Bab 2
“Macam mana ni Taj, esok aku dah nak race. Takkan tak siap-siap lagi.”rungut Mike.
“Apa susah, pakai ajelah kereta yang lain. Macam tak biasa.” Taj memulang paku buah
keras. Dia tahu lelaki itu punya banyak
kereta mewah yang boleh dijadikan kereta race.
“Tapi aku nak juga pakai Evo, sebab saingan aku pun pakai Evo
juga. Kalau aku pakai kereta lain tak
bast lah.” selar Mike yang tidak berpuas hati dengan jawapan Taj.
“Kau agak-agaklah bro, kereta Evo kau tu banyak nak kena
repair. Bahagian enjin dan pintu sisi
pun kena buat balik semula. Teruk jugak
kau accident hari tu.” Taj masih
berjalan ke hulu dan ke hilir cuba
mencari ruang didalam bilik pejabatnya.
Pening kepalanya melayan karenah anak jutawan ini.
“So sekarang ni macam mana?” Mike masih tidak puas hati, soalan yang
sama tetap ditanya.
“Macam nilah bro, apa kata kau pinjam Evo sepupu kau yang namanya
Amar Amsyar. Aku rasa dah dekat 3 tahun
Evo dia tersadai kat garaj rumah dia.”cadang Taj, dia tahu sepupu Mike juga ada
mempunyai kereta jenis Evo yang khas untuk perlumbaan dilitar.
“Betul juga cakap kau. Nanti
aku telefon dia.” Mike mendail nombor telefon bimbit sepupunya itu. Namun tiada jawapan, Mike mengambil keputusan
untuk terus ke kondo Amar Amsyar.
Kereta Lotus Else diparking diluar perkarangan kondo Amar
Amsyar. Nasib baik pengawal keselamatan
itu mengenali dirinya, jadi bolehlah dia masuk kedalam kawasan kondo itu. Dia mengerling di lot parking kereta
kepunyaan sepupunya, ada sebuah kereta tersadai disitu yang ditutupi
kemas. “Tentu itu Evo kepunyaan Amar
Amsyar.”detik hatinya. Dia berjalan
menuju ke lift yang ada disebelah kanan, Mike lantas menekan butang 5. Sampai
tingkat 5 dia menekan loceng rumah Amar Amsyar.
Lebih kurang 5 minit muncul wajah Amar Amsyar dimuka pintu. Terkejut Amar Amsyar dengan kedatangan Mike
ke rumahnya. Dia membuka pintu
membenarkan Mike masuk kedalam rumahnya.
“Sori bro kalau aku menggangu kau.
Masih tak bangun lagi ke?”Mike memulakan mukadimah sebaik sahaja duduk
disofa berdekatan. Amar Amsyar menguap,
rasa menyantuk masih bersisa. Semalam
selepas dia pulang dari mengekori gadis itu dia terus mandi dan menunaikan
solat Magrib dan Isyak. Kenudian dia tekun membaca Al Quran sehingga jam
menunjukkan 1 pagi. Diikuti pula dengan solat sunat dan juga solat taubat. Itulah rutinnya setiap hari sejak 3 tahun yang lalu.
Dia tidak habis-habis menyucikan dirinya dengan cara itu. Bagi dirinya itulah salah satu terapi minda
yang sangat efektif dan berkesan.
“Biasalah , semalaman aku mengaji dan lepas itu aku buat solat sunat
serta solat taubat. Tidur pun masa aku
selesai tunaikan solat subuh dan solat duha.”jawab Amar Amsyar sambil menguap
lagi. Mike menggeleng kepala, tahu
sangat rutin sepupunya sejak kejadian itu.
“Am, dah 3 tahun kejadian itu berlaku. Kau masih tak dapat lupakan lagi ke?”
pertanyaan Mike membuatkan Amar Amsyar tersentak. Dia meraup mukanya perlahan bersama keluhan
dibibir.
“Sampai bila-bila pun aku tak dapat nak lupakan Mike. Masing
terngiang-ngiang lagi tangisan gadis itu ditelingaku.”keluh Amar Amsyar
berat. Dia ingin lupakan kejadian itu,
tapi semakin dia mencuba semakin dia tewas.
Lebih-lebih lagi wajah keruh gadis itu masih lagi terbias diruang
matanya.
“Cubalah Am, sampai bila kau nak begini. Hidup mesti diteruskan, papa kau dah bising
suruh aku pujuk kau masuk pejabat semula.
Mama kau pula hari-hari menangis memikirkan keadaan kau. Baliklah, jangan nak menyorok lagi. Perkara dah berlaku, kau kena hadapinya.”
Kata-kata Mike membuatkan tubir matanya berair.
Dia tak kuat untuk menghadapinya, biarlah orang kata dia dayus, atau
pengecut dia malah rela.
“Aku.. aku..” bergetar suara Amar Amsyar, tidak tahu apa yang hendak
dia katakan lagi.
“Mari, aku nak tunjukan sesuatu pada kau.” Mike menarik tangan Amar
Amsyar agar mengekorinya menuju ke balkoni.
Dari situ Mike mengarahkan agar Amar Amsyar melihat seseorang. Amar Amsyar melebarkan pandangan matanya,
tertancap seorang lelaki yang berpakaian compang-camping sedang duduk sambil
bercakap snedirian.
"
Kau tengok lelaki tua tu.
Dulu dia punya segalanya, tapi selepas kemalangan yang meragut nyawa
anak dan isterinya dia jadi begitu. Imannya tidak kuat, sebab itu dia
kecundang. Dan aku tak mahu engkau turut
sama kecundang.” Amar Amsyar kalih pandang muka Mike. Tidak percaya ayat begitu
keluar dari mulut sepupunya. Setahunya
Mike bukanlah pandai dalam bab-bab yang melibatkan hal-hal agama. Tapi kali ini
dia kagum kerana lelaki itu mampu berkata demikian.
“Kau cakap senang, tapi yang menanggung tu aku.”getus Amar Amsyar.
“Aku tahu diri aku ni tak betul. Tapi sekurang-kurangnya aku masih
berpijak dibumi yang nyata. Bukan seperti kau yang masih hidup dalam
awang-awangan. Wake up bro, it time for
you to move on.”marah Mike, sepupunya ni memang keras kepala orangnya.
“Dahlah Mike, malas aku nak layan khutbah kau. Sekarang cakap apa mimpi kau datang kondo aku
ni.”selar Amar Amsyar, kepalanya yang sakit dipicit-picit. Mike tersengih-sengih, Amar Amsyar geram.
