malam itu Kazrina dapat merasakan ini adalah kali terakhir dia akan bertemu dengan lelaki yang bernama Amar Amsyar.  Hatinya sedih dan hiba apabila mengenangkan perpisahan ini.  Sudahlah dibuang keluarga, kini suaminya pula membuangnya tanpa alasan dan penjelasan yang kukuh.  Sekali lagi airmatanya menitis bersama hayunan langkah yang suram.  “Ke manakah harus dia melangkah? Ya Allah aku mohon agar kau permudahkan perjalanan hidup baru ini.  Jika ini takdir dariMu maka aku redha.”doanya dalam hati.

 
Setelah pemergian Kazrina, Amar Amsyar terduduk disofa.  Fikirannya bercelaru, antara cinta dan kekeliruan semuanya bercampur-aduk.  Sebahagian hatinya berat untuk melepaskan Kazrina, tapi yang sebelah lagi memberat agar dilepaskan Kazrina pergi.  Dia buntu, kejadian demi kejadian yang terbias diotaknya sedikit sebanyak mempengaruhi dirinya.  Sehingga kini dia sendiri tidak tahu apakah benar dengan keputusan ini ataupun dia sudah tersalah membuat perhitungan.  Tangannya meraup kasar rambutnya, digosok-gosok mukanya.  Kedatangan sepupunya Mike ke rumahnya beberapa hari sudah juga mendorongnya membuat keputusan ini.

 
“Betul bro, kau kahwin dengan dia sebab terpaksa.  Ingat lagi tak pasal kemalangan 3 tahun yang lepas.”Mike mula menyucuk jarum, dia mahu Amar Amsyar benci pada isterinya.

 
“Kemalangan apa Mike, aku tak ingatlah bro.” Mike tersenyum, rancangannya berjaya.

 
“Pasal kemalangan kau dihadapan pejabat papa kau. Ingat lagi tak? Alah sebab Evo kau, seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan.”Amar Amsyar memegang kepalanya, cuba mengingati sesuatu. Dalam kepayahan dapat juga ingat peristiwa itu.

 
“Penungang motosikal tu meninggal ditempat kejadian kan?”pertanyaan Amar Amsyar membuatkan Mike tersenyum sinis.  Berhasil juga.

 
“Ye lah tu.  Penunggang motosikal itulah ayah kepada isteri kau.”jawapan Mike membuatkan Amar Amsyar tersentak.  Memori kejadian itu berulang lagi dikepalanya, sekali lagi terasa sakit dikepalanya.   

 
“Sebab itu kau kahwin dengan isteri kau, sebab nak cover story.”ayat terakhir Mike mengundang teka-teki diwajah Amar Amsyar. “Apa maksud Mike aku nak cover story?”.

 
“Aku tak fahamlah bro, cuba kau terangkan sikit.” Sekali lagi Mike tersenyum sinis, jarum sudah mengena. Mike menceritakan dari mula peristiwa itu berlaku sehingga membawa ke perkahwinan diantara Amar Amsyar dengan Kazrina.  Amar Amsyar yang sejak tadi tekun mendengar diam mebisu.  Dalam otaknya masih cuba mencerna akan kebenaran dari cerita itu. 

 
“Macam ni lah bro, aku nak kau fikir masak-masak.  Buat apa nak simpan lagi, kau ceraikan dia.  Lagipun Julia masih lagi menanti kau, dia selalu telefon aku tanyakan khabar kau.” Amar Amsyar tergadah, “Siapa pula Julia ni.”

 
“Mike, siapa Julia?” soal Amar Amsyar, Mike menepuk bahu sepupunya.”You know her very well.”

 
“Sudahlah bro, baik kau lepaskan dia. Buat apa nak simpan lagi, kau bukannya cintakan kat dia pun.”desak Mike, dia mahu Amar Amsyar segera melepaskan Kazrina. Dia mahu mengambil Kazrina sebaik saja Amar Amsyar menceraikan wanita itu.  Hatinya berbunga riang, rancangannya berjalan seperti yang dia mahukan.  Itulah niat sebenar Mike, dia ingin memiliki Kazrina Atirah.

 
Lamunan Amar Amsyar diganggu dengan bunyi telefon rumah.  Lambat-lambat Amar Amsyar bangkit lantas menghampiri meja sisi. “Hello”


“Amar, bila kau balik. Dah sihat?”sapa si pemanggil, Amar Amsyar terkedu.”Siapa pula ni?”

 
“Amar, kau masih disitu kah?”suara pemanggil seperti dia kenali, tapi siapa ya?

