Bab 16
Amar Amsyar terlewat bangun lagi,
dia melihat disebelahnya. Julia sedang
tidur pulas, pasti semalam tidak cukup tidur.
Amar Amsyar tersenyum, semalam dia dan Julia baru lepas berparti dirumah
seorang kenalannya untuk meraikan kemenangannya.
“Bro, kau memang hero. Walaupun dah 3 tahun tak berlumba dilitar,
kehebatan kau masih lagi menyegat. Tapi
sayang, sepupu kau seorang lagi tu tak pula mengikut jejak langkah kau. Kalau tak, aku dapat rasakan gabungan korang
berdua pasti lebih hebat lagi.”pujian dari Kamarul
membuatkan Amar Amsyar tersenyum lebar.
“Maksud kau Mike? Dia memang tak
setanding aku, dia tu kalau bab kasanova memang tak dinafikan lebih hebat dari
aku.”pecah tawa Kamarul mendengar nama Tengku
Mikhail dikaitkan dengan aura kasanovanya.
“Tapikan bro, itu dulu. Sekarang aku dengar zaman romeonya dah hilang taring. Dia dah bertaubat, tak lagi bertukar-tukar
teman wanita. Stok-stok wanita yang dia
ada dah dilepaskan kat orang lain.
Aku dapat tahu dia tengah gilakan seseorang.”ujar Kamarul
beria-ria dia menceritakan tentang keinsafan Tengku Mikhail pada Amar Amsyar.
“Really! Who’s the damm luckiest girl.”soal Amar Amsyar.
“Tak tahulah pula, yang aku tahu
perempuan tu tengah mengandung. Tengku
Mikhail bawa perempuan tu tinggal bersama dengannya.”jawab Kamarul
pula.
“Siap jaga dia dengan baik, lepas
itu dia turut tanggung semua perbelanjaaan keluarga perempuan tu. Tengku Mikhail juga tidak benarkan perempuan
tu bekerja lagi, dia siap hantar notis berhenti kerja untuk perempuan tu.”kali
ini Umar pula bercerita. Baik Amar
Amsyar mahupun Kamarul, mereka berdua tidak
percaya.
“Kau biar betul Umar, mana kau
tahu cerita ini.”soal Kamarul pula.
“Aku tahulah, girlfriend aku kan kerja sekali dengan perempuan tu. Kalau tak silap aku nama perempuan tu Kazrina
Atirah.”tersentak Amar Amsyar ketika Umar menyebut nama perempuan itu.
“Kazrina Atirah”gumamnya tanpa
disedari. Namun sempat didengari oleh kedua
rakannya tadi.
“Kenapa bro, kau kenal ke dengan
perempuan tu.”soal Kamarul dan Umar
serentak. Sepantas kilat Amar Amsyar
menggeleng kepalanya. “Tak..tak..aku tak kenal pun. Cuma terkejut saja.”dalih Amar Amsyar.
“Darling, jom kita balik. I dah penat ni.”Julia datang menghampiri
tempat dimana Amar Amsyar dan rakannya sedang berbual. Sengaja dia mengesel-gesel badannya dengan
tubuh sasa Amar Amsyar. Kamarul dan Umar yang melihatnya tersengih-sengih, tahu
apa yang bermain difikiran perempuan yang memakai skirt sendat itu.
“Okaylah
bro, aku chow dulu. Esok aku kena kerja,
nanti marah pula si Mike tu.”Amar Amsyar memohon diri, ingin beredar.
“Kau masih kerja dengan Mike ke?
Habis tu company papa kau macam
mana?”soal Umar, dia hairan mengapa Amar Amsyar masih bekerja dengan Tengku
Mikhail walhal keluarga lelaki itu pun mempunyai syarikat mereka sendiri.
“Papa aku, dia suruh aku
tinggalkan dunia lumba kalau nak kerja semula kat syarikat tu. Aku malaslah bro, lagipun aku suka dengan
cara hidup aku sekarang. Bebas tanpa
gangguan sesiapa.”terang Amar Amsyar, Julia yang masih disisinya dipeluk erat.