“Aku nak pinjam baby kau.” Tutur Mike dengan sengihan yang masih
tidak lekang dibibirnya. Amar Amsyar
pelik, bila masa aku ada anak?.
“Mike, kau merapu apa ni. Bila
masa aku berkahwin ada baby segala” kepala yang tidak gatal digarunya.
“Bukan tulah, maksud aku Evo kesayangan kau tu.”dijuihnya bibir ke
arah kereta yang ditutupi kain rentang.
“Tak boleh!”keras suara Amar Amsyar.
Dia tidak akan sesekali membenarkan sesiapapun menyentuh kereta
itu. Disebabkan kereta itulah dia hidup
begini, jadi jangan haraplah dia akan berikan kepada Mike.
“Kenapa pulak bro, dah lama aku tengok kau simpan kereta tu. Entah-entah dah nak reput pun dalamnya.”Mike
tergadah, hairan dengan sikap Amar Amsyar.
“Aku kata tak boleh, tak boleh lah. Yang kau degil sangat kenapa.”
Marah Amar Amsyar lagi.
“Takan setakat nak pinjam Evo pun kau dah nak melenting. Bukannya aku nak pinjam bini ataupun kekasih
kau.”hairan Mike dengan sikap Amar Amsyar yang tiba-tiba mengamuk.
“Dahlah bro, aku rasa lebih baik kau balik. Emosi aku masih tak stabil, aku tak nak
bergaduh dengan kau.” Pinta Amar Amsyar agar Mike segera meninggalkan
kondonya. Dia tidak mahu berbalah dengan
Mike sebab itu dia minta sepupunya itu keluar dari kondonya.
“Okaylah bro, kalau kau dah cakap macam tu. Aku balik dulu, kalau
kau dah cool sikit kau telefon
aku. Aku ikhlas nak bantu kau, kesian
kat keluarga kau. Dia orang masih menunggu kepulangan kau.”Mike menagalah,
sempat juga dia berpesan agar sepupunya pulang kepangkuan keluarga.
Bila pintu kondonya tertutup, Amar Amsyar terduduk dibalkoni. Dia menguak kasar rambutnya, fikirannya
bercelaru. Kata-kata dan permintaan Mike
membuatkan dia serba-salah. Dia ingin
pulang kepangkuan keluarga tapi hatinya masih tidak dapat lagi memaafkan
dirinya. Mungkin belum tiba masanya lagi
untuk dia pulang, dia perlu bereskan dahulu kerja yang tertunggak sebelum
bertemu kembali dengan ahli keluarganya.
Mike memandu pulang dengan wajah hampa. Dia masih tidak megerti mengapa sepupunya
masih tidak mahu menerima kenyataan.
Sedikit sebanyak Mike tahu apa yang menimpa sepupunya itu, tapi dia
diamkan saja. Dia mahu Amar Amsyar
sendiri yang bercerita tak perlu dia bertanya.
Namun dari sehari ke sehari hinggalah menjangkau 3 tahun Amar Amsyar
masih tetap menyepi. Akhirnya Mike
mengalah, orang tak mahu dirinya ditolong buat apa kita terhegeh-hegeh nak
menolong. Itulah yang dia rasakan kini,
baik dia berdiam diri saja.
Amar Amsyar pula selepas pemergian Mike dia bangkit menuju ke kamar
mandi. Membersihkan diri dan bersiap
ingin keluar mencari makanan. Enjin
kereta kelisanya dihidupkan sebelum memandu menuju ke pasaraya terdekat.
Cuti dihujung minggu amat membosankan. Misya seperti biasa keluar bersama tunangnya,
mereka masih lagi sibuk membeli barangan hantaran. Bahagianya mereka sehingga aku cemburu
melihatnya. Masihkah ada ruang untuk aku
mengecap kebahagian sebelum aku menutup mata. Perkara ini selalu bermain
dimindaku, kadang-kala membuatkan aku menangis sendirian.
Selesai mengemas apa yang patut, dia mengambil keputusan untuk
keluar membeli barang keperluan dapur.
Pasaraya Tesco menjadi pilihan, mujur pagi itu tidak ramai orang. Boleh dia melihat sekitar sambil mencuci
mata. Troli ditolak perlahan tanpa
disedari dia terlanggar seseorang.
“Aduh!” lelaki itu mengaduh kesakitan akibat dilanggar troli.
“Maaf, saya tak sengaja.” Pohon Kazrina. dia terkesima, lelaki itu
juga. Kelu lidah masing-masing seketika sehinggalah Amar Amsyar memulakan
bicara.
“Awak ni gadis yang tersepak kaki saya tempoh hari kan?”soal Amar Amsyar. Kazrina terkedu, tentu sekali dia mengenali
lelaki ini. Lelaki ini yang menahannya
dari jatuh tersungkur dan dia pula telah memeluk lengan lelaki itu. Tanpa Kazrina
sedari wajahnya merona kemerahan.
“Saya Amar Amsyar.”Dia memperkenalkan dirinya, tanpa menghulurkan
salaman. Dia tahu pasti Kazrina tidak
akan menyambut huluran itu. Amar Amsyar perasaan wajah gadis itu bertukar
kemerahan menahan malu. Dia tersenyum
manis.
“Saya Kazrina Atirah. Maaf pasal tadi dan juga tempoh hari.” Pinta
Kazrina, Amar Amsyar pula melemparkan senyuman.
“Saya maafkan. Tempoh hari, hari ini dan juga hari yang akan
datang.” Jawapan Amar Amsyar mengundang tawa dihati Kazrina. Geli hatinya tanpa dia sedar tercetus tawa
kecil dibibir.
“Kenapa awak ketawa?”pertanyaan Amar Amsyar membuatkan Kazrina
terkedu semula. Dia dengar ke aku ketawakan dia. Parah ni, baik aku cepat-cepat pergi.
“Saya pergi dulu ya.” Usai berkata Kazrina ingin beredar. Teriakan
Amar Amsyar menghentikan perbuatannya.
“Boleh kita jalan sama, saya ingin mengenali awak lebih dekat
lagi.”permintaan Amar Amsyar membuatkan hati Kazrina terusik. Siapa yang tidak ingin mengenali lelaki
sekacak Amar Amsyar, namun kata hatinya membutkan dia ingin membantah.
“ Maaf, saya lebih suka bersendirian.” Kazrina berpaling, troli
ditolak perlahan meninggalkan Amar Amsyar.
Sekali lagi lelaki itu memanggilnya.
“Kaz, tunggu dulu.” Troli Kazrina dipegang, tidak dibenarkan gadis
itu pergi. Kazrina merenung Amar Amsyar dan renungan itu dibalas lelaki itu.