 
“Alamak aku lupa pula, kau masih dalam proses penyembuhan sebab tu tak kenal siapa aku.”ada nada sinis disitu. 

 
“Cik ni siapa? Macam mana boleh kenal dengan saya.”si pemanggil ketawa kecil, Amar Amsyar geram dirinya dipermainkan. “Main gelak-gelak pula dia ni.”

 
“Misya sayang, tak baik ketawakan Amar.”Amar Amsyar dengar suara orang ketiga menegur lembut si pemanggil.


“Maaf abang, Misya tak tahan nak gelak.  Amar ni buat lawak pula.”jawab si pemanggil pada orang ketiga.  Amar Amsyar mengeluh, dia perlukan penjelasan untuk semua ini.


“Ni Misya lah, kawan Kazrina.  Am apa khabar? Mana Kazrina, Misya nak cakap dengan dia sekejap.” Akhirnya terjawab sudah siapa pemanggil misteri ini.  Misya kawan baik isterinya rupa-rupanya.

 
“Maaf Misya, Kazrina sudah tidak tinggal disini lagi.”jawapan dari mulut Amar Amsyar mengundang jeritan kecil dibibir Misya.


“Apa!! Apa dah jadi dengan Kazrina.  Apa yang Amar dah buat dekat dia? Apa??”jeritan Misya buat Amar Amsyar menjauhkan sikit ganging telefon. “Kuatnya dia jerit, nak pecah gegedang telinga aku dibuatnya.”

 
“Cik Misya, untuk pengetahuan awak.  Saya dan Kazrina dah tak ada apa-apa.  Kami akan berpisah selepas ini, harap maklum.”selesai berkata, Amar Amsyar menghempaskan ganging telefon.  Puas hatinya, terus dicabut wayar telefon itu.  Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya pula berbunyi.  Amar Amsyar mencapai telelefon bimbitnya, nombor pemanggil tidak tertera tapi dijawabnya juga.”Hello.”

 
“Dengar sini Encik Amar Amsyar, awak dah buat satu kesilapan yang besar dengan menghalau Kazrina dari hidup awak.  Ingat, mulai hari ini awak akan menyesal dengan apa yang telah awak lakukan, tapi masa itu awak tidak akan berkesempatan untuk memohon kemaafan sebab saya tidak akan sesekali membenarkan awak untuk menghampiri Kazrina dan juga bakal anak awak. Faham!!” kali ini belum sempat Amar Amsyar berkata, sipemanggil menamatkan panggilannya.  Amar Amsyar terduduk, “Anak?” tiba-tiba sakit kepalanya mengerang semula, kali ini lebih sakit lagi.  Amar Amsyar menarik-narik rambutnya cuba menghilangkan rasa sakit yang menjalar. Gagal, akhirnya dia tertidur disofa sehingga larut malam menjelma.

==========================================================

Bab 7

Kazrina masih berada diperhentian bas Jalan Duta.  Deringan telefon bimbitnya tidak diendahkan, dia tahu Misya yang menghubunginya.  Agak lama juga begitu sehingga deringan itu mati.  Kini bunyi sms masuk pula, ingin dibiarkan tapi tidak sampai hati pula.  Kazrina membaca sms dari Misya, airmatanya gugur.


Rina, plse answer the phone. Urgent! ~ Misya


Tiga kali sms begitu Misya hantar, akhirnya Kazrina mengambil keputusan menelefon sahabatnya itu.

 
“Assalamualaikum Misya.”hanya itu yang mampu keluar dari mulut Kazrina, selepas itu dia sudah teresak-esak.

 
“Waalaikumusalam Rina, kau okay?”sekali lagi Kazrina tak mampu menjawab, hanya esakkan saja terdengar ditelinga Misya.

 
“Kau kat mana Rina, biar aku dengan abang Yasir datang ambik.”suara esakkan Kazrina masih lagi menyambut pertanyaan Misya.

 
“Misya, abang Am... dia..dah.. buang... aku... Dia.. dah.. tak.. sayang... kat.. aku.. lagi.”suara mendayu Kazrina menyapa pelupuk telingan Misya.  Sedih hatinya mengenangkan nasib sahabatnya itu.

 
“Rina, kau kat mana? Aku datang ambik ya?”sekali lagi Misya memujuk Kazrina.

 
“Aku..aku..kat..stesen..bas hentian Duta.”tersekat-sekat suara Kazrina menjawab pertanyaan Misya. 
 