“Suka hati kau lah bro, jangan
suatu hari nanti kau menyesal sudah.
Dunia perlumbaan ini banyak pancarobanya, kalau tak berhati-hati suatu
hari nanti kau akan terjerumus. Masa tu
nak patah balik dah tak guna dah.”nasihat Kamarul
dipandang remeh Amar Amsyar. Dalam
hatinya dia fikir lelaki itu mencemburuinya.
“Thanks for your concern bro, but I just fine. See you later.”Amar Amsyar beredar
bersama-sama Julia. Pinggang
wanita itu ditarik agar merapat ke tubuh sasa.
“Darling, you dah
bangun?”soal Julia disebelah dengan suara serak-serak basah. Amar Amsyar kalih pandang disisi, tubuh Julia
yang dibaluti comforter dipeluk erat.
Hidungnya dibenam ke wajah itu, menggesel-gesel pipi mulus itu. Julia kegelian, dia mengelak sedikit.
“Bangunlah dear, kejap lagi kita keluar sarapan sama-sama.”ujar Amar Amsyar,
Julia membuka matanya. Senyumannya
dibalas Amar Amsyar.
“Kita mandi berdua nak?”ajak
Julia, Amar Amsyar menggeleng kepalanya.
Dia sudahpun siap berpakaian lengkap.
Jam pula menunjukan pukul 7.30 pagi, dia perlu ke pejabat hari ini.
“Dear, I need to go to office.
Can you wait for me until I’m coming back.”pinta Amar Amsyar,
lagaknya seperti suami yang mahu si isteri menantinya pulang dari kerja.
“Mana boleh darling, I also need to go saloon.
Dah beberapa hari I tak jenguk salun I tu.”Manja suara Julia meyapa
telinga Amar Amsyar.
“Okaylah dear, as you wish. Make sure you come and see me later. I’ll miss you.” Selesai berbicara Amar
Amsyar menutup pintu bilik, dia mengambil beg bimbit disofa dan pintu utama
dibuka. Lift ditekan dan langkah kaki
dibawa menuju ke parking lot. Deruman
Evonya membelah jalanraya menuju ke bangunan Empire Straits.
“Selamat pagi
Encik Amar.”sapa Atiqah, penyambut tetamu disitu.
“Selamat pagi Tiqah, How’s your day?”sempat Amar Amsyar
menanya Atiqah.
“Good Encik Amar. By the way,
Taza just inform me that Tengku want’s to see you once you in.”Amar Amsyar
mengangguk, kaki dituju ke bilik Tengku Mikhail.
“Morning Encik Amar, Tengku is expecting for you since yesterday. You
may come in.”ujar Taza, lantas tangan mengetuk pintu bilik bosnya. Selepas mendengar
arahan masuk, Taza masuk bersama Amar Amsyar.
“Tengku, Encik Amar is here.”Taza berlalu menutup pintu setelah
membawa Amar masuk. Amar Amsyar melabuh
duduk dihadapan Tengku Mikhail. Lelaki
itu masih tekun menaip sesuatu dilaptopnya.
Kedatangan Amar Amsyar sedikit pun tidak menganggunya, agak lima minit berlalu barulah
dia mengalihkan pandangannya ke arah Amar Amsyar.
“Ada apa kau panggil aku Mike, did I miss something?”soal Amar
Amsyar. Dipandang raut wajah putih
bersih Tengku Mikhail, ada sinar kebahagiaan disitu. “Betulkah apa yang dikatakan oleh Kamarul dan Umar yang Mike sedang berbahagia
sekarang.”detik hatinya.
“Kita perlu berbincang Am,
penting sangat.”tutur Tengku Mikhail dengan wajah serius, Amar Amsyar
menyandarkan tubuhnya.
“Hal apa lagi bro, aku penat
ni. Kerja aku masih berlambak-lambak
belum dibereskan.”dalih Amar Amsyar. Tengku
Mikhail mengeluh, Amar Amsyar sudah berubah, tidak seperti dulu. Kemalangan itu telah mengubah Amar Amsyar
kembali kepada dirinya 3 tahun yang dulu.