“Bolehkan saya panggil awak Kaz, lebih mesra.”soal Amar Amsyar.
Sekali lagi cuba
memancing agar Kazrina berbual-bual dengannya.
“Encik Amar Amsyar..”belum sempat Kazrina meneruskan kata, Amar
Amsyar memangkah. “Call me Am, not encik Amar Amsyar.”
“Okaylah Am, saya tak kenal dan tak mahu mengenali awak. Jadi saya harap awak tak menghalang
perjalanan saya.”Kazrina cuba
bersikap sopan, tak mahu dianggap kurang ajar.
“Sebab itu saya nak kenali awak lebih dekat lagi. Memandangkan awak
dah ada kat sini, apa kata kita singgah minum dikafe berdekatan.” Cadangan Amar
Amsyar ditolak Kazrina. Dia masih
was-was dengan kebaikan lelaki ini.
“Kenapa, awak takut? Takkan lah kot, kat sini orang ramai. Jangan
risau saya tak akan culik awak.’ Kata-kata Amar Amsyar sekali lagi mengundang
tawa dihati Kazrina. “Aku tahulah kau takkan culik aku, tapi aku takut kau pula
culil hati aku.”
“Macam mana, setuju?” Amar Amsyar masih belum berputus asa, masih
mahu mencuba nasib. Kazrina mengalah
akhirnya, dia dan Amar Amsyar menuju ke kaunter bayaran sebelum ke kafe
berdekatan. Selesai membuat pembayaran,
barang-barang yang dibeli disatukan dalam troli kepunyaan Amar Amsyar. Katanya senang, tak perlu menolak dua troli.
“Awak ni Kaz dari tadi saya tengok asyik memandang wajah saya. Ada apa-apa yang menarik
ke?” Kazrina tersedak, dia ditangkap ketika meneliti wajah lelaki itu. Parah!
Matanya ni pun satu tak boleh nak duduk diam, asyik nak pandang wajah Amar Amsyar
pula.
“Mana ada, awak tu yang perasan agaknya.” Tergagap-gagap Kazrina
menjawab pertanyaan Amar Amsyar.
Tersenyum-senyum Amar Amsyar mendengar jawapan dari mulut Kazrina. Dia tahu gadis itu malu kerana perbuatannya
itu.
“Kaz, ada sesuatu yang nak Am katakan pada Kaz.” Amar Amsyar menarik
nafas dalam, cuba
mencari kekuatan untuk mengatur bicara.
Kazrina merenung tepat ke wajah lelaki itu, cuba mencari apa yang ada diraut
wajah itu.
“Katakanlah Am, Kaz sedia mendengarnya.”entah mengapa kali ini Kazrina
rasa dia amat mengenali lelaki ini walaupun ini adalah kali kedua mereka
bersua.
“Am.. dah.. jatuh.. cinta.. pada.. Kaz...”lambat-lambat ayat itu
keluar dari mulut Amar Amsyar. Sekali
lagi Kazrina tercampak ke zon yang tidak dia ketahui dimana letaknya tempat
itu. Dadanya berdebar-debar, hatinya terusik dengan kata-kata itu.
“Am..jangan main-main. Kaz tak suka.”ucap Kazrina tanpa dia sedari
dia telah membahasakan dirinya ‘Kaz’ pada Amar Amsyar.
“Betul Kaz, cinta ini datang tanpa diduga. Am sendiri pun tak tahu nak cakap macam mana,
semuanya datang dari sini.”ditunjukkan tepat ke dadanya. Kazrina mengangga, tidak percaya dengan
luahan Amar Amsyar.
“Tapi kita baru saja bertemu, tak mungkin semudah itu Am jatuh
cinta.” Tegas Kazrina, dia perlu berhati-hati.
Tidak mahu dirinya terluka mahupun lelaki ini.
“Tapi Am dapat rasakan memang Kaz telah ditakdirkan untuk Am.”
Beria-ria Amar Amsyar menafikan perasaan hatinya pada Kazrina.
“Am bagilah Kaz peluang untuk mengenali Am dengan lebih dekat
lagi. Perkara ini bukan boleh dibuat
main-main.”kata-kata Kazrina sedikit pun tidak mematahkan semangat Amar Amsyar
untuk memiliki hati gadis itu.
“Am tak pernah main-main jika ia melibatkan soal hati. Berikanlah Am
peluang untuk buktikan betapa Am benar-benar ikhlas ingin menjadi sebahagian
dalam hati Kaz.”Kazrina terpaku, bicara romantis Amar Amsyar sedikit sebanyak
mengoyah hatinya.
“Baiklah, Kaz akan cuba
bukakan hati ini untuk mengenali dan sekaligus cuba untuk menerima Am. Tapi ingat, tak semua yang kita harapkan akan
menjadi kenyataan. Kaz mahu Am redha menerima apa yang bakal berlaku selepas
ini.” Kazrina mahu Amar Amsyar faham akan situasinya. Bukan mudah untuk dia menerima seseorang itu
dalam hidupnya, kerana dia tidak mahu hatinya terluka lagi.
Hari itu, buat pertama kalinya Kazrina dihantar pulang oleh seorang
lelaki. Misya yang ada berbual-bual
degan tunangnya di kawasan taman berdekatan terkejut melihat Kazrina keluar
dari perut kereta kelisa. Dalam hatinya
tertanya-tanya siapa lelaki yang menghantar sahabatnya pulang. Dihambat tunangnya pulang, katanya ada kerja
yang perlu dilakukan. Yasir kebingungan,
namun diturutkan jua karenah Misya.
“Hai, balik berteman Nampak.”pertanyaan Misya dibiarkan sepi. Malas nak layan, nanti melarat-larat pula. Barang yang dibeli disusun dalam almari dan
barang basah disimpan dalam peti sejuk.
Misya menarik kerusi bertentangan Kazrina yang sedang sibuk mengemas.
“Kau ni kenapa beb, dari tadi asyik diam aje. Cuba kau ceritakan pada aku apa
masalah kau.”Misya lantas bangkit menghampiri Kazrina yang bersandar ditepi
almari.
“Ibu aku.”satu keluhan berat terlepas dari mulut Kazrina. Misya
menarik Kazrina dalam pelukannya. Diusap
perlahan bahu gadis itu. Dia tahu sudah terlalu lama Kazrina rindukan ibu dan
juga adik-adiknya.
“Sabarlah, apa yang berlaku ada hikmahnya. Kau kenalah banyakkan bersabar Rina.”Kazrina
tersenyum kelat, memang ayat itu yang selalu dai dengar, tapi semuanya seperti
hampa belaka. Sudah lama dia bersabar, 3
tahun bukanlah masa yang singkat.