Misya mengeluh, “Kau tunggu kat situ, kejap lagi aku datang.  Jangan kemana-mana tau.”pesanan Misya dijawab dengan anggukan dikepala.

 
”Kau datang sorang ya, aku malu nak berdepan dengan suami kau.”pinta Kazrina.

 
“Okay, aku datang sorang. Kau tunggu tau, jangan kemana-mana.”sekali lagi Misya berpesan.

 
Setengah jam kemudian Misya sampai, ditoleh kiri dan kanan akhirnya dia terlihat kelibat sahabatnya itu.  Dia menghentikan keretanya dihadapan Kazrina.  Misya keluar dari perut kereta, dia mendekati Kazrina yang masih leka mengelamun.

 
“Rina.”belum sempat Misya berbuat apa-apa, Kazrina sudah memeluknya.  “Abang Am.. dah ceraikankan.. aku.. Misya.”teresak-esak mereka berdua diperhentian itu, tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.  Rungkaian pelukan terlepas, Misya merenung ke dalam mata Kazrina.  Ada riak dukaan yang teramat dalam membuatkan Misya juga turut simpati.

 
“Jom, kita pergi.  Orang ramai dah terteleng-teleng tengok aksi kita berdua.”seloroh Misya, cuba mencetuskan suasana ceria.

 
Beg Kazrina diletakkan dalam boot, dan mereka berdua melolos masuk ke perut kereta sebelum meluncur keluar dari perhentian bas jalan duta.  Setelah 10 minit memandu, Misya singgah ke restoran berhampiran.  Pada mulanya Kazrina tidak mahu keluar, tapi setelah dipujuk Misya dia akur.  Setelah makanan tiba, Kazrina makan tanpa banyak soal.  Misya tersenyum, dia tahu sahabatnya lapar mungkin disebabkan berbadan dua sebab itu selera makan Kazrina bertambah.

 
“Banyak kan aku makan?”Misya ketawa, soalan Kazrina mencuit hatinya.

 
“Mestilah! mana taknya, dari pagi tak makan.  Baby tu pun lapar juga.”jawapan Misya membuatkan Kazrina terkedu.

 
“Aku mengandung?”ditanyakan pada Misya.

 
“Yalah, ingat tak minggu lepas kau mengadu sakit kepala dan mual-mual.  So, aku ada tanya kat abang Yasir dia kata itu tanda-tanda awal ibu hamil. Macam aku juga” Kazrina teringat akan peristiwa dia bertemu dengan sahabatnya minggu sudah.  Dia ada mengadu tentang keadaan dirinya yang tidak berapa sihat.  Kebetulan suami Misya seorang doktor.

 
“Apa kata kejap lagi kita singgah klinik.  Boleh periksa sekali lagi, nak lebihkan kepastian.”teruja Misya, tapi tidak pada Kazrina ada sebak disitu.

 
“Misya,kalau betul aku mengandung.  Macam mana aku nak khabarkan pada abang Am.’rupa-rupanya persoalan itu yang bermain diminda sahabatnya.  Misya harus berterus-terang, dia tidak mahu Kazrina rasa kesunyian.

 
“Pedulikan dia, tadi aku ada telefon kat rumah kau.  Amar kata dia dah berpisah dengan kau, betul ke?” Kazrina tidak tahu hendak kata apa, memang betul apa yang ditanya oleh Misya itu.

   
“Takpe Rina, kau masih ada aku dan abang Yasir.  Kami akan jaga kau dan baby asalkan kau tinggal bersama-sama kami.”cadangan Misya membuatkan Kazrina terdiam. “Bolehkah dia tinggal dengan mereka.”persoalan itu bermain dimindanya.

 
“Seganlah, nanti apa kata abang Yasir pula.”penolakan Kazrina membuatkan Misya kecewa.  Dia berharap sangat agar Kazrina setuju dengan permintaannya. 

 
“Aku dah bincang dengan abang Yasir.  Dia kata okay.  Buat sementara waktu kau boleh tinggal dengan kami”berat hati Kazrina hendak menolak ajakan sahabatnya itu.  Lama dia berfikir, akhirnya dia membuat keputusan agar menerima ajakan Misya dengan syarat hanya untuk sementara waktu sehingga dia dapat menyewa rumah bersebelah dengan rumah sahabatnya itu.


Petang itu, Kazrina mengikut Misya pulang ke rumahnya.  Kebetulan suami Misya tiada dirumah, on call.  Biasalah kerja sebagai doktor selalu saja kurang masa untuk bersama keluarga.  Kesunyian membuatkan Misya mengajak sahabatnya untuk tinggal bersama-samanya.  Mujur juga Kazrina mengenali Yasir sebelum dia berkahwin dengan Misya.  Jadi tidaklah dia segan dengan tuan rumah.