“Pasal Kazrina Atirah”mendengar saja nama itu
disebut, Amar Amsyar resah. “Kenapa
dengan perempuan itu.” keluhnya dalam hati.
“Apa hal dengan perempuan tu, dia
dah tak ada kena mengena dengan aku bro.”ujar Amar Amsyar dengan nada kasar.
“Aku tahu kau dah ceraikan dia,
dan aku tahu kau dah pun halau dia dari rumah kau. Tapi tahukah kau yang dia kini mengandungkan
anak kau. Kau sedar tak?”marah Tengku
Mikhail. Amar Amsyar tidak berkutik, dia
tenang menghadapi situasi ini. Dia tahu
Kazrina mengandungkan anaknya daripada Misya, tapi dia tidak pedulikannya. Apa yang dia tahu, dia mahu lupakan tentang
semua itu.
“Aku tahu bro, tapi apa
masalahnya. Aku dah pun ceraikan dia, so there is nothing between me and her. Full stop!”bentak Amar Amsyar, geram Tengku Mikhail
marah padanya sebab wanita itu.
“Sanggup kau berkata begitu, anak
tu tetap anak kau walaupun dia dah jadi bekas isteri kau. Dimana rasa
perikemanusian kau terhadap anak yang dia kandungkan itu. Dimana Am, dimana?”suara Tengku
Mikhail berubah tinggi, geram
pada Amar Amsyar melebihi segala-galanya.
“Bro, yang kau sibuk-sibuk pasal
dia kenapa? Aku dan dia dah tak ada apa-apa, anak tu pun bukannya anak
aku.”angkuhnya Amar Amsyar berkata. Tengku
Mikhail bangkit, dicekak kolar leher baju kemeja Amar Amsyar.
“Kau dengar sini baik-baik. Sama ada kau suka atau tidak, anak itu tetap
anak kau. Darah daging kau, darah yang
mengalir dalam tubuhnya itu adalah darah kau.
Kau tak boleh menafikan hak anak itu.”dilepaskan tumbuk mengena muka
Amar Amsyar, amarah yang datang tidak dapat dikawal lagi. Amar Amsyar jatuh terduduk dikerusi, dia
meraba-raba mulutnya. Ada kesan darah disitu, dia mengesat dengan
kasar.
“Kau ni kenapa Mike, pasal
perempuan macam tu kita nak bergaduh sesama sendiri. Apa faedahnya kau buat begitu, apa?..
apa..?”tengking Amar Amsyar, dia turut bangun.
Tengku Mikhail menumbuk mejanya, berdetum bunyinnya. Suasana didalam biliknya terasa membahang. Diluar rata-rata pekerjanya sedang berbisik
sesama sendiri. Taza kalut, dia mahu
menelefon Tengku Azhar, tetapi tidak berani.
“ Kau akan menyesal Am, kau dah
menaniaya anak yatim. Dan kau bakal
menerima akibat dari perbuataan kau sendiri.
Aku nak bagitahu kau sesuatu, aku akan ambil Kazrina menjadi isteri aku
sebaik saja dia melahirkan bayinya. Dan
jangan harap kau boleh merampas dia mahupun anak kau daripada aku. Aku akan bahagiakan dia sehingga dia lupa
bagaimana rasa sakit hatinya setelah kau tinggalkan dia begitu saja. Itu janji aku demi anak yang dia kandungkan. And for
you info, don’t call me Mike. My name is
Tengku Mikhail Khazi.”tegas Tengku Mikhail berbicara, dia mahu Amar Amsyar
tahu keikhlasan hatinya untuk memperisterikan Kazrina Aztirah. Dan dia juga ingin menukar kata nama dirinya
dari Mike kepada Tengku Mikhail untuk selama-lamanya.
“Suka hati kaulah Mike, Mikhail or what so ever, aku tak nak masuk
campur. Sekali aku dah buang dia,
selamanya aku buang dia dari hidup aku.”kata-kata Amar Amsyar menyemarakkan
lagi api kemarahan Tengku Mikhail. Dia mahu
menumbuk lelaki itu, tetapi sempat dielak Amar Amsyar.