“Aku takut Misya, takut sabarku tidak akan berbalas walaupun seribu
tahun lagi.”ujar Kazrina seperti orang yang sudah berputus asa.
“Aku kenal siapa kau Rina, sudah lama kita berkawan. Kau seorang
yang kuat dan tidak mudah putus asa. Kemana hilangnya Kazrina yang dulu?”
kata-kata Misya membuatkan airmata jernin mengalir keluar dari mata Kazrina.
“Aku dah tak kuat Misya, dah tak kuat untuk tanggung semua ini lagi.
“menggogoi Kazrina. Misya turut sedih, tapi dikuatkan hatinya agar tidak
menitiskan airmata.
“Rina, Tuhan itu Maha Mengetahui. Dia tidak kejam dengan
memberi umatnya dugaan kalau tak
tercapai dek akal. Segala dugaan dan
ujian yang datang semuanya masih dalam kemampuan seseorang itu. Percayalah.”
Kazrina yang masih menangis dibahu Misya tersentak. Dia meleraikan pelukan, matanya tunak
memandang ke wajah Misya.
“Sebab itukah Allah temukan aku dengan seorang lelaki yang bernama
Amar Amsyar?”pertanyaan Kazrina membuatkan Misya terkejut.
“Amar Amsyar? “ soal Misya spontan.
“Ya, namanya Amar Amsyar.
Sudah 2 kali kami bertemu secara tidak sengaja.” sambunganya lagi , “Dan
hari ini dia telah menyatakan isi hatinya padaku.” Misya pelik, takkan baru 2
kali bertemu dah sangkut kot.
“Are you sure?”dengan
tidak percaya Misya bertanya.
“Misya, aku tak pekak lagilah. Kau ni kalau bercakap tak pandang
kiri kanan langsung.” komen Kazrina mengundang tawa dibibir Misya. Mana taknya, terkejut punya pasal.
“Kenalkan aku dengan dia.
Manalah tahu aku kenal kot.” Provok Misya pula, dalam hatinya berbunga
riang kerana sahabatnya telah bertemu dengan kekasih hati.
“Insyaallah, aku akan kenalkan korang berdua. Buat masa ini biarlah aku seorang saja yang
kenali dirinya dia.” Misya mencemik, masih nak berahsialah tu.
“Suka hati kaulah, tapikan Amar Amsyar tu kerja apa?”tanya Misya.
“Entah?” jawapan Kazrina mengundang curiga dihati Misya.
Dirumah Amar Amsyar lain pula. Sejak balik dari Tesco sehingga saat
dia menghantar Kazrina pulang ke rumah sewa gadis itu, hati Amar Amsyar
berbolak-balik. Dia perlu cari pekerjaan
untuk menampung kehidupannya, tak mungkin dia bekerja semula dengan
papanya. Nanti Kazrina fikir dia anak
orang kaya yang manja, dia mahu berdikari dan bina kerjayanya tanpa bantuan
sesiapapun. Tiba-tiba dia teringat akan
jawatan kosong disyarikat Mike, sepupunya.
Dulu dia belajar Architectural
semasa di UK,
sekarang sudah tiba masanya dia mula dari bawah. Jadi arkitek biasa pun tak apa asalkan kerja
yang halal. Dia juga akan minta
sepupunya agar merahsiakan tentang dirinya dan juga keluarganya. Lagipun dia dapat tahu sahabat Kazrina iaitu
Misya bekerja disyarikat Mike. Dicapai
telefon bimbitnya dan nombor Mike didailnya.”Hello” bibir Amar Amsyar tersenyum
lebar.
Bab 3
“Kau biar betul bro, tak nak aku tawarkan jawatan yang lebih baik.”
Mike masih tawar-menawar dengan Amar Amsyar.
Dia tahu kebolehan sepupunya itu, malah Amar Amsyar sepatutnya sudah berada ditahap sepertinya
sekarang.
“Mike, kalau boleh aku nak mula dari bawah. Biarlah aku tentukan corak hidup aku. Cuma aku minta kau satu saje, rahsiakan siapa
aku dengan kau pada semua orang. Treat me as your staff, that’s all bro. Just
help me for this time and I’ll do anything.”rayu Amar Amsyar. Mike menjungkit kening, “Ánything bro?”
“Ya, anything even my Evo.”janji Amar Amsyar, dia tahu Mike pasti akan tertarik dengan
tawarannya.
“So, when can I get the Evo?”soal
Mike sambil tersengih.
“As soon I work at your
company. Otherwise, our deal is off.”dengan penuh yakin Amar Amsyar
menjawab, dia tahu sepupunya pasti setuju.
“Amar Amsyar, you are required
to report to work next Monday morning, be there at 9.00am sharp.” Lagak
Mike seperti seorang bos, Amar Amsyar tersenyum senang.
Senyuman Amar Amsyar mati ketika cermin pintu keretanya
diketuk. Tersembul wajah yang dirindui,
siapa lagi kalau bukan Kazrina. Pagi ini
dia sudah berjanji akan menjadi pemandu untuk gadis itu. Pada mulanya Kazrina menolak, tapi akhirnya
dia mengalah juga. Lagiun Kazrina ingin
juga tahu dimana Amar Amsyar bekerja.
Kereta kelisa Amar Amsyar meluncur membelah jalanraya yang sibuk,
keadaan dalam kereta sunyi hanya bertemankan DJ diradio yang sibuk
berceloteh. Kazrina menoleh ke kanan,
dia melihat pemanpilan kemas Amar Amsyar.
Lelaki ini berbaju kemaja lengan panjang berwarna biru muda dan
dipadankan dengan slack warna biru gelap.
Yang membuatkan lelaki ini nampak lebih macho cermin mata gelap yang dipakinya menyerlahkan
ketampanannya. Tiba-tiba hati wanita
Kazrina terusik, takkanlah orang tampan
seperti lelaki ini tidak mempunyai teman istimewa. Siapakah dia? Dimanakah dia bekerja dan
apakah pekerjaannya? Semua ii bermain dimindanya.
“Dah habis awak tenung saya?”pertanyaan Amar Amsyar membuat Kazrina
tersipu malu. Apa tidaknya, dia
ditangkap ketika sedang merenung wajah tampan lelaki itu.
“Err..err.. saya tak pandang awak pun?” cuba mengelak, walaupun
terang-terang dah kantoi. Amar Amsyar tersenyum manis apabila terlihat wajah
kemerahan Kazrina.
“Am, Kaz nak tanya boleh?”soalan pertama keluar dari mulut Kazrina membuatkan
Amar Amsyar menoleh seketika.