 
Malam menjelma, Kazrina resah.  Selepas pulang dengan Misya mereka sempat singgah klinik berhampiran.  Pesanan Doktor Fauziah membuatkan dia termenung sendirian, diraba perutnya yang masih kempis.  Ada satu nyawa yang menuntut agar dia tabah menghadapi semua ini.”Kesian baby ibu, hidup tanpa kasih dan sayang seorang ayah.  Ibu janji, bila baby dah  lahir nanti, ibu akan berikan kasih sayang ayah dan juga ibu tanpa sebarang kekurangan.”

 
Besok dia sudah mula bekerja semula setelah seminggu  bercuti.  Nasib baik dia tidak jadi letak jawatan, jika tidak bagaimana dia hendak menyara kehidupannya dan anaknya nanti.  Hari yang panjang menuntutnya agar melelapkan matanya.  Letih bercampur gundah mengiringi malamnya ini.  Akhinrya dia berjaya menutup matanya setelah habis membaca beberapa potong ayat-ayat suci Al Quran.

 
Dikondo milik Amar Amsyar, lelaki itu sudah tersedar dari lena yang panjang.  Jam menunjukan sudah pukul 9 malam.  Perutnya berbunyi, minta diisi.  Amar Amsyar bangkit, kunci kereta diambil berkira-kira ingin keluar mencari makanan.  Langkah yang longlai mengiringinya meninggalkan syurga yang pernah dihuni bersama Kazrina suatu ketika dahulu.

 

 

Mikhail memandang siling biliknya, dia keresahan.  Wajah lembut Kazrina sering mengganggu tidurnya.  Sejak akhir-akhir ini dia sering bermimpi tentang wanita itu.  Mimpi yang buruk sekali, dia mimpikan wanita itu didalam kesusahan.  Wanita itu perlukan bantuannya, apakah maksud disebalik mimpi itu.  Wajah sedih Kazrina merenungnya, minta simpati agar dia membantu wanita itu.  Adakah Amar Amsyar telah melantari wanita malang itu, apakah ini masanya aku diperlukan untuk memperjuangkan hak Kazrina. 

 
Telefon bimbitnya berbunyi mengebabkan lamunannya terganggu.  Dipandang skrin telefon Iphone 4 nya, nama Misya tertera.  Dia sedikit kehairanan, apa yang Misya mahu malam-malam buta ni.

 
“Tengku..”suara lemah Misya menyapa telinganya. 

 
“Misya, ada apa awak telefon saya malam-malam ni.  Awak ada masalah dengan suami awak ke?”pertanyaan Mike dijawab dengan esakkan halus.  Mike tergadah, “takkan Misya bergaduh dengan suaminya?”telahnya dalan hati.

 
“Kazrina tengku, dia perlukan bantuan.  Amar Amsyar dah ceraikan dia pagi tadi.”tutur Misya perlahan.  Mike terkejut, “Kazrina telah diceraikan.”

 
“Tapi kenapa? Apa salah dia sehinggakan Am ceraikan dia.”soal Mike bertalu-talu.  Misya mengeluh, dia tersalah cakap.  Reaksi Tengku Mikhail Khazi membuatkan dia serba-salah.

 
“Dia tak salah, tapi Amar Amsyar yang bersalah.  Dia sudah tidak mengenali isterinya sendiri, dia dah jadi orang lain tengku.  Kesian saya tengok Kazrina, dia seperti hilang arah.”terang Misya.  Mike bangkit dari baringan, dia mula mundar-madir didalam biliknya.  Penghawa dingin tidak dapat mendinginkan tahap suhu kepanasannya.  Dia marah dengan tindakan Am yang sewenang-wenangnya menceraikan wanita sebaik Kazrina Atirah.

 
“Habis tu sekarang dimana Kazrina, saya perlu bertemu dengannya.”cemas suara Mike menerpa dicuping telingan Misya.”Memang Tengku Mikhail Khazi jatuh cinta pada Kazrina.”telahnya.


“Rina ada dirumah saya buat sementara waktu.  Saya ada juga memujuk dia agar tinggal bersama saya, tapi Rina tak mahu.  Saya risau tengku, Rina sedang mengandung.  Saya takut apa-apa yang akan terjadi pada Rina dan juga kandungannya itu.”Misya keresahan, Mike lagi cemas.  Bila mendengar Kazrina mengandung, hatinya sayu.  Mengapa Amar Amsyar tega melakukan sebegitu terhadap Kazrina isterinya.