“Fine, that’s it. You may go and
leave, I don’t want to see you anymore.
You are fired!”Amar Amsyar menghempas daun pintu, Tengku Mikhail menghalaunya keluar
terus dari syarikat lelaki itu. Kini dia
perlu mencari kerj semual, tak mungkin dia kembali ke pangkuan keluar setelah
apa yang telah dia lakukan pada Kazrina.
Taza bukam ditempatnya, tidak
berkutik. Pertelingkahan diantara Amar Amsyar dengan bosnya
mengerunkannya. Malah satu pejabat kecoh
setelah permergian Amar Amsyar dalam keadaan marah-marah. Wajah bos mereka juga masam seharian, tidak
ada seorang pun yang berani bertanyakan hal itu. Masing-masing berlagak seperti tiada apa-apa
yang berlaku. Taza pula masih takut
hendak masuk ke bilik bosnya. Sehinggalah
waktu makan tengah hari, Tengku Mikhail masih tidak keluar dari
pejabatnya. Taza kehairanan, nak
bertanya takut dimarahi pula. Setelah beberapa ketika, Taza mengambil keputusan
ingin keluar makan, terbantut pula bila melihat wajah bosnya menjengah keluar.
“Bos nak apa?”soal Taza
takut-takut. Tengku Mikhail melemparkan
senyuman, Taza terpegun.
“Saya nak balik makan tengah hari
dirumah, mungkin saya tak masuk terus.
Esok saya cuti, lusa baru saya datang.
Awak tolong batalkan meeting dan perjumpaan saya dengan klien. Kalau boleh ditunda, awak tundakan saja. Saya nak balik, jumpa nanti.”Tengku Mikhail
berlalu meninggalkan Taza. Dia ingin
pulang, hati yang panas perlu disejukan segera.
Dia mahu mendengar
suara Kazrina agar hilang kekusutan didada.
Kereta dipandu menuju ke
rumahnya, sempat juga dia berhenti di kedai bunga yang berhampiran. Bunga mawar mereah menjadi pilihan, dia mahu
hadiahkan pada Kazrina. Senyman terukir
dibibirnya, harap Kazrina sudi menerima jambangan bunga ini.
Apabila keretanya sampai
diperkarangan rumah, dia kaget. Ada sebuah kereta didalam
garaj, dia kenal kereta itu. Kepunyaan
keluarga Amar Amsyar, mungkin mama Am datang kemari. Bagaimana dia tahu Kazrina ada disini, Tengku
Mikhail kehairanan.
“Assalamualaikum”salamnya dijawab
Mak Jah. Beg bimbit dihulurkan kepada Mak Jah, wanita
tua itu menyambutnya.”Siapa yang datang Mak Jah”soalnya.
“Datin Azimah, Khail. Dia datang nak jumpa dengan Kazrina.”jawab Mak
Jah. Tengku Mikhail berjalan ke arah makngahnya. Tangan wanita itu dicapai lalu dikucup
lembut. Tengku Mikhail melabuh duduk
berhadapan dengan Datin Azimah dan Kazrina. Wajah suram Kazrina ditatap dengan penuh
kasih. Jambangan bunga yang dibeli
ditinggalkan dalam kereta, nanti-nanti saja diambilnya.
“Maafkan makngah Khail, datang
tak dijemput. Makngah nak jenguk
Kazrina, dah lama dia tak balik kerumah.”tutur Datin Azimah
lembut, dia mahu Tengku Mikhail tahu tujuan kedatangannya kemari.
“Tak mengapa makngah, kalau nak
datang selalu pun tak apa. Rina pun
duduk dengan Mak Jah saja kat rumah.
Khail hari-hari keluar bekerja, malam baru balik rumah.”Tengku Mikhail
berbahasa basi. Dia mahu makngahnya tahu
kehadirannya amatlah dialu-alukan.
“Betul tu Datin, Khail ni kalau
dah kerja malam baru balik. Tinggallah
saya dengan Rina kat rumah ni.”sampuk Mak Jah pula. Dia datang bersama dulang berisi air minuman
dan juga sedikit kuih lapis yang dibuatnya tadi. Tengku Mikhail bangkit, mengambil dulang
ditangan Mak Jah dan diletakkan di atas meja.