“Tanyalah, kalau boleh saya jawab.”Mata Amar Amsyar masih tepat
memandang ke arah jalanraya yang sesak.
KAzrina tergarak-agak, namun dia cuba juga gagahkan.
“Am kerja kat mana?”pertanyaan Kazrina mengudang tawa dibibir lelaki
itu, Kazrina kehairanan. Erk! Salah ke aku tanya.
“Am ingat Kaz tak nak tahu. Tapi memandangkan Kaz dah soal, Am akan
jawab sejujurnya.”Amar Amsyar menarik nafas, dia harus bertenang. “Am baru
start kerja hari ini. Sebelum ini Am
kerja kat PJ, part time aje. Maklumlah
baru nak start kerja betul-betul.”
“Habis tu sekarang ni Am kerja kat mana.”soal Kazrina lagi.
“Am dapat tawaran bekerja kat Empire
Straits Berhad, tapi sebagai akitek biasa aje.” Sayup tutur kata Amar
Amsyar menyentuh hati Kazrina.
“Akitek biasa pun tetap satu pekerjaan kan.
Asalkan halal dan saya harap awak akan berusaha dengan sungguh.”
Kata-kata Kazrina seperti memberi semangat pada Amar Amsyar untuk terus dengan
rancangan gilanya ini. Ya, memang
rancangan gila sebab dah elok-elok kerja disyarikat papa sanggup pula
bersusah-payah kerja dengan orang lain.
Kalau papa tahu mati aku dikerjakan.
Kereta yang dipandu Amar Amsyar berhenti disebelah bangunan Empire Straits Building dimana tempat
Kazrina bekerja. Kazrina kehairanan, bagaimana Amar Amsyar tahu dimana dia
bekerja.
“Awak, macam mana awak tahu kat mana saya kerja.” Erk! Amar Amsyar
terkedu. Alamak mati aku kalau dia tahu aku tipu dia.
“Saya agak aje, lagipun tempat saya bekerja dekat sebelah bangunan
awak kan?”
Fuh! Nasib baik dia sempat cari helah.
Mujur Kazrina tidak bertanya lagi.
“Awak, nanti time lunch kita makan sama nak?”pinta Amar Amsyar, dia
masih ingin lagi bersama dengan gadis ini.
Kalau boleh setiap saat. Kazrina
yang sudah keluar dari kereta Amar Amsyar tersenyum manis, Amar Masyar
terpana.”Subahanaallah, cantiknya senyuman dia.”
“Saya tunggu awak kat lobi bangunan ofis saya boleh.” Kazrina
memberi cadangan, dia tak mahu tunggu dibangunan Empire Straits, takut Misya nampak.
“Okay, kul 1 saya tunggu awak.
Jangan lewat ya.” Kazrina mengganguk, pintu kereta ditutup dan kereta
kelisa Amar Amsyar membelok ke kiri memasuki perkarangan bangunan Empire Straits
Building.
Mike menghampiri semua staff yang ada, disebelahnya Amar
Amsyar. Sesi perkenalan pagi itu mencuit
hati Misya. Dia seperti kenal lelaki
itu, tapi dimana ya.
“Minta perhatian semua, saya perkenalkan Encik Amar Amsyar. Dia merupakan akitek baru yang akan
menggantikan tempat Encik Abu Zahrin yang kini telah dipindahkan ke Kuantan untuk
projeck terbaru kita.”semua yang ada tercengang, sejak bila Encik Mikhail turun
sendiri untuk sesi ini. Mesti lelaki ini
bukan calang-calang sebab itu nampak agak mesra dengan bos besar.
“Saya Amar Amsyar, panggil saja Am.”sapa Amar Amsyar kepada semua
yang ada.
“Welcome Encik Amar
Amsyar, semoga kita dapat bekerjasama.
Saya Kira.” Syakira atau Kira merupakan setiausaha kepada Abu Zahrin
mula memperkenalkan dirinya sendiri.
Staff yang lain mula menyampah, tahu sangat dengan perangai mengedik
Kira termasuk Misya sendiri. Huluran
tangan Syakira dibalas dengan senyuman dibibir Amar Amsyar, gadis itu termalu.
Perlahan-lahan tangannya ditarik semula, Misya tersenyum sinis. “Padan muka.”
“Maaf saya tak bersalam dengan perempuan. Yang lain saya harap dapat memberikan
kerjasama dan juga tunjuk ajar. Saya
masih baru disini, jika ada salah sila tegur.”dengan hormat Amar Amsyar
berkata, takut ada yang tersingung.
Mikhail tersenyum lebar, dia percaya akan kewibawaan Amar Amsyar. Semua staff lelaki mula bersalaman dengan
Amar Amsyar dan bagi staff perempuan pula Amar Amsyar sekadar memberika
senyuman dan menunduk tanda hormat.
“Okay guys, kalau tak ada apa-apa boleh mulakan kerja semula. Encik
Amar Amsyar, mari saya tunjukan bilik awak.” Amar Amsyar mengekori langkah
Mikhail, sempat dia melemparkan senyuman manis ke arah Misya. “Selamat
berkenalan.” Misya terkelu.
“Kelakar lah kau ni Am, tak bersalaman dengan perempuan konon. Apa
dah jadi dengan sepupu aku sorang ni.”ketawa Mikhail bergema apabila pintu bilik
yang menempatkan Amar Amsyar ditutup.
Amar Amsyar meregus, geram kerana diketawakan oleh Mikhail.
“Betul apa, aku hanya sambut huluran salam jika perempuan itu mahram
aku.”tegas Amar Amsyar.
“Wei bro, jangan buat lawak okay.
Tak kelakar pun.” Tambah Mikhail lagi.
“Look Mike, whater you like or
not. This is new Amar Amsyar and you have to accept it.” Mikhail ketawa
lagi dan lagi. Amar Amsyar mula cuak, lantas ditumbuk kuat bahu sepupunya itu.
“You better make a move, I
need to start my work.”serius saja nada suara itu membuatkan Mike terdiam.
“Okaylah bro, as you say, I
also need to continue my work. Jangan lupa lunch karang on my treat.” belum sempat Amar Amsyar menolak, Mikhail sudah keluar
dari biliknya. “Alamak, macam mana ni. Kan
tadi aku dah janji nak keluar lunch dengan Kazrina. Mikhail ni kacau daun betul.”dalam hati sudah
berkira-kira bagaimana nak lepaskan diri.
Idea tercetus, Amar Amsyar menekan intercom.
“Kira, can you call Misya to
see me. Urgent please.”hanya Misya yang dia percaya, dan dia mahu Misya
juga tahu tentang hubungannya dengan Kazrina.