 
“Misya, saya minta maaf.  Disebabkan saya Kazrina jadi begini.  Kalau tidak, dia tidak perlu mengalami perkara ini.  Semuanya salah saya yang dahulu cuba mengodanya.  Kalau tidak, Amar Amsyar tak perlu melamarnya dan Kazrina pula tak wajar menanggung semua ini.  Saya minta maaf Misya, saya minta maaf.”rayu Mike, Misya terpanar.  Lelaki ini benar-benar sukakan Kazrina. 

 
“Tengku tak salah, semua ini adalah takdir.  Satu saja yang ingin saya tanyakan pada tengku.”

 
“Apa dia Misya, katakan!”tak sabar-sabar Mike ingin tahu apa yang terbuku dihati Misya.

 
“Tengku benar-benar sayangkan Kazrina ke, atau tengku pun selama ini menganggap Kazrina seperti salah seorang koleksi teman wanita tengku.”pertanyaan Misya membuatkan Mike terdiam.  Lama dia berfikir, akal warasnya seperti tidak berfungsi pula.  Lama juga Mike dan Misya berkeadaan bisu, sehinggalah Misya berdehem menyedarkan Mike dari lamunan.

 
“Ya, saya sayangkan Kazrina Atirah.  Dan kalau diizinkan Allah, saya ingin mengambil dia menjadi suri dihati saya jika benar dia dan Am sudah berpisah.  Anak yang dikandungnya akan saya jaga seperti anak saya sendiri, kerana saya benar-benar cintakan dia.”ucapan kudus dari Mike melegakan hati Misya.  Dia percaya dengan kata-kata Tengku Mikhail Khazi kerana inilah kali pertama lelaki itu serius dengan perempuan.  Hatinya lega, selepas ini Kazrina tidak akan kesunyian lagi.  Tengku Mikhail Khazi akan menemani hati-hati sahabatnya itu.

 
“Terima kasih tengku, terima kasih.  Saya menghargai kasih sayang tengku pada Kazrina.  Cuma satu yang saya pinta, jangan sesekali tengku mempermainkan hati wanita yang bernama Kazrina Atirah.  Kerana jika sekali dia terluka, selamanya dia akan menutup pintu hatinya buat insan yang bernama lelaki.”tegas Misya.

 
“I won’t Misya, she will be the luckiest women in this world if she choose me as her husband.  I will cherish her, love her and stay with her for the rest of my life. Itu janji Tengku Mikhail Khazi pada wanita yang bernama Kazrina Atirah dan saya mahu awak menjadi saksinya.”dengan satu nafas Mike berjanji kepada Misya. 

 
“Saya pegang janji tengku, andai kata tengku ingkar..” belum sempat Misya menghabiskannya, Mike mencantas.”Saya rela dihukum, dari menyakiti insan yang saya sayangi.”

 
“Baiklah tengku, itu saja yang nak saya dengar.  Selamat malam, assalamualaikum.”Misya minta diri, perbualannya dengan Mike perlu dihentikan sebelum Kazrina mendengarnya.

 
“Waalaikumsalam.”talian dimatikan.  Mike menarik nafas dalam, tidak sangka dia akan berjanji sebegitu demi cinta yang baru berputik.  “Am, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk aku buktikan cintaku pada Kazrina.  Aku tidak akan mensia-siakan Kazrina seperti mana yang telah engkau lakukan. Itu janjiku, andai kata kau ingin mengambil dia kembali.  Kau perlu melangkah mayatku dulu, kerana aku tidak akan sesekali melepaskan dia ke tanganmu kembali.”tekad Mike dalam hatinya.  Peluang hanya datang sekali, dan dia perlu mengambil peluang itu secepat mungkin.  Dia pasti Kazrina akan menerima dirinya yang baru ini. 


~Bersambung~ 

6 comments:

  1. kak has... ni cerita baru ek?
    kenapa kak has update but tak timbul dekat reading list.. so dah banyak entry kak has saya terlepas.... biasanya kalau saya follow blog, setiap kali ada new entry, naik dekat reading list!

    btw cite ni best!

    ReplyDelete
  2. kak has... saya promote cite kak has di fb group saya ek? best ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan, kecik tapak tangan stadium bukit jalil akak tadahkan. hheeeee..

      Delete
  3. dah fall in love dengan cintaku bukan sekadar di meter !!!!

    ReplyDelete
  4. Makin xsabauu nak tau citer slanjutnya.....

    ReplyDelete