Kazrina menuang air ke dalam cawan lantas diletak dihadapan Datin Azimah
dan juga Tengku Mikhail. Senyuman
terukir dibibir Datin Azimah, suka dia melihat kemesraan Tengku
Mikhail.
“Makngah nak minta maaf dengan
Kazrina dan Khail. Makngah tak tahu yang
Am dah ceraikan Rina. Makngah sedih bila
dapat tahu yang Rina telah dihalau keluar oleh Am ketika Rina sedang
mengandungkan anak Am. Mama malu Rina,
anak mama dah melantari Rina sedemikian rupa.”sayu suara Datin Azimah
menerpa ditelinga Tengku Mikhail. Hati
ibu mana yang tidak sedih, bila si anak mempersiakan isteri sebaik
Kazrina.
“Makngah tak salah, semua ini
sudah takdir. Am dah pilih jalannya
sendiri dan Rina juga patut teruskan hidup.
Apa yang Khail harap sokongan dari makngah agar Rina diberi peluang
untuk merasa kebahagian dalam hidupnya.”ujar Tengku Mikhail senada, Kazrina
disebelah Datin Azimah ditenung lembut. Wanita itu diam tidak berkutik, tiada airmata
yang mengalir ataupun esakkan halus.
Kazrina sudah dapat menerima hakikat, Tengku Mikhail lega.
“Terima kasih Khail, suka makngah
mendengar. Makngah minta Khail Rina
baik-baik, tentang belanjanya….”belum habis berkata, Tengku Mikhail
mencantasnya terlebih dahulu.
”Rinah dah jadi tangungjawab
Khail sekarang. Makngah jangan risau,
Rina dan bayi yang dikandungnya dibawah jagaan Khail mulai hari ini. Dan Khail nak minta restu makngah, insyaallah
jika diizinkan olehNya Khail ingin melamar Rina menjadi suri dihati Khail
selepas dia habis berpantang. Makngah
doakan lah ya.”pinta Tengku Mikhail, Kazrina terpana. Satu lagi lamaran buatnya, kali ini dibuat
dihadapan bekas mertuanya. Datin Azimah
bangkit lantas memeluk Tengku Mikhail, hatinya gembira. Tengku Mikhail sudi melamar Kazrina walaupun
wanita itu sedang mengandungkan cucunya.
Sekurang-kurangnya cucunya dijaga dengan baik oleh Tengku Mikhail nanti.
“Makngah setuju Khail,
sekurang-kurangnya ada juga yang sudi menerima Kazrina seadanya. Makngah bangga dengan Khail, makngah doakan
semuanya akan berjalan dengan lancar hendaknya.”tubuh Kazrina dipeluknya
erat.
“Makan disini Datin, saya dah
siapkan.”Mak Jah datang mencelah, Mikhail turut mempelawa,”Yalah makngah,
makanlah sekali. Dah lama Khail tak
makan dengan makngah.”
“Boleh juga, makngah pun nak rasa
juga air tangan Mak Jah.”seloroh Datin
Azimah.
“Bukan saya masak datin, hari ini
Rina yang masak. Ada lauk asam pedas ikan tenggiri dan juga kangkung goreng belancan.
Saya cuma tolong goreng ayam saja.” selar Mak Jah.
“Rina yang masak, really?, ini yang buat Khail tak
sabar-sabar nak makan.”Kazrina tertunduk malu, suara ceria Khail menyapa
ditelinganya.
“Kalau gitu, moh lah kita makan. Nanti dah
sejuk tak sedap pula. “ajak Datin Azimah ceria, suka dia melihat sifat
malu-malu Kazrina. Mereka berempat
menikmati makan tengah hari dengan berselera sekali. Tengku Mikhail siap menambah lagi, katanya
sedap masakan Kazrina. Datin Azimah dan
Mak Jah turut tersenyum-senyum melihat gelagat
Tengku Mikhail.
~Bersambung~
P/S: kepada pembaca setia, minggu ini saya akan upkan 2 episod sekaligus. Nantikan ya...