Kedengaran pintu biliknya diketuk, mucul wajah Misya.
“Ya Encik Amar, ada apa yang perlu saya bantu.”soalan pertama keluar
dari mulut Misya. Amar Amsyar masih
ralit memerhatikan raut wajah Misya tanpa dia sedari gadis itu mula tidak
selesa akan renungannya.
“Hemm..hemmm, Encik Amar?” soal Misya semula, Amar Amsyar terkejut.
Cepat-cepat dia berpura-pura memandang skrin komputernya.
“Maaf, sila duduk ada sesuatu yang nak saya cakapkan.”pelawa Amar
Amsyar. Misya menarik kerusi duduk
bertentangan Amar Amsyar.
“Firstly saya nak confess sesuatu.” Amar Amsyar
membetulkan suaranya, cuba
bertenang. Misya pula yang tidak keruan.
“Sayalah lelaki yang hantar Kazrina balik rumah tempoh hari.”Misya
tercengang, kenyataan berani mati dari Amar Amsyar membuatkan dia berjeda
mengingati akan peristiwa itu.
“Jadi awaklah Amar Amsyar yang Rina ceritakan pada saya tempoh
hari.”Amar Amsyar menggangguk mengiakan.
“Sayalah orangnya, saya harap awak tak marah.”Amar Amsyar mengaku,
dia ingin sahabat gadis pujaanya tahu siapa dirinya. Dia tak mahu hubungannya dan Kazrina terjejas
nanti akibat salah faham.
“Baru saya teringat kat mana saya pernah tengok muka Encik Amar.
Hemm.. apa yang boleh saya bantu”Misya melebarkan senyuman, suka kerana
berpeluang mengenali lelaki yang telah berjaya mengetuk pintu hati sahabatnya
itu.
“Please, just call me Am. Anggaplah
saya juga kawan awak.”pinta Amar Amsyar, dia mahu Misya lebih mesra dengannya
jadi mudahlah dia mengetahui sedikit sebanyak tentang Kazrina.
“Okay Encik Amar, but not in
the office ya. Nanti orang ingat saya dengan awak ada skandal pulak. Saya akan panggil awak Am, jika kita diluar office. Deal!”permintaan Misya buat Amar
Amsyar lega, sekurang-kurangnya ini permulaan yang baik.
“Saya setuju. Satu lagi,
boleh tak awak call Kazrina. Beritahu yang saya tak dapat pergi lunch dengan
dia hari ini. Saya ada lunch meeting dengan Tengku Mikhail
tengah hari nanti.” Misya mengganguk.
Nampaknya mulai hari ini dan seterusnya dia akan jadi telefon karat
untuk Amar Amsyar dan Kazrina. Tapi tak
mengapa, sebab dia gembira sangat bila melihat sendiri siapa Amar Amsyar. Dalam hati dia berdoa agar jodoh Kazrina
dengan Amar Amsyar.
“Okay bos, can I go now. Nanti
makcik Kira kat luar suspicious pula. Dia tu kan
suka dengan Encik Amar.” Misya mengeyit matanya, ingin menyakat Amar
Amsyar. Lelaki itu ketawa besar, suka
dengan gelagat Misya yang ala-ala brutal tu. Ketika Misya melangkah keluar,
mata helang Kira memerhatikan gerak-gerinya dengan perasaan ingin tahu
meluap-luap. “Baru satu hari dah mesra, mesti ada sesuatu yang aku tak tahu.
Kena siasat ni.”getus hati Kira tiba-tiba.
Tengah hari itu, makan bersama Amar Amsyar ditukar dengan
Misya. Terkejut dia apabila sahabatnya
itu menelefonnya.
“Beb, bila kau kenal dengan Am.”soal Kazrina, hairan bagaimana
sahabatnya tahu tentang Amar Amsyar.
“Dia kerja sama tempat dengan aku.
Walaupun dia bukan bos aku tapi kenallah juga. Yang kau rahsia sangat dengan aku apasal?”
sinis saja bunyi, tapi Kazrina tahu Misya bukannya marah cuma agak terkilan.
“Aku takut, kau kan
tahu aku tak pernah bercinta. Pagi tadi
masa dia tunggu kat perhentian bas pun aku terkejut.”jawab Kazrina lagi, “Dalam
kereta pun aku baru tahu dia mula kerja kat Empire
Straits Building, tapi tak pula dia kata kerjasama syarikat dengan kau.”
Kata-kata Kazrina masuk akal, betul juga.
Dalam bangunan tu bukan hanya company aku, ada banyak lagi company lain
walaupun bangunan itu kepunyaan Tengku Azhar.
“Maaf diterima, malam karang aku nak tahu lebih lanjut tentang dia.
Kau kena cerita dari A to Z, no more
secret.” Kazrina tersenyum, Misya dah cool. “By the way, dia ada minta nombor telefon kau, so aku dah pun bagi
kat dia. Chow beb!”belum sempat Kazrina mencerna, Misya sudah berlalu
pergi.
Kazrina mempercepatkan langkah, waktu makan tengah hari sudah
semakin tamat. Dia perlu pulang segera, takut dimarahi pula. Bahunya dilanggar seseorang, dia terdorong
kebelakang.”Aduh!” dia menggosok bahunya yang sengal. Mikhail terkedu, dia
tidak percaya akan terlanggar bahu si gadis manis ini.
Aura kasonovanya mula beraksi, “Maaf cik, saya tak sengaja.”
Dilembutkan suara agar si gadis bersimpati.
Kazrina tidak menunjukan reaksi, dia hanya melemparkan senyuman lantas
melangkah pergi. Tak mahu lama-lama
disitu, takut dengan pandangan tajam Mikhail.
“Sombongnya, takpe kau belum kenal siapa Tengku Mikhail Khazi @ Mike.
Lepas ini for sure aku tak akan
lepaskan kau.” Kata Mike sendirian. Saat dia ingin melangkah pergi, kakinya
terpijak sesuatu, “Ini tag nama gadis tadi, uhmm.. Kazrina Atirah. What a nice name.” tag nama disimpan
dalam saku. Dalam hati sudah merencanakan sesuatu. Amar Amsyar yang baru keluar
dari tandas menepuk bahu Mike. “Jom, dah lambat ni.”ujarnya tanpa mengetahui
apa yang baru berlaku tadi.
"
Kazrina kalut mencari tag nama, seingatnya tadi dia ada
memakainya. Tapi kat mana aku letak,
dalam tandas tak ada, kat pantry juga. “Habis tu kat mana ya?”dalam hati sudah
mengelabah. Mana tidaknya, dia perlu
melaporkan kepada pihak sumber manusia jika kehilangan tag nama. “Leceh betul, nanti nak kena bayar
pula.”bebelnya dalam hati. Interkom
dimeja berbunyi, suara Hamidah penyambut tetamu ditalian.
“Kak Kazrina, ada pelawat nak jumpa.” Kazrina mengaru kepalanya yang
dilitupi tudung, hairan kerana hari ini dia tidak ada temujanji dengan sesiapa.
“Siapa Midah, dia ada buat appointment
ke?”soalku semula.
“Tak kak, dia kata nak pulangkan sesuatu milik akak.”jawab Hamidah,
dia sudah terbias memangku begitu.
Lagipun aku tak suka dia memanggilku cik.
“Suruh dia tunggu dalam bilik meeting, kejap lagi akak
sampai.”arahku padanya.
“Encik, Cik Kazrina minta tunggu dibilik ini. Sekejap lagi dia sampai.’ Hamidah
mempersilakan tetamu itu masuk kebilik meeting yang berdekatan mejanya. Dalam hati sudah memuji akan ketampanan
lelaki ini, siapakah dia?
Beberapa minit berlalu barulah mucul Kazrina. “Midah, kat mana
tetamu tadi.”soal Kazrina.
“Dia kat bilik meeting nombor 2 kak, hensem tau kak.”seloroh
Hamidah, sempat lagi budak ni nak mengorat.
Pintu dibuka, tergamam Kazrina melihat lelaki ini. “Kenapa dia boleh berada disini, mati
aku.”getusnya. Kazrina cuba berlagak biasa. “Saya Kazrina, ada apa yang boleh saya bantu
encik..”soal Kazrina, huluran tangan lelaki itu dibiarkan saja.
“Saya Mike, Tengku Mikhail Khazi.”Mike dengan megah memperkenalkan
dirinya.
“Oh, Tengku. Apa yang boleh saya bantu?” sekali lagi Kazrina
bertanya. Mikhail tersenyum, namun
senyuman itu tidak berbalas.
“Call me Mike, dear.”gulp!
Kazrina menelan liur. Lelaki ini memang kasanova, “sorry not my taste.”
“Okay Encik Mike, what can
I do for you?”kali ini dengan sopan Kazrina
bertanya. Dia tak mahu dianggap kurang
sopan pula, manalah tahu lelaki ini klien pada syarikatnya.
“I want you!”sekali lagi Kazrina menelan liurnya, pahit rasanya.
“Please Encik Mike, I don’t
have time for this. Just straight to the
point.”marah Kazrina, lelaki ini seperti cuba mempermainkannya. Kalau sekali lagi dia jawab begitu, aku
angkat kaki dan blah, tekadnya.
“Betul apa, saya mahu awak.
Salah ke apa yang saya cakapkan.”Mike masih main tarik tali. Tahap kesabaran Kazrina menipis. “Ada
yang nak kena makan kasut ni.”bebelnya dalam hati.
“Encik Mike, saya..” belum sempat berkata, bibir nipis Kazrina
ditutup dengan jari telunjuk Mike. “I just want to give back your
belonging. In between I want you to
return back mine.”suara garau lagi romantis Mike menusuk telus
ketelinganya. Tergamam Kazrina,
beraninya lelaki ini menyentuh bibirku.
Kazrina menepis jari telunjuk Mike, lelaki itu tersengih nakal. “Don’t’
you dare do it again, saya bukan perempuan murahan seperti yang lain,
Tengku Mikhail Khazi.”habis saja berkata, Kazrina merampas tag nama ditangan
Mike lantas keluar dari bilik itu. Airmatanya bercucuran, langkah kaki
dihalakan di tandas berdekatan. Dikunci
dirinya dalam salah satu tandas dan menangis sepuas-puasnya. Disapu-sapu bibirnya seperti menyapu kotoran
yang tidak berkesudahan. Nasib baik
drama sebabak itu tidak menjadi tontonan umum, namun Hamidah sempat melihat
dirinya yang berlari keluar dari bilik itu.
“Such a naïve, you will be
mine honey. If not today, then maybe
tomorrow. Aku akan dapatkan kau
walau terpaksa berpatah arang.”janji kasanova Mike sudah menular. Memang Mike akan berusaha mengotakan
janjinya, kerana dia tahu apa yang dia inginkan. Dan kini, apa yang dia inginkan adalah gadis
yang bernama ‘Kazrina Atirah’.
Petang itu, ketika dia melangkah masuk kereta Amar Amsyar dia
menghamburkan lagi tangisan. Amar Amsyar
panik, kali pertama melihat gadis itu menangis.
Dia memandu keretanya menghala ke Taman Tasik Perdana. Dia tahu gadis itu mahu berkata sesuatu,
sebab itu dia menghalakan keretanya kesana.
Agak lama juga Amar Amsyar menanti tangisan Kazrina reda. Dia menghulurkan kotak tisu kepada gadis
itu. Kazrina mengambilnya, tangisan
mulai reda. Amar Amsyar keluar dari
perut kereta, membiarkan Kazrina sendirian melayani perasaan. Agak 10 minit berlalu barulah tubuh Kazrina
keluar dari perut kereta, dia bergerak perlahan menghampiri Amar Amsyar yang
berdiri mengadap tasik.
“Awak, maaf sebab terpaksa melihat saya begini.”Amar Amsyar
memberikan senyuman manis, dia mahu gadis tidak merasa bersalah. Kalau bolehini dipeluk Kazrina, tapi keadaan
mereka berdua tidak mengizinkan itu berlaku.
Dia perlu menjadi lelaki yang halal buat Kazrina.
“Am mengerti, cuma Am harap Kaz boleh ceritakan apa yang
berlaku.”pinta Amar Amsyar lembut.
Kazrina membalas senyuman Amar Amsyar, dia mahu lelaki itu tahu bahawa
dia telah menerima lelaki itu dalam hidupnya.
“Am, banyak yang awak tak tahu tentang saya. Untuk menceritakan
kepada awak bukanlah perkara yang mudah, kerana saya tidak mahu awak bersimpati
pula pada saya.” Kata-kata Kazrina menyentap tangkai jantung hatinya. Banyaknya kisah duka yang dipendamkan gadis
ini, Amar Amsyar rasa bersalah.
“Kalau Kaz sudi nak bercerita, Am sedia mendengarnya. Jangan buat sebarang kesimpulan jika Kaz
sendiri tidak mengenali siapa sebenarnya Am.
Bukanlah Am nak riak, tapi Am pasti dengan perasaan Am sendiri. Am akan terima Kaz seadanya, baik dan juga
buruk seorang gadis yang bernama Kazrina Atirah.”Kazrina terpana, kata-kata
Amar Amsyar menyentuh hati wanitanya.
“Saya tak bermaksud nak berahsia dengan awak, tapi keadaan
memaksa. Mungkin satu hari nanti saya
akan ceritakan segala-galanya pada awak.
Masa itu awak putuskanlah sama ada saya baik ataupun buruk dimata awak.”
Kazrina mengeluh, dia tak sangka sampai bila dia harus menghadapinya.
“Macam Am katakan tadi Kaz, Am tak perlu berfikir. Am dah lama jatuh
hati pada Kaz tanpa mengira baik dan juga buruknya Kaz. Percayalah, sekarang
bagitahu kenapa Kaz menangis.” Soal Amar Amsyar dengan suara lembut, memujuk si
gadis agar menceritakan kisah dukanya.
Kazrina menggeleng, masih mahu merahsiakan tentang keperitan
hidupnya. Amar Amsyar mengeluh, “Kalau
begitu cakap apa yang terjadi hari ini.
Sebab Am tak tunaikan janji ke, atau sebab lain.” Amar Amsyar masih mahu
mengorek rahsia.
“Kalau sebab tu tak adalah, sebab lain.”pintas Kazrina, tawa kecil
tercetus dibibirnya. Amar Amsyar
tersenyum manis, suka dia dengar tawa kecil itu.
“Habis tu sebab apa, cepat bagitau Am.”Amar Amsyar masih tidak mahu
mengalah, terus bertanya soalan yang sama.
“Petang tadi ada seorang lelaki datang ke pejabat.” Terang Kazrina
lambat-lambat. Amar Amsyar menjungkit keningnya, perasaan ingin tahu membuak.
“Siapa?”
“Tengku Mikhail Khazi.” Mendengar nama sepupunya disebut, Amar
Amsyar tergamam. Apa kena mengena Mike
dengan Kazrina, hati kecil mula rasa tidak senang.
“Apa dia nak?” pertanyaan yang berbaur cemburu menjentik hati
Kazrina.
“Dia datang nak pulangkan tag nama Kaz, lepas itu dia cuba
nak buat tak senonoh pula. Nasib baik
Kaz sempat keluar dari bilik tu.”Amar Amsyar kepanasan, tidak sangka sikap
kasanova sepupunya melebihi batas.
Dengan Kazrina pula tu, ni tak boleh jadi ni. Aku kena cepat-cepat
pangkas.
“Dia buat apa dengan Kaz?”sekali pertanyaan Amar Amsyar berbaur
cemburu.
“Dia letakkan jari telunjuk ke bibir Kaz, tapi Kaz tepis. Am marah ke?”pertanyaan Kazrina mengundang
tawa dihati Amar Amsyar. Suka dia
mendengar Kazrina yang perihatin dengan perasaannya.
“Siapalah Am nak marah. Lagipun Kaz sendiri tak pernah terima Am
dalam hidup Kaz.”Amar Amsyar merajuk, sengaja hendak melihat sama ada Kazrina
ingin memujuknya atau tidak. Kazrina
menghadiahkan semyuman manis, dia mengapai tangan kanan Amar Amsyar.
“Kaz sayangkan Amar Amsyar, itupun kalau Amar Amsyar sudi menerima
Kazrina Atirah.”mendengar luahan hati Kazrina membuatkan Amar Amsyar tersenyum
lebar. Akhirnya kata-kata itulah yang
dia tunggu selama ini. Kazrina sudi
menerimanya, dan dia amat bersyukur sekali.
“Amar Amsyar sudi menerima Kazrina Atirah. Dan Am janji akan selalu berada disisi Kaz
untuk selama-lamanya.”ucapan kudus dari lelaki itu menyentuh hatinya, terpana
Kazrina saat Amar Amsyar mengucup lembut tangan kanan. Wajahnya yang merona kemerahan dapat
ditangkap oleh Amar Amsyar.”Sayang malu ya.”
Hari itu merupakan jari yang bersejarah, Kazrina telah menerima
cinta Amar Amsyar. Lelaki itu bakal menghiasi
hidupnya kelak.
“Sayang..”
“Hemmm..”
“Kita nikah.” Membuntang mata Kazrina saat Amar Amsyar melamarnya.
Takkan secepat itu.
“Am..kita baru saja kenal. Nanti apa kata keluarga Am.”lamaran Amar
Amsyar bagaikan mimpi. Tak tercapai dek
akalnya.
“Am mahu menjadi lelaki yang halal buat Kaz. Kata orang, bercinta selepas bernikah lebih
manis. Nanti nak pegang-pegang pun tak
berdosa. Sayang mahukan.” Kazrina tertunduk malu. Ingin diterima lamaran Amar Amsyar, namun
hati kecilnya takut.
“Am anak yatim piatu, keluarga pun tiada. Mungkin Kaz tak sudi nak
terima anak yatim seperti Am.”sayu suara Amar Amsyar menusuk dikalbunya. Kazrina juga begitu, tapi bagaimana dengan
ibu dan juga adik-adiknya. Siapa yang
akan menanggung keluarganya jika dia sudah berkahwin kelak.
“Am, Kaz masih ada ibu dan
adik-adik yang memerlukan perhatian Kaz.
Jika Kaz terima Am, bagaimana dengan mereka semua.”Amar Amsyar lega, dia
fikir Kazrina tidak suka akan lamarannya.
Kalau sebab keluarga, dia tidak ralat. Sebab dia berjanji akan
bertangungjawab sepenuhnya kepada seluruh keluarga Kazrina. Dia ingin mengurangkan bebanan gadis itu.
“Sayang, kalau pasal tu jangan risau. Am akan sama-sama membantu. Keluarga Kaz akan jadi keluarga Am juga. Janji kita sama-sama mengharunginya walaupun
susah dan senang.”Janji Amar Amsyar.
“Tapi kenapa tiba-tiba?” tercetus juga persoalan ini dibenak
Kazrina, mengapa Amar Amsyar melamarnya.
“Sebab Am tak mahu Kaz jadi milik orang lain. Sebelum orang lain potong jalan, baik Am
sambar dulu.”satu cubitan hinggap diperut lelaki itu. “Aduh!’ Amar Amsyar
mengaduh kesakitan, Kazrina tertawa riang.
Pasangan kekasih itu saling ketawa tanpa mengetahui apa yang akan mereka
lalui selepas ini. Baik Amar Amsyar
mahupun Kazrina Atirah masing-masing tidak tahu apa yang akan berlaku. Dihati mereka hanyalah dihiasi bahagia yang
tidak bertepi.
~Bersambung~
No comments:
Post a Comment